Kesian tengok suami penat kerja... Kalau boleh nak buat bisnes Public Gold betul-betul, sampai boleh pencenkan suami; suami dah tak perlu pergi kerja. Duduk rumah dengan family jer tiap-tiap hari...
Itu antara impian sebahagian isteri yang aktif menjalankan bisnes Public Gold.
Lepas tengok bukti-bukti suri rumah pun boleh dapat pendapatan pasif minimum RM5,000 - RM10,000 sebulan hanya dari rumah, mereka mula berani letakkan impian...
More...
Impian pencenkan suami
Antaranya nak bebaskan suami daripada terpaksa bekerja dari 9.00 pagi - 5.00 petang. Bahkan ada yang bekerja sampai malam untuk cari pendapatan tambahan.
Tapi saya tak sarankan. Dalam sessi coaching dengan saya, saya tak sarankan isteri-isteri 'solehah' yang sayangkan suami supaya pasang cita-cita tu.
Sebab maruah lelaki ialah PROVIDE and PROTECT untuk family dia.
Lelaki yang bekerja keras untuk cukupkan keperluan isteri dan anak-anaknya, dia lelaki yang bermaruah.
Biarlah suami pergi bekerja cari nafkah untuk keluarga. Biarlah dia penat berjuang untuk keluarga dia. Barulah dia jadi suami yang function.
Suburkan maruah suami
Isteri cuma perlu belajar menghargai setiap hasil titik peluh suami bawa balik ke rumah.
Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Hargai setiap usaha suami dan angkatlah dia jadi hero dalam rumahtangga disebabkan kerja keras dia untuk keluarga.
Nescaya dia akan jadi lelaki yang lebih baik. InsyaAllah...
Kerana Tuhan ciptakan fitrah seorang lelaki memang macam tu... Isterinya cuma kena pandai suburkan fitrah tu dalam diri suami dan anak-anak lelaki mereka... InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
20 Februari 2024
10 Syaaban 1445H
Artikel FB berkaitan:
- Men, they exist to protect and provide - FB Faiq (2024)
- Beri nafkah secukupnya tanda suami sayang pada isterinya - FB (2015)
- Isteri tanggung segalanya ibarat bom jangka dalam rumah tangga - FB Nurul Izzah (2024)