Belajar beradab dulu, barulah datangnya ilmu...
Tanpa adab, rasa hormat dan sikap merendah diri dengan guru, ilmu tu tak meninggalkan 'bekas' apa-apa. Ia tak berkesan...
Siapa perhatikan core training dealer G100, dia akan perasan satu perkara; iaitu majoriti yang datang kelas akan ON camera (sama macam speaker).
Ia dah jadi satu budaya dalam G100 (network terbesar dealer Public Gold).
More...
Adab dulu sebelum ilmu
Ini budaya yang saya (sebagai founder) bentuk sejak saya buat keputusan untuk membangunkan team (pada awal tahun 2016).
Belajar respek speaker dan respek majlis ilmu dulu... Barulah ilmu tu akan mengalir kepada kita.
Kalau ada yang tak respek, kami akan tegur dan ingatkan.
Kenapa saya sentiasa tegur dealer-dealer yang kurang beradab dan tak serius belajar?
Sebab saya tahu mereka tak boleh pergi jauh tanpa ilmu. Dan saya tahu susahnya nak berjaya tanpa akses kepada majlis ilmu macam apa yang kami sediakan hari ni.
Dulu saya terpaksa mengemis sana sini untuk dapatkan ilmu.
Tanpa kemudahan akses kepada ilmu, betapa susahnya nak berjaya daripada kosong hinggalah dapat bangunkan empayar G100 sebesar hari ni - yang mencecah hampir 600,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.
Bila susah, saya lebih menghargai ilmu dan lebih respek majlis ilmu.
Respek guru yang ikhlas
Tapi hari ni semuanya mudah sampai ada yang ambil mudah; tak bersungguh-sungguh untuk belajar.
Kalau dealer baru, saya boleh terima... Dia baru nak kenal dan faham budaya G100...
Tapi kalau dealer dalam "focused group" (yang katanya sanggup bagi komitmen untuk berjaya), ini saya kena tegur dan disiplinkan mereka on the spot!
Sebab saya tahu, ilmu tu tak beri kesan bagi mereka yang tak respek majlis ilmu dan tak ada keinginan kuat untuk belajar.
Yang sampaikan ilmu tu "top achievers" yang tak dibayar. Mereka dah capai banyak kejayaan dalam bisnes.
Mereka dengan ikhlas offer diri untuk dedahkan rahsia kejayaan mereka tanpa harapkan apa-apa bayaran.
Kalau orang tak nak belajar dari dia pun, dia tak miskin.
Sebaliknya kalau peserta (yang belajar) tu berjaya, 10 sen pun dia tak untung (dari sudut material)!...
Cara tunjukkan respek
Jadi apa cara kita tunjukkan penghargaan dan tanda terima kasih atas kesudian achievers sampaikan ilmu?
Perkara paling basic ON camera dan gunakan nama sebenar...
Speaker dah bagi komitmen masa dia (yang berharga), dia ON camera (walaupun dia pun ada cabaran tersendiri), dan dia gunakan nama sebenar supaya selesa peserta belajar.
Maka sungguh tak sopan murid yang ambil mudah; belajar dengan cara OFF camera (dengan 1001 alasan yang betul sekalipun) dan guna nama samaran!
Kalau kita sendiri rasa tak selesa kalau speaker buat macam tu masa dia sampaikan ilmu, maka kita sebagai murid (yang nak tadah ilmu ni) setidak-tidaknya tunjukkan respek pada guru yang menyampaikan ilmu.
Tunjuk muka dengan ON camera dan gunakan nama sebenar.
Untuk disiplinkan mereka, ada ketikanya saya minta technical committee (GTech) remove semua yang tak ON camera dan tak gunakan nama sebenar waktu saya sampaikan training!
Ilmu ibarat air mengalir
Saya fikir, tak ada guna saya sampaikan ilmu kepada orang yang tak tahu nak hargai ilmu...
Sebab ilmu itu ibarat air yang mengalir. Air cuma mengalir ke lembah-lembah yang rendah. Air tak sekali-kali memanjat gunung...
Merendah diri dengan orang berilmu dan belajar respek majlis ilmu dulu.
Nanti barulah ilmu yang banyak akan mengalir kepada kita, insyaAllah...
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.