"#5GAssociates bukan di bawah network Tuan Zul?"
"Habis tu apa Tuan Zul dapat bila jadi mentor bagi 5G Associates (team anak muda dalam #PublicGold)?"
Dealer baru #PublicGoldIndonesia tanya saya soalan ni masa kami minum-minum lepas seminar.
Dia tak boleh brain, kenapa saya sanggup jadi mentor bagi team dealer yang langsung saya tak dapat apa-apa keuntungan (material)?
More...
Percayakan wawasan saya
Sudahlah tak dapat untung, #PGG100Network yang merupakan 'anak kandung' saya pun dah cukup besar (network terbesar dealer PG) sampai saya pun tak menang tangan untuk ruangkan masa bersama team saya sendiri.
Betul. Saya tak cukup masa untuk team saya sendiri.
Tapi saya juga tak akan biarkan 'anak-anak angkat' saya 'kelaparan'.
5G Associates adalah murid-murid saya sejak saya belum menubuhkan G100 secara rasmi.
Mereka follow saya sejak 2016. Sedangkan G100 secara rasminya ditubuhkan pada September 2018.
Mereka dah lama bersama saya. Dan mereka dah lama percayakan wawasan saya dalam Public Gold.
Bukan tentang duit, tapi harapan
Hubungan saya dengan mereka bukan tentang duit. Tapi tentang harapan mereka nak ubah kehidupan, sebagaimana hidup saya berubah.
Mereka nak jadi macam saya, nak capai apa yang saya capai bersama Public Gold - #FinancialFreedom
Masa kita miskin, keutamaan kita untuk cukupkan keperluan ahli keluarga kita. Kita perlukan duit untuk sempurnakan keperluan kita dan keluarga.
Tapi bila kaya, sebahagian kekayaan kita, ada hak orang lain di dalamnya.
Bila dah kaya, kena keluarkan zakat, kena bersedekah.
Bila dah berjaya, sedekahkan ilmu dan pengalaman supaya orang lain pun turut sama berjaya.
Sedekah ilmu, bukan sekadar duit
Yang ada duit, sedekahkan duit.
Yang ada ilmu, sedekahkan ilmu.
Itulah cara nak membersih jiwa (daripada sifat bakhil). Bukan sahaja fikir poket kita, tapi poket orang lain juga bila dah kaya dan berjaya.
Bila dah berjaya, Tuhan suruh kita terus bekerja sebagai sebagai tanda kita bersyukur.
Gunakan segala apa yang Tuhan kurniakan kepada kita untuk berbuat baik sebagaimana Tuhan limpahkan kebaikan kepada kita.
Nak cari duit banyak?
Memang betul...
Kegembiraan sampai ke hujung nyawa
Tapi sampai satu ketika, duit lebih banyak tidak lagi menambah kegembiraan kita. Ia tak lagi memotivasikan kita.
Yang akan kekal menggembirakan sampai ke hujung nyawa bahkan lepas meninggalkan dunia ialah kebaikan-kebaikan yang kita pernah lakukan ketika kita masih berpeluang melakukannya...
Berbuat baiklah...
Golongan jin itu membuat untuk (Nabi) Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.