MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Setiap Tahap Kehidupan Memerlukan Diri Kita Yang Baru

November 13, 2024

Nak keluar dari "rat race", nak bebas hutang, nak jadi kaya, dan capai financial freedom, ia bukan sekadar proses ubah poket, tapi mengubah diri.

Nak ubah hidup, kena sabar mengubah diri dulu.

Sebab setiap tahap dalam hidup kita memerlukan diri kita yang baru.

More...

Diri kita yang baru

Mindset (cara berfikir) yang baru...

Ilmu yang baru...

Sikap, tabiat, disiplin dan rutin kehidupan yang baru... 

Barulah hidup kita akan berubah (dan mendapat kehidupan baru).

Kita nak ubah hidup dan kita sangat sukakan perubahan. Tapi kita tak suka berubah.

Proses perubahan tu tak selesa. Ia memaksa kita tinggalkan kebiasaan dan keselesaan lama kepada yang baru. 

Dah bertahun tak belajar...

Tapi bila nak ubah hidup, kena datang training, kena baca buku, kena ambil nota, kena ON camera dan macam-macam lagi yang kita tak biasa buat.

Proses yang tak mudah 

Ia memang susah dan tak selesa...

Susahnya nak berubah sampaikan bila kita berubah, orang akan dianggap perkara pelik sampai dibahasakan sebagai "buang tebiat"; buat tabiat lama...

Kalau nak ubah hidup, suka tak suka, kita kena berubah.

Kalau tak, kehidupan akan mengubah kita dengan perkara-perkara menyakitkan yang memaksa kita berubah untuk masuk ke tahap kehidupan yang baru.

Pesanan saya kepada murid-murid saya yang join #MisiUbahHidup1000Keluarga, bersabar 3 (tiga) tahun dalam proses "membina diri". Lepas tu enjoy life 30 tahun sebagai orang berjaya.

Ia perubahan yang berbaloi. InsyaAllah... 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd 13 : 11)

Zulkifli
Cyberjaya
13 November 2024
11 Jamadil Awwal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>