Motivasikan Diri Dengan Simpan Hasil Bisnes

by on June 27, 2014

Post image for Motivasikan Diri Dengan Simpan Hasil Bisnes

Bagi orang baru belajar buat bisnes, kalau dapat untung RM100 sebulan permulaan pun dah bagus. Kalau setahun, untungnya at least RM1,200. Kalau nak untung RM1,200 labur dalam Tabung Haji, at least kena ada modal RM24,000 (dividen 5%)! Tapi dengan bisnes, modal RM300 pun boleh pusing untuk dapat untung RM1,200 setahun. Untungnya 400%!

Saya masih ingat dulu masa mula-mula buat bisnes. Modal RM400 jer. Saya keluarkan duit simpanan Tabung Haji sebagai modal pusingan. Tapi lepas 2 tahun, duit modal tu berkembang jadi RM7,000! Walaupun income bulan-bulan tu tak banyak, tapi at least nampak bisnes tu BERHASIL.

Kekal Motivasi Walau Untung Kecil

Dapat kumpul duit RM7,000 dengan tak ada pengalaman bisnes, baru-baru nak belajar bisnes, banyak buat kesilapan-kesilapan bodoh dalam bisnes, bagi saya itu satu kejayaan. Dan yang paling penting, rasa bersemangat untuk teruskan bisnes sebab NAMPAK HASIL. Rahsianya ialah kena simpan hasil bisnes 100% pada permulaannya.

Kesilapan biasa yang orang selalu buat masa baru-baru berjinak dengan bisnes ialah tak simpan hasil bisnes. Dapat untung seringgit dua, habis dibelanjakan! Bila tak nampak hasil, itu yang cepat down tu. Padahal bukan bisnes tak berhasil, tapi sebab kita tak menyimpan. Jadi kalau nak excited dengan bisnes yang kita buat, salah satu caranya ialah simpan keuntungan bisnes secara disiplin. Antara tips yang saya amalkan;

#1 – Letak Target Simpanan

Simpan setiap sen keuntungan bisnes sampai cukup RM100 pertama, RM1,000 pertama, dan RM5,000 pertama. Sebelum capai target tu, saya paksa diri simpan keuntungan bisnes 100%! Memang tak sentuh langsung hasil bisnes sampai isteri pun pernah query. Nak hidup bulan-bulan, pakai duit gaji jer walaupun terpaksa ‘ikat perut’. Kalau tak ada duit bisnes pun kita terpaksa berjimat cermat dengan duit gaji, jadi kenapa perlu gunakan hasil bisnes?

#2 – Reward Diri Sendiri Perpada-pada

Bila capai target simpanan i.e. RM100, RM1,000 dan RM5,000 pertama, reward diri sendiri dari hasil bisnes sebagai motivasi. Tapi macam mana pun, 50% dari hasil bisnes memang kena simpan. Reward diri sendiri tak perlu mahal. Kekadang saya reward diri sendiri dengan sebatang aiskrim Magnum harga RM4.00 jer. Atau sebekas aiskrim Wall Selection yang harga RM11.00. Itu antara cara saya raikan kejayaan sendiri. (“,)

#3 – Simpan At Least 50% Hasil Bisnes

Setiap hasil bisnes, saya mesti simpan at least 50%. 10% saya masuk tabung infaq, lagi 40% saya gunakan untuk ‘reward’ diri sendiri, dan cover kos overhead bisnes. Dengan duit 40% tu lah saya guna untuk langkah panjang sikit. Kalau dulu buat bisnes dekat-dekat jer (takut rugi duit petrol, toll dsb), tapi bila dah berhasil, boleh bergerak jauh sikit. Duit tulah guna untuk bayar toll, petrol, tiket bas, tiket flight dsb.

Bila dah bisnes sepenuh masa, simpanan bisnes saya kurangkan kepada 20% – 30% sebab sekarang perbelanjaan hidup bergantung sepenuhnya kepada duit bisnes. Tapi target saya tetap untuk simpan 50% dari pendapatan.

#4 – Asingkan Duit Bisnes Secara Fizikal

Adakan dompet khas untuk bisnes, dan buka akaun bank khas untuk bisnes. Duit bisnes tak boleh campur adukkan dengan duit peribadi. Bila bercampur, last sekali duit bisnes pun jadi duit peribadi! Sebab tu orang kampung berniaga, makin lama makin tak ada barang dalam kedai. Sebab duit bisnes pun dia rasa duit dia.

Pengalaman saya, kalau campur duit bisnes dalam dompet sama dan akaun sama, nanti kita jadi confuse sebab bila dah sibuk dengan bisnes, nak rekod duit pun tak sempat. Jadi memang kena asingkan secara fizikal. Dalam dompet dan akaun bank tu lah simpan duit modal pusingan dan keuntungan bisnes. Duit modal pusingan tu hanya untuk beli stok untuk dijual kepada customer jer. Bukan untuk duit minyak, duit telefon dan berbagai.

#5 – Cover Kos Overhead Dengan Duit Gaji Dulu

Bila mula-mula buat bisnes, jangan berkira dengan duit bisnes. Duit bisnes tu khas untuk rolling jer. Duit toll, petrol, dan bil telefon (yang meningkat) tu tak perlu la claim duit bisnes. Kalau keluar modal RM400, lepas tu semua claim duit bisnes, alamatnya 2, 3 bulan boleh habis duit tu. Jadi, guna duit gaji jer dulu.

Duit gaji tu insyaAllah cukup untuk cover overhead buat permulaan. Kita cuma TUKAR jer. Tukar duit beli news paper dan majalah yang tak ada manfaat untuk masa depan untuk beli tools bisnes. Tukar duit jalan-jalan yang berlebihan tu untuk duit petrol bisnes. Tukar duit pakej mahal-mahal langganan astro tu untuk kembangkan bisnes. Nanti bila dah betul-betul fokus, memang tak ada masa nak layan TV. TV tu cuma untuk anak-anak jer.

#6 – Disiplinkan Diri Infaq Hasil Bisnes 10%

Dan akhir sekali, disiplinkan diri dengan infaq. Itu simpanan untuk akhirat bahkan untuk dunia kita. Setiap hasil bisnes, saya akan keluarkan 10% masuk tabung infaq. Hingga saya berhenti kerja dan bergantung 100% hasil bisnes, saya masih disiplinkan diri infaq 10% dari hasil bisnes sebab itulah modal untuk Allah gandakan kekayaan kita dengan bersedekah. Tak kisah hasilnya sikit atau banyak, saya tetap keluarkan 10%.

Masa bisnes kecil-kecilan dulu, duit 10% tu tak lah seberapa. Tapi bila bisnes dah berkembang, duit 10% tu agak besar. Duit infaq tu lebih besar dari duit yang saya simpanan bulan-bulan masa bekerja dulu. Bila nampak angka tu besar, mula lah datang perasaan tamak. Bila fikir-fikir balik, kalau Allah tak bagi rezeki tu, 1% pun kita tak dapat. Tapi Allah dah bagi rezeki 100%, kenapa perlu kedekut untuk agihkan rezeki yang cuma 10%?! Jadi penjam mata, keluarkan infaq.

Inilah tips ringkas mengurus keuntungan bisnes. Tips ni penting bagi orang yang buat bisnes kecil-kecilan especially yang buat secara HOME-BASED macam saya. Biar pun kecil, tapi pastikan ianya berhasil, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Jun 2014
28 Sya’aban 1435

(Kredit foto : dreamstime)

{ 37 comments… read them below or add one }

1 skyfun June 27, 2014 at 11:39 am

semasa sy berniaga membuka studio jamming di bangi dulu.sy selalu berdepan dgn masalah duit kedai adalah duit aku dan juga kawan2.
untung harian 10% buat makan2 belanja kawan2..selebihnya simpan untuk kedai dan diri sendiri,sy anggap itu adalah infaq..haha…cukup setahun sy rasa rasa apa yg sy usahakan mcm x berbaloi.sy salahkan bisnis itu sendiri…selepas jual bisnes,tutup kedai sy kerja makan gaji..selepas tu baru terfikir,kesilapan sy..moralnya perkara yg sekecil2 itulah kesilapan yg sebesar2nya sy buat.
artikal tuan ini menyedarkan sy kesilapan lalu.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 27, 2014 at 12:16 pm

Tak apa. Itu pengalaman berharga. Saya pun pernah buat kesilapan yang sama. Tapi kesilapan tu lah yang membuatkan kita lebih cerdik tentang kewangan. Alhamdulillah.

Reply

3 SITI SYAZANA HUSSIN June 27, 2014 at 1:39 pm

assalammualaikum..
terima kasih.. maklumat yg berguna…
bekerja tetap dan membuat part time dlm perniagaan..
mslh utama…………… selalu mencampur adukkan duit berniaga dengan duit sendiri..
terlibat dlm meniaga andaman.. customer byk buat ansuran byrn sebelum majlis.. bila nk dekat majlis amaun yg perlu dibyr akan jadi kecik..
biasa nye saya akan terpakai duit yg diberi..dan bila hbis majlis amaun yg lebihan untuk dibyr menjadi sedikit..kat situ mcmana saya nk motivasikan diri supaya jangan dan jangan guna dulu duit tu.. atau en zul blh tlg bg cadangan yg sy tak akan usik duit tu…
tq :)

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 28, 2014 at 12:20 am

Wslm Pn. Siti,

Saya syorkan asingkan duit tu secara fizikal. Buka purse khas hanya untuk bisnes. Dan akaun khas hanya untuk bisnes. Jangan usik duit tu. Kalau tak nanti dianggap ‘pecah amanah’ terhadap duit bisnes.

Reply

5 SITI SYAZANA HUSSIN June 29, 2014 at 12:42 pm

TQ atas pandangan en zul :)

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2014 at 1:20 pm

It’s ok puan.

Reply

7 Suhai July 6, 2014 at 10:04 am

Assalamualaikum Tuan,

Apa yg tuan nyatakan benar sekali. Kesilapan paling besar yg saya lakukan mencampurkan transaksi peribadi & bisnes sambilan dlm satu akuan. Kena cepat2 lah buka akaun sbnrnyer dh pening gak.. :-)

Alhamdullillah syor tuan utk menginfaq telah dilakukan sejak berkenalan dgn tuan melalui buku mini MMR.

Semoga kehidupan tuan sekeluarga lebih dirahmati & diberkati Allah SWT. Amin.

Terima kasih tuan dgn info yg diberikan.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie July 6, 2014 at 11:05 am

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan juga. Amiin ya Allah.

Reply

9 ramzi July 9, 2014 at 12:35 pm

Asalamualaikum Tuan.. Tenang baca tulisan tuan..sedar sy dari kesilapan perniagaan makan sebanyak rm45k.. hancur mcmtu je sbb campur adukkan hasil kedai dgn peribadi.. thanks tuan untuk info yg berguna..

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie July 9, 2014 at 1:20 pm

Wslm En. Ramzi,

Tak apa En. Ramzi. Mungkin Allah nak selamatkan kekayaan En. Ramzi RM450,000 pada masa akan datang. Belajar dari kesilapan untuk bina masa depan, insyaAllah.

Reply

11 man July 11, 2014 at 12:11 pm

Salam,
Apa yang tuan ckpkan mmg tepat sekali. Saya mmg praktikkan dan hasilnya mmg nampak duit bisnes berkembang. Pada permulaan saya gunakan duit gaji untuk menampung perbelanjaan bisnes. Malah modal yang saya ambik dr Tbg Haji dahulu dah diganti balik. Insyallah dengan mempraktikkan cara ni, duit akan meningkat dan kita pun lebih bersemangat.

Reply

12 man July 11, 2014 at 12:16 pm

Salam,
Saya nk tambah skit lagi….berdasarkan pengalaman saya yang praktikan. Bagi saya…kalau nak bisnes, kena ada satu ilmu. Saya namakan dia ‘ILMU BERTAHAN’.
Ilmu bertahan ni leh digunakan dlm byk perkara. Insyallah dgn mengamalkan ilmu ni…dgn izinnya…berjaya. Antaranya:

Ilmu bertahan ketika bisnes down
Ilmu bertahan nak tukar kereta baru sehingga bisnes betul2 berjaya
Ilmu bertahan dr menggunakan duit bisnes yg disimpan
Ilmu bertahan dr nak beli yang bukan keperluan
DLL

Reply

13 Luqman Abdillah June 3, 2015 at 11:44 am

Sangat setuju! kebanyakan orang kita gagal dalam bisnes sbb terlalu melayan perasaan down. Pengurusan down tu sgt2 penting di dalam perniagaan. Salah 1 cara kita menguruskan down ialah dengan mencari apa advantage/kebaikan/peluang yg kita boleh buat apabila bisnes kita gagal. Contoh: peniaga nasi lemak menghadapi kerugian kerana timbulnya peniaga2 baru yg jual benda yg sama dan sgt2 berhampiran dgn premis kita. ini buatkan kita marah dan sering berlaku pergaduhan. Tetapi, apa yg kita boleh dapat buat dri sudut positive ialah dengan membuat satu menu kelainan dimana pesaing tdak dpat menandinginya. sbg contoh menu Nasi Lemak Ayam Besar ala KFC dan memberi layanan yg lebih istimewa kpd pelanggan. ~Pandangan saya

Suka berkongsi idea2 bisnes? jom chat fb sy :)
https://www.facebook.com/luqman.abdillah.9

Reply

14 Saiful July 17, 2014 at 7:30 pm

Assalamualaikum en.Zul

saya nak minta pandangan drp en.Zul. sy menjalankan bisnes family (jubah perempuan). satu sikap saya sy yakin dgn infaq dan setiap hari sy infaq rm50 dipagi hari walau bisnes belum mendapat jualan dihari berkenaan. Alhamdulillah bisnes family sy makin berkembang, cumanyaaa……. sy xpenah bgtau emak sy (owner bisnes) yg sy infaq evrday rm50.

ada ketika pernah masuk hari jumaat sy infaq sehingga rm400 (dgn keyakinan pd Allah org yg memberi xkn pernah rugi). Disini bukan sy ingin riak atau ujub dgn infaq sy yg tak seberapa cuma kadang2 sy terfikir apakah sy bersalah infaq tnpa kebenaran ibu?
untuk pengetahuan en.Zul sy bekerja tnpa gaji sometime sy anggap duit yg sy infaq itulah gaji sy dan bisnes family sy mmg bisnes yg bercampur aduk duit bisnes dgn duit peribadi.

Mohon nasihat dan penjelasan dari en.Zul.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2014 at 10:47 pm

Wslm En. Saiful,

Saya syorkan urus kewangan bisnes tu dengan betul. Asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Dan minta gaji daripada owner (emak) tu. Portion En. Saiful barulah digunakan untuk infaq. Bila bekerja, maksudnya kita memegang amanah daripada owner. Setiap kewangan keluar masuk, sepatutnya dalam pengetahuan owner.

Wallahu a’lam.

Reply

16 Saiful July 18, 2014 at 11:45 am

jazakallah en.Zul atas penerangan, skrg sy faham pentingnya amanah dlm bisnes dan tanggujawab utk asingkan duit bisnes dgn duit personal.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie July 18, 2014 at 1:16 pm

It’s ok En. Saiful. Alhamdulillah.

Reply

18 afizul amin August 5, 2014 at 6:55 pm

Alhamdullilah, hasil penulisan Tuan Zul ini dapat mengajar saya untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu tuan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa tuan. Sekarang baru saya sedar kepentingan bisnes, dulu asyik pikir nak makan gaji je. Kadang-kadang produk dah ada depan mata tunggu kita promosi je. Saya harap tuan zul teruskan penulisan tuan. Terima kasih

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie August 5, 2014 at 7:44 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah. InsyaAllah En. Afizul Amin.

Reply

20 juhaida md derus August 21, 2014 at 8:01 pm

Terima kasih atas perkongsian…sedang mula dgn ilmu en zul beri….semoga berjaya. Semoga en zul sekeluarga dirahmati & dilindungi oleh Allah.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2014 at 8:20 pm

Alhamdulillah.

Amiin ya Allah.

Reply

22 shida August 29, 2014 at 4:22 pm

Salam,

Boleh tak bagi panduan yg ringkas..maybe pengalaman en. sendiri nak buat kunci kira2. Saya ni kdg2 sibuk..ada masa x sempat nak update mana hasil or belanja yg kuar masuk. kdg2 tak perasan ada terguna duit sendiri tuk biz..dan begitulah sebaliknya. terima kasih ye..

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2014 at 5:58 pm

Wslm Pn. Shida,

Buat kunci kira-kira tu boleh serah ke kepada akauntan. Saya rasa bayar pun berbaloi, insyaAllah. Yang penting kena simpan dokumen berkaitan dengan bisnes. Untuk elak terguna duit bisnes, mesti asingkan secara fizikal. Buka akaun khas hanya untuk bisnes, dan adakan wallet / purse khas untuk bisnes. Jangan campur adukkan duit bisnes dengan peribadi.

Reply

24 mommylovehealthykids September 25, 2014 at 12:11 pm

salam saya dapat blog nih dr MMR semoga tuan sentiasa berjaya dlm ape jua bidang saya…masih lagi merangkak..kadang bukan kadang sentiasa dlm kelemasan…saya berjinak jinak dengan biz shaklee..hampir setahun dah masih kurang bergerak…masih lagi sedang belajar untuk berjaya..jika ade masa boleh je..emailkan pasa petua atau ape saje yang positif …terima kasih kerana adakan blog nie terlalu banyak info yang bagus dipraktikkan..

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2014 at 1:03 pm

Wslm puan. Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

26 saya September 26, 2014 at 12:11 pm

Mengenai simpanan ni, saya bekerja full time, ada juga buat parttime. Kalo ikutkan gaji saya tidk cukup tuk membayar loan2, sebab itu saya buat parttime. jadi pandangan tuan, bagaimana dlm masa yang sama, saya ingin juga menyimpan. Satu lagi, bagaimana pula simpanan jangka masa pendek..contoh buat repair kereta ke..yelah benda2 tak terjangka. adakah kita juga kena buat lagi satu simpanan emergency. berapa % kalo nak simpan every month.

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2014 at 8:44 pm

Biasanya sebelum buat hutang, kita dah tahu kemampuan kita bayar hutang. Jangan sesekali buat hutang yang membebankan untuk dibayar.

Dana kecemasan mesti disimpan. Jumlahnya at least 3 bulan pendapatan. Pakar-pakar selalu syorkan simpan at least 10% daripada pendapatan bulanan.

Reply

28 Dayang October 11, 2014 at 4:12 pm

Salam, tuan.

Saya harap tuan akan terus menulis dan berkongsi tips-tips dengan kami. Walau nampak ringkas artikelnya, tapi tuan selalu berjaya untuk ‘menghidangkan’ kami dengan motivasi untuk menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Saya seorang pelajar dan peniaga. Sebagai seorang pelajar, saya memang perlu mengetahui jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku dimasa hadapan, bila saya keluar dari IPT nanti. Keperluan perbelanjaan, pendapatan etc. Banyak tips persediaan yang tuan telah kongsikan untuk menjadi ‘Financial Freedom’. Insha ALLAH, moga mudah untuk saya mengamalkannya nanti.

Berkenaan artikel diatas, saya percaya, ramai dikalangan kita yang sebenarnya sudah mendapatkan untung yang banyak dalam perniagaan yang dijalankan, hatta kecil sekalipun. Namun, kesilapan kita adalah pada pengurusan kewangan yang kurang baik. Mencampurkan wang peribadi dengan wang syarikat (meski perniagaan kecil sekalipun), kita menganggap perkara biasa. Malahan adakalanya terlintas difikiran, ‘aku guna duit modal aku sendiri, tak pe kot aku guna duit untung tu, duit aku juga’… sebab tu, baru sekali ambil stok, dah terhenti perniagaan bila stok habis. Sebab dahsyatnya kita, bukan setakat untung kita ambil, tetapi duit putaran modal, lesap sekali. =) Ini yang terjadi pada saya juga sebelum ini. Alhamdulillah, semakin hari semakin sedar kepentingan untuk tidak ‘pecah amanah’ dengan duit syarikat sendiri. Apatah lagi dengan motivasi yang dikongsikan oleh tuan Zulkifli. Moga ALLAH membalas kebaikan tuan berkongsi tips dan motivasi dengan kami. Amin… Teruskan menulis, moga berjaya dunia & akhirat..

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2014 at 4:54 am

Wslm Cik Dayang,

InsyaAllah. Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati Cik Dayang juga. Amiin ya Allah.

Reply

30 bariah berry September 8, 2015 at 12:31 pm

Terima kasih atas perkongsiaan motivasi ini.Saya kadang2 terguna gak duit bisnes untuk kehendak sendiri.Rasa macam rugi sangat bila dipikirkan balik..

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2015 at 1:01 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

32 Pn nurul January 8, 2017 at 8:12 am

Tips yang bagus!!
Tq di atas pengkongsian

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2017 at 4:03 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

34 Muhammad Amar August 4, 2017 at 3:26 am

Assalamualikum Tuan,
Terima kasih kerana menyediakan artikel yang sangat berguna. Saya mula tertarik dengan artikel2 yang tuan hidangkan.
Berkenaan dengan simpanan duit bisness, saya masih kurang faham. Maaf mungkin saya baru lagi dalam dunia bisness. Boleh saya tanya semula?
.
Contoh kita untuk RM100.
50% daripadanya kita simpan. 40% kita guna untuk kembangkan bisness manakala 10% daripadanya kita infaq.
.
Jadi kita masih ada lagi baki 50%. Baki 50% kita agihkan kepada mana ya?
.
.
*jika ada siapa-siapa yang sudi memberi pandangan pun boleh bantu saya ya. Terima kasih 😉

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 8:43 am

Wslm En. Amar,

Lagi 50% tu tambah modal pusingan bisnes. Kalau untung RM100, RM50 tambah modal bisnes.

Reply

36 Annur Filus September 8, 2017 at 2:10 pm

Assalamualaikum tuan… Maaf saya ganggu… Boleh dapatkan email tuan? Kalau tuan tak keberatan, ini nombor saya 018 2961411

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2017 at 2:24 pm

Wslm.

Email saya ibnushafie@gmail.com. Apa2 send wassap lagi senang. Email kekadang saya terlepas pandang.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: