Hidup akan lebih banyak pilihan bila kita semakin kaya.
Tapi kalau tak ambil serius bina kekayaan, makin lama bekerja, hidup akan terasa semakin kosong. Hidup yang meletihkan dan membosankan.
Hidup rasa kosong sebab tak ada pilihan. Terpaksa juga hadap perkara yang tak disukai (dan tak memberi makna) disebabkan faktor kewangan yang semakin menekan.
More...
Kena hadap sebab tiada pilihan
Makin lama bekerja, makin banyak hutang. Bukan makin banyak tabungan dan harta.
Bila tersepit dengan hutang, makin tak ada pilihan.
Tak ada pilihan untuk pilih pekerjaan yang disukai atau yang bermakna dalam hidup.
Tak ada pilihan untuk pilih boss yang disukai atau circle kerja yang positif.
Tak ada pilihan untuk pilih cara kerja yang disukai. Suka tak suka, terpaksa kena hadap untuk teruskan hidup.
Jadi bila bekerja, ambil seriuslah menabung, bina harta dan lupuskan hutang secepat mungkin.
Bekerja sebab sukakan kerja
Bila tabungan dah lebih 12 bulan gaji, hutang pun dah habis bayar, kita akan ada banyak pilihan.
Kita tak takut untuk tukar kerja yang lebih membahagiakan kita.
Kita akan lebih happy bekerja bila sebahagian besar gaji kita dapat tambah tabungan, bukan sekadar bayar hutang.
Bahkan kita akan lebih ikhlas dalam bekerja bila duit bukan lagi satu motivasi untuk bekerja lebih kuat.
Kita bekerja sebab kita sukakan kerja tersebut. Bukan sebab kita terdesak untuk dapat duit (demi survival hidup).
Itulah maksud saya, ikhlas orang berduit tak sama dengan ikhlas orang tak berduit.
Ikhlas tak mengharapkan duit
Ikhlas orang berduit tak mengharapkan apa-apa ganjaran kecuali untuk kepuasan diri dia dan ganjaran dia di sisi Tuhan. InsyaAllah.
Berusaha jadi orang kaya. Kerana tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah.
Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ, ketika sedang duduk di atas mimbar dan berbicara tentang sedekah serta menjauhkan diri daripada meminta-minta, baginda bersabda:
“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah; tangan di atas ialah yang memberi, manakala tangan di bawah ialah yang meminta.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1033, Bukhari no. 1427)
Zulkifli
Cyberjaya
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
Artikel berkaitan:
- Keikhlasan Teruji Bila Kewangan Tertekan, Amalkan 3 Prinsip Ini
- Seronok Kerja, Baru Seronok Hidup...
- Happy Bekerja, Menjadikan Kita Lebih Kaya
- Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!
- Perbaharui Impian, Paksa Diri Keluar Dari Comfort Zone
- Mulianya Orang Bisnes Yang Jaga Periuk Nasi Banyak Keluarga