MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kerja Kuat Cukupkan Nafkah Tanda Sayang Suami Pada Isterinya

March 6, 2024

Dia mungkin terlupa tarikh birthday isteri dan anniversary perkahwinan. Tapi kalau dia kerja kuat dan berikan nafkah secukupnya, sebenarnya itu tanda dia sayang pada isteri dan anak-anak dia.

Sebahagian isteri mungkin tak faham... Bahkan sebahagian isteri mengeluh gara-gara suami dia kuat bekerja, dan kurang masa bersama keluarga.

Hakikatnya, kerja kuat dia tu tanda dia cintakan isteri dan anak-anak dia. Bukan untuk orang lain...

More...

Bahasa cinta antara suami dan isteri tak sama...

Cara suami tunjukkan rasa cinta

Isteri berikan cinta dengan cara membelai perasaan. Tunjuk rasa caring, lafaz kata-kata manis, belaian, ciuman ataupun pelukan...

Tapi suami berikan cinta cara yang logik pada fikiran. Dia kerja kuat, cukupkan segala keperluan keluarga, itu cara dia tunjukkan rasa cinta.

Suami kerja kuat cari duit bukan dia. Tapi untuk isterinya dan anak-anaknya. Dia rasa puas sediakan segala kecukupan untuk keluarga. 

Kalau nak suami lebih "function", isteri cuma perlu belajar hargai setiap hasil titik peluh yang suami bawa pulang untuk keluarga. Bak kata pepatah, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan"...

Tunjukkanlah penghargaan... Dan berikanlah dia sokongan dan pujian...

Angkatlah dia sebagai 'hero' yang melindungi dan menyelamatkan sebuah keluarga. Nescaya semangat juang dia akan semakin berkobar-kobar. Dia pasti akan berikan yang lebih baik untuk keluarga. 

Jangan sesekali meremehkan pemberian dan usaha dia.

Gaji isteri lebih besar dari suami

Pernah sekali saya diinterview oleh sebuah majalah tentang isu "gaji isteri lebih besar dari gaji suami".

Mereka tanya saya, apakah suami tu patut buat? Adakah suami kena kerja lebih kuat supaya gaji dia lebih besar daripada gaji isteri?

Bagi saya, suami tak perlu bersaing gaji dengan isteri. Rumah tangga ni sepatutnya jadi medan untuk saling memberi dan saling melengkapi... Bukan saling menyaingi...

Apa yang paling penting, suami tu kena berusaha sempurnakan nafkah keluarga setakat apa yang dia mampu. 

Keperluan asas keluarga (makan, pakai dan tempat tinggal) wajib diusahakan oleh suami. Bukan berlepas tangan kepada isteri...

Wartawan tu tanya lagi, apakah patut suami bergaji kecil itu berhenti kerja dan fokus jaga anak-anak di rumah, dan segala perbelanjaan rumah semua ditanggung isteri (sebab isteri bergaji lebih besar)?

Saya jawab, rumahtangga begitu akan jadi tonggang-terbalik. 

Rumah tangga tonggang terbalik

Saya pernah ingat pesanan guru saya Ustaz Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid (pensyarah Universiti Malaya), salah satu tip penting mendidik isteri supaya taat pada suami dan jadi isteri solehah ialah; suami tu sendiri kena sempurnakan tanggungjawab beri nafkah - walaupun isteri dah ada gaji sendiri. 

Menurut beliau lagi, walaupun isterinya bekerja sebagai guru di sekolah Kementerian Pendidikan, tapi segala keperluan isteri dan rumah tangga adalah dari duit gaji beliau 100%, bukan share-share dengan isteri.

Duit gaji isteri milik isteri 100%. Bukan untuk tampung keperluan keluarga.

Tanggungjawab sebenar suami ialah mencari nafkah... Manakala tanggungjawab isteri ialah jaga rumah tangga dan anak-anak...

Saya tak pasti, macam mana sesebuah rumahtangga itu boleh bahagia kalau semua urusan nafkah dipaksa ke atas isteri, sedangkan suami hanya bergoyang-kaki? 

Terkahwin suami yang tak function

Kalau dapat suami yang tak function dan cuma 'goyang kaki' sahaja di rumah, saya fikir isteri tak perlulah habiskan usia hidup dengan lelaki tak function macam tu.

Lebih-lebih lagi isteri nak kena bela suami macam biawak hidup.

Kalau dah tak nampak harapan untuk berubah, buat sahaja aduan ke Mahkamah Syariah. Tuntut balik hak nafkah dan berpisah sahajalah... Jangan seksa diri sendiri, dan jangan biarkan perasaan diri didera sampai ke hujung usia...

Pada saya, perkara yang paling penat ialah meletakkan harapan pada orang yang memang tak boleh diharap...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
6 Mac 2024
25 Syaaban 1445H

Daripada `Abdullah bin 'Amr melaporkan bahawa Rasulullah (ï·º) bersabda:

"Cukuplah dianggap berdosa bagi sesiapa yang mengabaikan (tanggungjawab ke atas) orang yang menjadi tanggungannya." (HR Abu Dawud, no. 1692)

[Riyadhus Solihin, no. 294]

Daripada Abu Mas'ud Al-Badri (semoga Allah meredhainya) melaporkan: Nabi (ï·º) bersabda,

"Apabila seseorang memberi nafkah kepada ahli keluarganya (dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah), itu dikira sebagai pahala sedekah baginya." (HR Bukhari no. 55, dan Muslim no. 1002)

[Riyadhus Solihin, no. 293]

Daripada Abu Hurairah (Semoga Allah meredhainya) melaporkan: Rasulullah (ï·º) bersabda,

"Satu dinar (wang emas) yang kamu belanjakan di jalan Allah, atau untuk memerdekakan seorang hamba, atau sebagai sedekah kepada orang miskin, atau untuk nafkah kepada ahli keluargamu, pahala yang paling besar adalah yang kamu nafkahkan untuk ahli keluargamu". (HR Muslim no. 995)

[Riyadhus Solihin, no. 289]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>