MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

October 12, 2015

Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Langkah paling susah ialah langkah pertama.

Ketika baru nak bermula, banyak perkara yang kita tak tahu dan tak faham. Ketika bermula, kita belum dapat momentum. Macam bawa kereta gear 1. Tekan minyak... Bunyi enjinnya kuat... Tapi geraknya perlahan... Minyak pun makan banyak...

Ianya sudah... Sebab tu banyak orang takut nak bermula. Mereka ambil jalan 'selamat'.

Kedua, banyak orang ‘putus-asa’ ketika baru sahaja bermula. Belum apa-apa lagi dah give-up. Mereka give-up ketika belum benar-benar bermula...

Saya tertarik dengan tulisan di blog Tuan Muda Syarif Jamil tentang betapa pentingnya LANGKAH PERTAMA untuk berjaya. Samada dalam menabung emas, bahkan dalam apa bidang sekalipun. Nak buat apa sekalipun, langkah pertama lah yang paling penting, dan juga paling sukar!

Langkah Pertama Menabung Emas

Dalam konteks menabung emas;

Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi tak bermula. Hanya bila dah bermula, baru kita faham harga tinggi rendah - sebab kita sudah ada BENCHMARK harga tersendiri.

Kita akan lambat faham tentang ILMU EMAS selagi tak bermula. Mungkin guru dah terangkan panjang lebar, tapi selagi tak bermula, kita susah faham. Macam nak terangkan ilmu parenting kepada orang yang belum ada anak-anak. Begitulah susahnya...

Selagi tak bermula, kita susah faham...

Bermula Dulu Dengan Kecil

Jadi cara terbaik nak bermula, dapatkan dulu ilmu asas. Buat pembacaan umum di media sosial, kemudian terus bermula dengan bajet kecil. Supaya kalau untung pun tak kaya, kalau rugi pun tak miskin...

Mulakan dulu walaupun dengan coin 1 dinar, gold bar 1 gram, atau RM100 melalui Akaun Emas GAP. Anggaplah belian pertama untuk BELAJAR dan dapatkan PENGALAMAN BARU. Kata orang, dapatkan 'feel' dulu. Jangan fikir untung dulu.

Bila dah bermula, kita akan makin nampak jalan. Jalan makin terang. Waktu tu, kita boleh tune halatuju kita dengan emas, untuk capai matlamat kewangan kita sendiri.

Langkah Pertama Menuju Kejayaan

Apa yang saya perhatikan, mana-mana orang berjaya, sikapnya sama. Mereka cepat ambil langkah pertama.

Bila dapat idea baharu, cepat-cepat mereka bertindak. Tak perlu fikir terlalu lama. Tak perlu nak tunggu sempurna segalanya baru nak bermula. Mereka tak tunggu 'perfect time' untuk bermula.

Mereka bermula dulu. Lepas tu mereka adjust kemudian. Mereka buat improvement kemudian, dari semasa ke semasa.

Sila baca : Perfectionist Membuang Masa

Saya banyak belajar prinsip ni dari Dato’ Louis Ng, iaitu pengasas Public Gold, syarikat emas pelaburan terbesar di Malaysia.

Pencapaian Cemerlang Public Gold

Dengan cara kerja dan kepimpinan beliau, sekarang Public Gold

  1. Syarikat yang paling terkehadapan dalam industri Investment Precious Metal (IPM) di Malaysia.
  2. Syarikat tempatan pertama mengeluarkan gold bar dan silver bar di Malaysia.
  3. Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang menjalankan jual beli emas mengikut real-time harga emas dunia.
  4. Sentiasa mendahului syarikat emas lain. Di waktu banyak company emas masih terkial-kial tentang perlaksanaan GST awal tahun 2015, Public Gold telahpun mendahului syarikat lain dengan mengeluarkan produk bebas GST di Malaysia!

Dan dalam perancangan, banyak lagi perkara baru yang akan dimulakan oleh Public Gold. Pendek kata, Public Gold menjadi leader dalam industri emas pelaburan di Malaysia.

Antara prinsip yang diamalkan boleh Founder Public Gold ialah, “mulakan dahulu, adjust kemudian”.

pengasas public gold pg group dato wira louis ng 2021

Masalah Akan Selesai Dengan Masa

Bila memulakan satu usaha baru, confirm akan ada masalah. Pasti ada hiccup sana sini. 

Saya masih ingat, ketika Dato’ Louis baru dapat idea baru; untuk wujudkan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) hasil dia sertai LBMA Conference di Jepun, Public Gold terus lancarkan produk baharu, iaitu beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP SECARA MANUAL!

Sistem GAP belum ready. Semua proses dibuat secara manual!

Memang banyak masalah dan banyak komplen, tapi akhirnya Sistem GAP dapat dibangunkan dan akhirnya siap. Proses imrovement sentiasa di buat dari semasa ke semasa.

Kalau dulu, nak cek baki semasa dalam Akaun GAP kena melalui email. Staff PG akan hantar statement melalui email. Sekarang, dah boleh cek di website, malah melalui Mobile Apps!

Dan jangan terkejut, mungkin satu hari nanti emas dalam akaun GAP kita boleh transfer ke akaun GAP orang lain, sama macam transfer duit secara online!

Waktu tu, emas boleh dijadikan alternatif kepada duit kertas sebagai medium transaksi, insyaAllah.

Itulah impian sebenar kerajaan negeri Kelantan sewaktu mula-mula pelancaran Dinar Kelantan tahun 2006 dahulu. Mana tahu, ia bakal direalisasikan oleh Public Gold, insyaAllah...

Good Problem Akan Sentiasa Ada

Masalah yang dianggap masalah akhirnya selesai juga.

Banyak orang silap. Mereka anggap masalah sebagai masalah. Masalah tu dia anggap macam batu besar yang halang dia daripada maju ke depan. Masa dia banyak terbuang hadap dengan masalah.

Padahal kalau nak berjaya, masalah akan sentiasa ada. Di setiap tahap kehidupan, kita akan sentiasa jumpa dengan masalah-masalah baru. Ia adalah GOOD PROBLEM! Problem yang menjadikan diri kita lebih baik.

Dan apa pun masalah, akan sentiasa ada jalan penyelesaiannya...

Dulu waktu Akaun Emas GAP baru dilancarkan, banyak juga komplen pembeli; mereka lambat terima GAP Statement. Walhal masalah cuma masalah “teknikal” sahaja, bukan masalah “integriti” (seperti penipuan).

Bila permintaan GAP terlalu banyak, staff yang proses pun tak menang tangan - sebab semua masih manual. Masalah tu akhirnya selesai bila sistem sudah ready. Semua proses pun sudah 'automate'. Alhamdulillah...

Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

Apa yang kita boleh belajar, apa pun masalah, jangan berhenti di situ. Jangan buang masa menghadap masalah hingga membantutkan usaha untuk terus maju.

Jalan terus! Semua masalah akhirnya akan selesai juga. Yang penting, kita dapat terus maju, insyaAllah... Jangan tunggu traffic light hijau sepanjang jalan barulah nak bermula.

Nak berjaya dalam apa perkara sekalipun, jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dulu, adjust kemudian.

Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak akan pernah wujud...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
11 October 2015
28 Zulhijjah 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • sy sangat bersetuju dengan pernyataan En Zul..

    “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…

  • Saya amat setuju dengan tuan, tak kira dalam bidang apa pun, pengetahuan melalui pembacaan sahaja tidak bernilai apa – apa tanpa merasai sendiri atau melakukan apa yang dipelajari. Langkah pertama tidak semestinya sempurna, tapi itulah tanda kita telah bermula. Kemana hala tujunya, kita masih ada banyak ruang dan peluang untuk perbetulkan. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.

  • Memang betul apa yang tuan zul kongsikan..Dalam kebanyakan perkara yang kita ingin lakukan, memulakan sesuatu yang baru adalah sesuatu yang ‘menakutkan’, ‘tak tahu’ dan ‘tak biasa’ kerana kita sudah terbiasa dan berasa sudah berada dalam zon selesa.

    Pemikiran-pemikiran begini harus di ketepikan untuk memulakan ‘langkah pertama’ yang diperlukan untuk memulakan sesuatu yang baru.

    Sekadar perkongsian saya 😉

  • …”” Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud….”

    …memang dengan ungkapan ini…termasuk juga hal2 yang lain..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >