Persiapkan 3 Kekayaan Sebelum Mati

by on August 18, 2013

Post image for Persiapkan 3 Kekayaan Sebelum Mati

Datang disambut sehelai sepinggang. Pergi pun sehelai sepinggang. Semua harta yang dikumpul selama ni diagih-agihkan pada waris tanpa berbaki pun untuk si mati. Tapi itulah realiti yang pasti kita lalui suatu hari nanti. 4 Ogos 2013 bersamaan 27 Ramadahan 1434H ayahanda kepada isteri saya (mentua saya) kembali kepada pangkuan Ilahi. Sepanjang menguruskan beberapa hal tentang kematian Allahuyarham, baru saya sedar dah lama betul tak diingatkan pasal mati. Hari-hari sibuk fikir pasal dunia kekadang terlupa persiapan penting untuk mati.

Nak duit berjuta?  Duit tu akan diagih-agihkan pada ahli waris lepas kita pergi. Nak kereta mewah? Kita tetap akan dihantar ke kubur dengan van jenazah. Nak rumah besar siap dengan swimming pool? Kediaman akhir kita tetap kubur yang sempit dan gelap gelita. Nak pakaian berjenama penuh almari? Kita tetap balik pada Tuhan sehelai sepinggang berkain putih menghias diri. Jadi, di mana akhirnya dunia yang kita cari?

Isi Kehidupan Dengan Ibadat & Bakti

Ini antara perkara yang bermain difikiran saya untuk beberapa hari. Di mana nak dibawa dunia yang kita berhempas pulas cari setiap hari kalau akhirnya kita tetap akan mati?! Saya teringat pesanan Ust. Dr. Ahmad Faisal (Universiti Malaysia) dalam kuliahnya, katanya, pastikan hidup kita penuh dengan hanya 2 perkara iaitu:

  • Ibadat (menjadi hamba Allah)
  • Berbakti (menjadi khalifah Allah di muka bumi)

Di tikar sejadah kita beribadat, habis ibadat kita berbakti. Tak kira apa lapangan sekalipun, kita perlu berbakti kepada manusia kerana Allah. Kalau bekerja, kerja dengan penuh amanah dan terbaik. Kalau berniaga, sebarkan rahmat Tuhan melalui produk dan servis yang kita sediakan. Kalau duduk dalam komuniti, biarlah kita berjasa untuk komuniti setempat. Pendek kata, hidup kita memberi faedah kepada orang lain, sebagaimana pesan Nabi s.a.w, “sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat buat manusia” (HR At-Thabrani & Daruquthni).

3 Pahala Pencen Selepas Mati

Saya teringat pesanan Nabi, “apabila bila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga (3) perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim). Itulah ‘duit’ pencen yang memberikan kekayaan yang kekal abadi.

#1 – Sedekah Jariah

Sedekah jariah bermaksud sedekah yang orang lain dapat manfaat secara berkekalan. Selagi orang memanfaat barang yang kita sedekahkan, selagi itulah ‘duit’ pencen masuk dalam kubur. Bukan setakat sedekah untuk pembinaan surau dan masjid, bahkan sedekah apa sekalipun yang memberi manfaat kepada orang lain secara berpanjangan. Siapa sedekahkan tanah untuk laluan orang, dia akan dapat pahala selagi mana jalan tu dimanfaatkan orang lain. Siapa tanam pokok, dia dapat pahala setiap orang berteduh, atau buah yang dimakan dari pokok tersebut samada dimakan orang atau burung-burung. Dan begitulah seterusnya.

keajaiban sedekahBersedekah, jalan untuk gandakan kekayaan dunia mahupun akhirat.

Macam mana kalau tak ada duit? Jadilah pemudah cara untuk orang bersedekah! Contohnya, ada ramai pelajar pengajian agama di Timur Tengah perlukan bantuan kewangan, Ustaz Faisal mintak sumbangan orang kaya-kaya di Bukit Damansara untuk disalurkan kepada pelajar. Kalau kita tahu ada rumah kebajikan, masjid, atau surau yang perlukan bantuan, apa kata jadi pemudahcara untuk ramai orang sedekah? Pokoknya, tak perlu kaya untuk dapat pahala sedekah jariah ni.

#2 – Ilmu Yang Bermanfaat

Apa sahaja ilmu yang kita ajarkan dan memberi manfaat kepada orang lain samada ilmu akhirat ataupun dunia. Selagi ilmu tu bermanfaat dan dimanfaatkan oleh orang lain, selagi itulah kita akan dapat ‘overriding commission’ selepas mati, dan tak berkurang walau sedikit pun. Siapa ada ilmu agama, ajarkan ilmu agama. Siapa ada ilmu kewangan, ajarkan ilmu kewangan. Siapa ada ilmu masak memasak, ajarkan ilmu memasak. Manfaatkanlah apa medium sekalipun samada ajar personal, bagi public talk, tulis buku, tulis blog, update facebook, upload youtube dsb.

sebarkan ilmu melalui blogSebarkan ilmu dengan medium apa sekalipun. Pahalanya kekal selepas mati.

Macam mana kalau tak ada ilmu? Ustaz Faisal pesan, macam-macam boleh buat sekarang ni. Datang dengar kuliah, rekod dan upload dalam internet. Kita baca artikel yang bermanfaat, fowardkan dengan kawan-kawan. Sharekan di facebook. Daripada share benda yang tak bermanfaat, apa kata buat ‘pahala pencen’ di facebook dengan sebarkan ilmu?

#3 – Anak Soleh Yang Mendoakan

Membesarkan anak-anak dah satu cabaran, tapi usaha mendidik anak-anak soleh lebih mencabar sebab ia bermula dengan diri kita sendiri. Bukan senang nak suruh anak-anak solat, melainkan kita jaga solat kita. Bukan senang nak suruh anak-anak baca Quran, melainkan kita sendiri kena baca setiap hari dulu. Proses mendidik ni perlukan ‘role-model’. Tapi Maha Adilnya Tuhan. Susah payah kita mendidik anak-anak, Dia bagi pahala pencen selepas mati.

membesarkan anak soleh pahala selepas matiCabaran membesarkan anak-anak, tapi pahalanya kekal selepas mati.

Macam mana kalau orang tak ada anak? Pesan Ustaz Faisal, iktibar dari hadis ini ialah kita mesti menjadi asbab untuk orang lain jadi soleh. Tak kiralah anak sendiri, anak angkat, anak saudara, bahkan anak murid sekalipun, tapi yang paling penting kita adalah asbab untuk anak-anak ini jadi orang yang soleh.

Itulah renungan penting untuk saya sepanjang menguruskan hal kematian ayahanda isteri saya. Mudah-mudahan, hidup yang masih berbaki ni dipenuhkan dengan ibadat dan bakti, menjadi orang yang paling bermanfaat untuk orang lain kata Nabi. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Ogos 2013
10 Syawal 1434

(Kredit foto : adventuretofitness, penpatah)

kubur pusara kematian ayahanda isteriSedekahkan bacaan Al-Faatihah untuk ayahanda mentua saya Haji Mohammed Hussain b. Wan Cheek yang kembali ke rahmatullah pada 4 Ogos 2013, bersamaan 27 Ramadhan 1434. Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 Pisang August 18, 2013 at 12:19 pm

alfaaatihah..

Reply

2 nurul August 21, 2013 at 2:01 pm

Salam. Takziah untuk en zul dan keluarga. Sekoga roh ayahanda mertua sditempatkan dikalangan org beriman.

Saya nk tanya pendapat en zul tentang 2 perkara
1. Adakah berbaloi membuat pinjaman asb yg byk bank tawarkan sekarang. Kiranya membuat pinjaman, dan duit pinjaman tu disimpan didalam asb untuk mendapat dividen.

2. Saya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membuat penyelesaian oenuh hutang kereta. Wajarkah saya menggunakanwang simpnanan untuk menyelesaikan huyang kereta atau membiarkan simpanan untuk generate dividen dan membayr ansuran kereta dengan gaji bulanan.

Terima kasih

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2013 at 5:37 pm

Wslm Pn. Nurul,

Terim kasih atas doanya.

1. Loan ASB ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau nak peace of mind, jangan buat loan. Simpan cash basis jer. Kalau ada masalah menyimpan secara cash basis, mungkin ok buat loan. Cuma bila loan ni, bank confirm dah untung. Untung nasib kita dengan dividen ASB belum tentu. Lagi-lagi yang buat loan sampai 20 tahun. Lagi satu kalau jenis floating rate pun akan bermasalah kalau BNM naikkan kadar interest. Kelebihan loan sebab cover insuran. Kalau si peminjam mati, waris dapat duit tu 100%.

2. Dua-dua ada kelebihan. Kalau buat full-settlement, kita rasa peace of mind dan dapat semangat baru untuk bina kekayaan. Kalau terus bayar ansuran, duit tu boleh guna untuk rolling bisnes atau invest di tempat yang dapat jana keuntungan lebih tinggi dari interest pinjaman kereta seperti hartanah, emas dsb.

Wallahu a’lam.

Reply

4 nurul August 22, 2013 at 12:48 pm

Terima kasih en zul. Tp rsnya, dr asb, lebih baik emas kan? Kalau emas, yg mna lebih, kijang emas atau passbook?maaf klu soalan sy xrelevan, baru nk belajar tentang pelaburan dalam emas

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie August 22, 2013 at 3:41 pm

1. Bagi saya, daripada ASB, lebih baik Tabung Haji sebab Tabung Haji dah siap-siap tolak zakat 2.5%. Pelaburannya juga jelas halal. Kelebihan pelaburan jenis ASB & Tabung Haji ialah dividennya konsisten. Apa keadaan sekalipun, duit tu tak berkurangan. Kekurangannya, mungkin kita susah disiplinkan diri dari kebocoran simpanan.

2. Emas berbeza. Ada masa dia naik sampai 30%, ada juga cuma 7%, dan ada turun tentunya. Cuma bila simpan emas, risiko kebocoran wang agak rendah sebab naluri manusia pada emas ialah untuk disimpan, tapi naluri kita pada duit kertas ialah untuk dibelanjakan.

Masing-masing ada pro & kontra.

Wallahu a’lam.

Reply

6 norisa August 28, 2013 at 7:14 pm

Ye betul saya ada 4 dinar dan 4 dirham. Kalau cash cepat je lebur bila beli dinar dan dirham bertahan lama sebab sayang nak jual kecuali jika harga betul2 tinggi

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2013 at 10:55 pm

🙂

Reply

8 Sofea Jane September 7, 2013 at 12:56 am

Saya sangat setuju dengan saudara!
Dengan emas saya boleh mengurangkan kebocoran wang tunai walaupun saya lebih suka membeli barangan kemas berbanding jongkong emas.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2013 at 6:56 am

Terima kasih atas perkongsian menarik. Alhamdulillah.

Reply

10 mohd yazid August 25, 2013 at 10:52 am

Assalamualaikum w.b.t,

Salam takziah buat abg zul dan keluarga..

Terima kasih atas perkongsian ilmu abg zul melalui bog ini.

semoga allah merahmati abg zul dan keluarga serta pembaca bog ini..amin

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2013 at 12:13 am

Wslm Yazid,

Tq kerana berziarah ke blog ni dan tq atas doa tersebut. Moga Allah merahmati Yazid sekeluarga. Amiin.

Reply

12 baharim August 28, 2013 at 3:37 pm

akhirnya habis juga saya khatam blog ni.fuhh…
ini pertama kali baru nak tinggalkan komen.

takziah atas kehilangan bapa mertua tuan. mudah mudahan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

saya betul2 seronok baca hasil penulisan tuan. bagi saya penulisan tuan ada roh bersamanya. setiap penulisan tuan memberi kesan pada jiwa saya setiap kali selesai membacanya. saya juga dapat rasakan yang tuan betul-betul ikhlas dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para pembaca blog tuan.
semoga tuan sentiasa istiqamah dalam memberikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai.

saya ingin memohon kebenaran dari tuan untuk mengamalkan ilmu yang telah tuan ajarkan dalam blog ini.

semoga segala jasa baik tuan dibalas berlipat kali ganda kebaikan oleh Allah s..w.t.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2013 at 3:53 pm

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Saya halalkan ilmu di blog ini. Moga ia bermanfaat untuk En. Baharim.

Terima kasih juga atas doanya.

Reply

14 azura September 19, 2013 at 1:20 am

As salam en zul..saya pertama kali surf website ini..saya dapat melalui buku MMR..syukur pd allah dpt saya belajar inspirasi menuju ketuhanan ..saya mohon share ilmu yg ada di fb saya..boleh tak en zul.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2013 at 12:28 pm

Wslm Pn Azura,

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah.

Terima kasih berziarah ke blog ni. Silakan berkongsi ilmu dari blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

16 nani October 12, 2013 at 4:17 pm

Assalam en zul.

Takziah atas pemergian ayahanda mertua. Moga terus tabah dan sabar.
Alhamdulillah byk info berguna sy perolehi drod perkongsian tuann diblog ini.
Byk kelebihan emas dihuraikan dgn terperinci.

Sy mmg bercdg utk memulakan simpanan emas utk generate RM lg. Mohon izin utk sy share artikel tuan ye.

Nani kadir
Etiqa takaful bhd
Bandar baru bangi

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2013 at 5:17 pm

Wslm Pn. Nani.

T.kasih kerana berziarah ke blog ni. Silakan share artikel, moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: