MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Good Tired: Penat, Sibuk… Tapi Rasa Seronok dan Bermakna

February 21, 2026

Hari ni hari yang sangat sibuk. 

Saya bangun seawal jam 4.00 pagi. Clearkan semua mesej dalam WhatsApps satu per satu. Buat ibadah ringkas. Solat subuh berjemaah dan adakan ta'lim ringkas bersama keluarga. 

Lepas tu buat persiapan untuk presentation WEBINAR K-SINAR 20 FEBRUARI 2021 bersama Galeri Ilmu Media Group

Selesaikan hal anak-anak. Tak sempat excercise macam rutin biasa setiap pagi sebab nak semak content dan flow penyampaian dalam Webinar. 

Ini pertama kali saya muncul untuk seminar buat public sejak kali terakhir bulan Oktober 2018, iaitu sebelum musibah 2 tahun itu terjadi

Jadi kena kena fine tuned balik. Sampai pegang pointer pun mula-mula rasa kekok. 

More...

Letih yang membawa hasil

Habis persiapan, terus ambil Grab Car untuk ke studio Galeri Ilmu di Kota Damansara. Sampaikan seminar.

Habis seminar terus ambil Grab balik ke Cyberjaya. Sampai rumah rasa sangat penat.

Layan anak-anak sekejap kemudian lelapkan masa 1 jam. Solat maghrib, sambung Isyak berjemaah sekeluarga.

Lepas Isyak call Mama Abah di kampung. Kemudian sambung meeting dengan team #G100Indonesia untuk brainstorming dan rangka strategi untuk memasuki pasaran Indonesia secara lebih agresif.

Kami ada rencana yang besar sebagai team yang akan merintis perkembangan bisnes #PublicGoldIndonesia.

Kami nak sebarluaskan ilmu ke Indonesia; jadikan masyarakat Indonesia lebih sejahtera dari sudut kewangan bersama PG Indonesia.

InsyaAllah.

Letih tapi penuh semangat

Selesai meeting, ada 46 mesej wasap yang nak kena reply. InsyaAllah sambung esok pulak.

Berehat dulu untuk memulakan semula aktiviti esok pagi...

Hari yang penat, tapi penuh bersemangat. Ini dipanggil GOOD TIRED. Alhamdulillah...

Letih begini adalah nikmat yang besar berbanding letih 2 tahun kerana terkurung dan terlalu banyak rehat sebab tak boleh nak buat apa-apa...

Hanya banyak berfikir saja... 

#PGG100Network
#NextMohdZulkifli
#TabahHadapiMusibah

Zulkifli
Cyberjaya
20 Februari 2021
8 Rejab 1442H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}