MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ubah Kebiasaan Hari Ini, Masa Depan Kita Akan Berubah

March 13, 2024

Samada keadaan kewangan, jumlah tabungan ataupun hutang, mahupun kehidupan dalam berkeluarga. Semuanya hasil kebiasaan kita bertahun-tahun sebelumnya. Jangan mudah-mudah salahkan takdir...

Kalau tak happy dengan kehidupan hari ni, mungkin tiba masanya untuk musabah dan perbaiki diri. Jadilah diri sendiri dalam versi baru, nescaya hidup kita 5 - 10 tahun akan datang akan berubah, insyaAllah.

Saya tertarik dengan catatan En Nazim Badaruddin, Jutawan Hot Wheels yang juga salah seorang team saya dalam Public Gold.

More...

Orangnya kaya, tapi sangat humble...

Coretan beliau di Facebook Mohd Nazim Badaruddin;


Bukan satu kejutan

Kehidupan kita hari ni bukanlah satu kejutan. Tapi hasil apa yang kita buat dan biasakan bertahun-tahun lamanya. 

Kalau kita masih mampu tidur sekurangnya 6 jam sehari, jangan mengeluh tentang kemiskinan. 

Jika di tangan kita masih ada rokok yang berasap, jangan bicara tentang kos sara hidup yang meningkat. 

Jika kita masih mampu berbelanja untuk gaya hidup (bukan untuk sara hidup), usah sembang tentang tak mampu menabung. 

Bukan sedikit kenalan saya yang bercerita tidurnya sejam dua sehari. Hari minggu mencari duit tambahan dengan berniaga di bazar atau car boot sale. Pulang kerja mengadap media sosial buat dropship.

Mereka tidak mengeluh tapi sentiasa mencari jalan untuk mengubah kehidupan. Hidup tidaklah mewah, tapi tidaklah meminta.

Pasti berhasil, cepat atau lambat sahaja

Tapi ada juga orang saya kenal memperkecilkan keuntungan RM50 sehari berniaga 2 kali seminggu. Katanya hanya penat, dapat tak seberapa.

Sedangkan RM50 Sabtu dan RM50 Ahad sudah ada RM100 seminggu. Sebulan sudah ada RM400. Sekurangnya separuh duit kereta sudah ada. Atau setidaknya tidak perlu fikir tentang duit api dan air.

Kita boleh memilih untuk berusaha atau mengeluh.

Mungkin ada orang sekian lama berusaha, rezekinya belum melimpah. Tapi setiap usaha pasti ada hasil. Lambat atau cepat sahaja.


Saya setuju dengan coretan beliau...

Bukan takdir, tapi tadbir

Siapa tidur cukup 6 jam sehari, jangan mengeluh tentang hidup susah...

Siapa yang ada masa skroll medsos sejam sehari, jangan mengeluh harga barang makin mahal... 

Siapa boleh habiskan masa makan tengah hari di tempat kerja sambil bersembang dengan kawan-kawan lebih 15 minit, jangan cakap tak ada duit nak menabung... 

Siapa boleh makan kedai dengan teh-o secawan, jangan cakap payah nak menabung walaupun cuma RM100 sebulan...

Siapa sibuk share dan komen konten-konten gosip di medsos dan habiskan masa bertelagah di medsos, jangan cakap hidup zaman sekarang makin susah... 

Siapa tak pernah khatam baca buku-buku kewangan, jangan cuba-cuba sanggah pandangan pakar yang berpengalaman mengubah hidup banyak orang dengan ilmunya... 

Jangan... Jangan... Jangan...

Berusaha dengan kapak yang tumpul

Boleh jadi dah berusaha keras, tapi usaha keras itu cuma usaha tanpa ilmu... Macam potong pokok pakai kapak yang tumpul... Penat menakir pokok, tangan sakit menghayun kapak, tapi pokok tak tumbang-tumbang...

Boleh jadi itu salah satu punca hidup tak berubah... Sebab 'sombong' dengan ilmu... 

Kerana ilmu tu sifatnya seperti air yang mengalir... Ia cuma mengalir ke lembah-lembah yang rendah... Air tak sekali-kali memanjat gunung...

Jadi ubahlah kebiasan... Kebiasaan berusaha dan mencari ilmu...

Kehidupan yang kita dapat hari ini itulah hasil kebiasaan kita yang dah bertahun-tahun lamanya... 

Kebiasaan habiskan duit dan habiskan masa pada perkara yang sia-sia. Yang tak menjadikan hidup lebih baik...

Maka ubahlah kepada kebiasaan yang betul... Kerana kehidupan kita lagi 5 - 10 tahun akan datang ditentukan oleh apa yang kita biasakan pada hari ini...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Mac 2024
2 Ramadhan 1445H

#TipKejayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>