MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Apa Orang Berjaya Buat, Barulah Dapat Apa Mereka Dapat

November 10, 2023

“Buat apa orang berjaya buat, kita pasti akan dapat apa yang orang berjaya dapat! InsyaAllah”. Itulah prinsip yang saya percaya. 

Semua orang boleh berjaya, kalau mereka TAHU apa yang orang berjaya tahu, dan mereka BUAT apa yang orang berjaya buat, pasti mereka akan DAPAT apa yang orang berjaya dapat, insyaAllah. 

Jadi apa yang perlu kita buat untuk berjaya?

More...

Rahsia penting untuk berjaya

Jawapannya kena terus belajar dari orang yang lebih berjaya. Jangan pernah berhenti belajar. 

Kita kena ada ILMU, dan kita kena ada SKILL sama macam mereka yang sudah capai apa yang kita capai.

“Dengan ilmu, duit akan datang. Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis!”

Alhamdulillah, sekarang sekitar 900 - 1,000 penyimpan emas di bawah G100 Network yang konsisten join core training bulanan kami - PLT (PG Leadership Training).

Itu latihan penting yang kami jalankan secara online dan konsisten sejak 3 tahun lalu sampai sekarang.

Tak pernah berhenti.

Belajar terus dari orang berjaya

Mereka berpeluang belajar strategi mendapat pendapatan pasif sambil menabung emas secara langsung dari mereka yang sudah proven success. 

Bukan teori, tapi formula yang sudahpun terbukti. Disampaikan oleh mereka yang sudahpun terbukti. Alhamdulillah.

Prinsip saya dan team, kami tak buat duit dengan training. Tak ada sesiapa yang dapat bayaran dengan menjalankan training.

Kedua, kami tak benarkan sesiapa tampil menjadi speaker ataupun trainer dalam mana-mana program yang kami anjurkan, kecuali mereka yang sudahpun terbukti berjaya (atas ilmu yang bakal mereka sampaikan).

Tujuan kami semata-mata nak tengok mereka berjaya. Bila mereka pandai dan kaya raya hasil ilmu yang kami sampaikan, kami dapat manfaat secara langsung bila mereka dapat beli emas dengan Public Gold.

Kami buat duit dari bisnes Public Gold, bukan dengan mengadakan training.

Kejayaan cuma persoalan masa

Dengan program #PGLeadershipTraining ini, kami sudahpun berjaya membantu lebih 200 penyimpan emas mendapat pendapatan pasif 4 dan 5 angka sebulan. 

Bahkan sebahagiannya sudahpun mencapai #FinancialFreedom (tak bekerja pun ada pendapatan kukuh) bersama #PublicGold. Alhamdulillah...

Kami sangat percaya, walauapapun latarbelakang pendidikan atau kerjaya, sesiapa sahaja boleh berjaya.

Asalkan dia ada dua kesanggupan, iaitu sanggup belajar, dan sanggup berusaha. Selagi mereka tak give-up untuk jadikan perkara yang betul sebagai HABIT dan RUTIN harian mereka, kami yakin mereka pasti berjaya, insyaAllah. 

If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.” - Zig Ziglar 

Zulkifli
Cyberjaya
10 November 2023
26 Rabiul Akhir 1445H

#RoadTo1000MD #MisiUbahHidup1000Keluarga 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>