Bila dah ada anak-anak, nak tak nak kita kena belajar jadi ibubapa yang baik. Kalau tak, keluarga kita akan bermasalah.
Setiap tahap kita berkeluarga, cabarannya berbeza.
Anak kecil, lain cabarannya.
Anak besar, lain pula cabarannya.
More...
Cabaran berbeza, ilmu berbeza
Maka ilmu dan skill yang kita kena belajar pun berbeza. Kena upgrade ilmu dari semasa ke semasa. Tak boleh ketinggalan.
Tak relevan lagi untuk kita belajar jaga anak kecil waktu anak-anak kita dah remaja. Dan kurang relevan lagi kita belajar ilmu parenting ketika anak-anak dah dewasa dan ada kehidupan sendiri.
Begitulah juga dalam membina team.
Bila team kita mula grow, kena cepat-cepat belajar dan asah skill leadership. Kalau tak, satu hari nanti leadership kita dah tak relevan.
Masa team tengah grow, kena belajar memimpin team dengan baik. Kena upgrade “leadership skill” dan “managerial skill” dari semasa ke semasa.
Bila team kita besar, tentunya banyak perkara yang kita kena uruskan.
Kerja perah otak, bukan kudrat
Tanpa skill mengurus dan memimpin team dengan baik, takut nanti dah jadi orang besar (dalam organisasi) tapi masih lagi kena susun kerusi dan pasang streamer untuk menjayakan event team sendiri.
Bila badan seorang leader tu terlalu penat, otak dia dah tak boleh lagi berfikir dengan baik.
Sedangkan tanggungjawab sebenar leader bukanlah kerahkan kudrat, tapi nak kena perah otak dan memantau bagi memastikan seluruh team bergerak mencapai cita-cita yang sama.
Ingat, setiap tahap dalam hidup kita sentiasa memerlukan diri kita yang baru.
Cara berfikir yang baru.
Ilmu dan kemahiran yang baru.
Sikap, tabiat dan juga rutin yang baru...