MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kata-kata Ibarat Peluru. Peluru Yang Sama, Kesannya Berbeza

December 17, 2024

Kata-kata kita ibarat peluru.

Walaupun peluru boleh menembusi sesiapa, tapi kalau peluru yang sama diambil dan dicampak begitu sahaja, ia tak berikan kesan apa-apa. 

Kesannya tak lebih sekadar mencampakkan sebutir batu kecil sahaja.

Begitu jugalah dengan kata-kata kita.

More...

Kata-kata yang sama, kesan berbeza 

Kata-kata yang sama diucapkan oleh orang berbeza, kesannya juga berbeza. 

Orang yang benar-benar percaya dengan apa yang dia perkatakan, kata-kata itu mudah menusuk ke hati dan fikiran orang lain. 

Kata-katanya berpengaruh... 

Orang mudah percaya dan terpengaruh dengan apa yang dia perkatakan.

Kerana kata-kata itu bukan sekadar keluar dari mulut, tapi keluar jauh dari lubuk hatinya sendiri...

Sebaliknya kata-kata yang sama diucapkan oleh orang yang tak percaya apa yang dia perkatakan, kata-kata itu tak berikan kesan apa-apa.

Katakan apa yang kita percaya

Dalam membina pengaruh dan team yang besar, ia bukan sangat tentang convince orang lain. Tapi convince diri kita sendiri.

Percaya dengan wawasan sendiri... 

Bila kita benar-benar percaya dengan apa yang kita usahakan, lama kelamaan makin ramai yang percaya dengan wawasan kita.

Pengaruh kita makin lama makin besar, yang semuanya bermula dengan apa yang kita benar-benar percaya.

Kena "percaya sebelum berjaya"...

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
23 Ogos 2024
17 Safar 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>