Mampu tidur lena... Itu faktor paling penting kalau nak letak duit dalam mana-mana pelaburan.
Kalau sesuatu pelaburan yang kita buat tu mengganggu fikiran, membuatkan kita rasa takut dan tak boleh tidur lena, itu petanda jelas ada sesuatu yang tak kena.
Samada pelaburan tu tak sesuai untuk kita, ataupun risiko yang kita ambil terlalu besar.
More...
Mungkin sebab,
- Melabur tanpa ilmu dan kajian yang secukupnya. Kita tak pasti apa yang kita buat. Sebuah buku pun tak pernah baca tentang pelaburan tersebut. Hanya percaya bulat-bulat pada ejen.
- Jumlah duit yang kita letak terlalu besar. Terlalu berat untuk kita 'terima' atau tanggung akibatnya kalau duit itu 'lebur' semuanya.
- Risiko yang kita ambil terlalu besar. Kalau duit itu lebur semuanya, kewangan dan kehidupan kita akan jadi huru-hara. Bahkan ada orang jadi gila dan porak peranda rumah tangga gara-gara jatuh lingkup dalam pelaburan!
- Melabur dengan duit yang tak sepatutnya - duit pinjaman, duit dana kecemasan.
- Tiada dana kecemasan secukupnya untuk teruskan kehidupan macam biasa kalau duit yang kita laburkan itu lebur kesemuanya!
Perkara paling penting yang setiap kita kena ingat bila melabur ialah "rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu".
Jadi jangan sekali-kali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur semuanya.
Berdasarkan feedback yang saya terima sejak aktif sampaikan ilmu tentang kewangan dari tahun 2008, saya boleh simpulkan bahawa, kebanyakan orang lebih kaya kalau dia tak melabur!
Memang betul. Sebab pelaburan yang dia buat tak membuatkan dia bertambah kaya. Sebaliknya menjadikan dia lebih miskin.
Jadi bila buat apa pelaburan sekalipun, saya akan pastikan melabur dalam ruang yang saya mampu bernafas lega dan dapat tidur dengan lena...
Memanglah "plenty of money" itu penting, tapi yang lebih penting ialah "peace of mind"... InsyaAllah.
Allahu a'lam.