Sampul ni Aisyah hulur masa saya sibuk nak pergi kerja.
Waktu pagi masa saya sibuk nak pergi kerja, Aisyah (anak sulong kami, darjah 2) hulurkan sampul ni untuk saya. Katanya, Aisyah buatkan untuk Papa dan Mama.
Saya terima jer apa yang Aisyah bagi dan tak sempat buka pun. Saya letak jer atas meja...
Hadiah Istimewa Buat Papa dan Mama
Malam sebelum tu, Aisyah tidur lewat. Adik-adiknya semua dah tidur, tapi dia duduk sorang-sorang dalam bilik depan (bilik tetamu cum store room) buat kerja dia.
Jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam, isteri saya mintak saya suruh Aisyah pergi tidur sebab esok nak pergi sekolah.
Saya biarkan jer dia buat kerja, sebab Aisyah tak ada masa untuk buat kerja yang dia suka kecuali bila adik-adiknya dah tidur. Kalau adik-adiknya tak tidur, memang dia tak boleh fokus.
Kalau dia mewarna, mesti ada yang nak tumpang ‘menolong’...
Saya kesian dengan Aisyah sebenarnya. Seawal 7.30 pagi dah berada disekolah agama. Balik sekolah agama dalam pukul 11.00 pagi. Pukul 12.00 tengah hari dah kena siap-siap pergi sekolah kebangsaan. Masuk sekolah pukul 1.00 tengahari. Pukul 6.30 petang baru balik dari sekolah kebangsaan.
Bila waktu dia nak bermain? Bila waktu untuk zaman kanak-kanaknya?...
Zaman Kanak-kanak, Dulu dan Kini
Masa zaman saya kanak-kanak dulu, pergi sekolah pagi jer. Waktu petang waktu aktiviti bebas. Antaranya ko-kurikulum, aktiviti sukan, pengakap, main dengan kawan-kawan, dan mungkin pergi mengaji! Pokoknya, itu waktu enjoy!... Bukan waktu mengadap buku.
Tapi saya kesian generasi kanak-kanak sekarang. Anak-anak sama sibuk dengan ibubapa yang bekerja. Kalau kita penat, anak kita mungkin lebih penat!...
Berbalik cerita lukisan ni, masa lunch hour, saya buka facebook, dan tertengok dua lukisan ni yang isteri saya postkan! Aduh... Terus rasa sebak... Tersentuh dengan lukisan yang Aisyah buat khas untuk saya dan isteri.
Sanggup bersengkang mata hanya untuk lukisan ini. Cukup sentimental dan terlalu mahal lukisan ni buat kami suami isteri...
Kalaulah saya tak sempat berjumpa Aisyah sebelum balik kerja hari tu, mungkin saya akan menyesal selama-lamanya. ‘Hadiah’ termahal yang Aisyah buatkan untuk kami, saya hanya ambik dan letak jer atas meja dan tak buka langsung! Aduh...
Aisyah... Anak sulong kami... Seorang yang rajin dan tekun, sangat membantu kami, dan sangat caring (prihatin) dengan adik-adiknya. Ia kurniaan besar dari Tuhan untuk kami sekeluarga... Alhamdulillah.
Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9
Hari ni, 1 Mac 2012 adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-9. Saya bersyukur...
9 tahun kami melayari cinta suami isteri, Allah kurniakan 5 cahaya mata. Dan bulan Jun 2012 ni akan datang lagi seorang, insyaAllah.
Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaan nikmat yang jauh lebih bernilai dari jutaan ringgit; isteri yang solehah, seorang kuat jiwanya, penyayang, dan sangat memahami. Anak-anak yang sempurna, sihat, aktif, dan comel-comel belaka (“,).
Alhamdulillah... Kami letakkan nama Aisyah Nurina, Amal Hayati, Anis Adlina, Fathi dan Hifdzi...
so sweet…
Alhamdulillah.. 🙂
Saya ada 4 anak, coming 5. Anak sulung saya pun namanya Aisyah/6 tahun…dia juga minat mewarna…kerana kesibukan, kami juga kadang2 jarang beri perhatian kepadanya. Tersentuh jugak saya baca cerita ni…nanti saya suruh isteri saya baca,…:)
Alhamdulillah HM Jebat… Lebih kurang saya juga lah.. anak ramai. Konflik kita yang anak ramai ni ialah perhatian pada anak2. Walaupun always ada kehadiran adik baru, moga kita dapat bagi perhatian & kasih sayang secukupnya untuk kakak2 dan abang2nya.. InsyaAllah.. 🙂
comel nye,,moda hepy2 slalo,, 🙂
Alhamdulillah… TQ.