MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Masa Terasa Singkat atau Panjang, Ia Tentang Gembira atau Derita

November 14, 2024

Tengok BCD (jaket penyelam) ni, saya rasa macam dah lama tak turun menyelam...

Padalah kali terakhir saya turun menyelam baru 3 minggu lepas (22 Oktober 2024) di Pulau Tenggol... 😂 

Hari ni tengah bersiap-siap untuk pergi menyelam lagi...

Sebenarnya lama atau sekejap ni sangat subjektif.

More...

Rasa singkat ataupun panjang

Ia bergantung samada kita suka atau tak suka. Kita gembira ataupun derita... 

Seminggu tu rasa sekejap kalau buat aktiviti yang best dengan orang yang kita suka.

Tapi berbual 30 minit pun rasa lama kalau terpaksa berbual dengan orang tak sekepala dengan kita.  

Bila nak habis ni?...

Tapi kalau yang sekepala, berjam-jam pun rasa tak cukup masa!...

Rasa cepatnya masa berlalu...

Macam itu jugalah dengan hidup kita.

Malam terasa sangat panjang

Ketika saya terpenjara, saya rasa masa terlalu panjang. Sehari rasa macam 3 hari!...

Setiap kali bangun pagi, saya mengharapkan cepatlah sampai waktu petang.

Bila tidur malam, saya terjaga berkali-kali tengah malam tapi masih belum pagi!

Kenapa malam rasa terlalu panjang?...

Sebab rasa derita terkurung dalam penjara...

Bila baca ayat-ayat Al-Quran pasal azab neraka, tak siapa sanggup tinggal dalam neraka walaupun cuma 1 minit.

Seksa paling ringan penghuni neraka ialah dipakaikan selipar api hingga menggelegak otaknya!...

1 minit terlalu lama untuk hadap seksa dan derita begitu...

Tiada pilihan kecuali Syurga

Itulah sebab kemuncak kejayaan setiap mukmin bukan sekadar mengharapkan masuk Syurga, tetapi juga dijauhkan dari api neraka.

Dekat pun kita tak nak...

Sebab setiap tak akan mampu hadap seksa disepuh api neraka sebelum masuk ke Syurga...

Allahu a'lam.

#TabahHadapiMusibah #IslahDiri

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

(Surah Ali 'Imran 3 : 185)

Zulkifli
Cyberjaya
14 November 2024
12 Jamadil Awwal 1446H

Catatan saya menghitung hari ketika terpenjara.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>