Selesai panjat 1,000 anak tangga pagi ni. Alhamdulillah...
Nak buat apa pun benda baik ni, permulaannya kena paksa diri untuk buat. Baru jadi...
Kalau tak paksa, tak jadi.
Setiap kali nak turun exercise, selalu fikir 50-50... Nak exercise atau nak rehat hari ni?
Kalau fikir lama-lama, jawabnya nak rehat saja...
Jadi tak perlu fikir lama-lama... Terus pakai pakaian sukan, terus turun. Mulakan anak tangga pertama.
Paksa, paksa, paksa... Akhirnya selesai juga panjat 1,000 anak tangga! Alhamdulillah.
Itulah setiap pagi saya 'berperang' dengan diri sendiri.
More...
Berjangkit pada orang lain
Hari ini dapat tambah faktor pendorong. Isteri pun nak join sekali.
Bila isteri join, anak pertama pun yang asalnya nak bercuti pagi ni (sebab kelas online dia bermula pukul 8.00 pagi), pun nak join sekali!
Alhamdulillah. Ia berjangkit kepada yang lain...
Lepas tu adik-adiknya semua nak join sekali, kecuali 2 orang. Alhamdulillah...
Begitulah juga dengan apa perkara pun dalam hidup.
Kalau perkara tu baik dan penting untuk kita lakukan, jangan fikir panjang sebab nanti otak kita akan keluarkan pelbagai alasan sebagai justifikasi untuk tak bertindak.
Jangan tunggu sempurna
Sebaliknya teruskan mula dengan langkah pertama.
Kalau kejayaan perlukan 1,000 langkah, maka langkah paling sukar adalah langkah pertama!
Bila berjaya mulakan langkah pertama, langkah seterusnya akan semakin mudah, insyaAllah.
Nak ibadah? Nak kaya? Nak jadi baik? Nak berjaya? Semuanya sama.
Mulakan dulu langkah pertama. Jangan sesekali tunggu sempurna baru nak bermula.
Sebaliknya kita perlu bermula untuk jadi sempurna.
InsyaAllah.
#HealthisWealth
#KesihatanAdalahKekayaan
#MotivasiKejayaan
#BukuBebasKewangan
Zulkifli
Cyberjaya
23 Februari 2021
11 Rejab 1442H
Artikel berkaitan:
- Susah, Hanya Pada Langkah Pertama!
- Semua Perkara Pun Susah Pada Permulaannya
- Lesen B Full: Apa Pun Perkara Baru, Semuanya Susah Permulaannya!
- Selepas Kesusahan Ada Kejayaan
- Perfectionist Membuang Masa
- Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Buat Perkara Yang Betul
- Rutinkan Perkara Yang Betul, Kejayaan Cuma Persoalan Masa - Riadah di Bulan Ramadhan

