MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mindset Menang-Menang Untuk Berjaya!

February 27, 2024

Sepanjang 3 hari di kampung, tiap-tiap pagi saya ambil peluang pusing-pusing sekitar kampung dan kampung-kampung sekitar. Nak cukupkan langkah setiap pagi... 

Antara yang saya dapati, banyak juga rumah kosong dan terbiar di kampung. Mungkin masing-masing dah beli rumah untuk hari tua sebab takut rumah mahal.

Cuma sayangnya, rumah-rumah tu terbiar tanpa penghuni. Makin lama makin mereput sampai semak samun naik ke paras kepala pun ada. 

More...

Dari sudut lain pulak, saya pun selalu dengar keluhan mereka yang pindah kerja ke kampung susah nak dapat rumah sewa.

Maksudnya rumah kosong memang ada, dan permintaan untuk sewaan pun banyak.

Peluang di sebalik masalah

Saya fikir, siapa dapat uruskan rumah terbiar tu dengan baik, dia dapat bantu selesaikan masalah setempat dan dalam masa yang sama dapat buat duit.

Itu yang saya pesan dulu kepada adik saya En Hafiz - peluang buat duit dengan cara bantu selesaikan masalah masyarakat setempat.

Uruskan rumah-rumah terbiar tu dengan baik.

Owner rumah tak perlu sibuk nak uruskan rumah dan penyewa. Serahkan sahaja kepada pengurus. Pemilik rumah dapat jana income bulan-bulan tanpa habiskan masa dan sakit kepala.

Dan apa yang lebih penting, rumah tu tak reput atau bersemak samun sebab tak ada yang duduk. Makin lama makin mereput rumah tu...

Bahkan En Hafiz bagitahu, ada yang bil-bil utililti dah tertunggak sampai ribuan ringgit! 

Bakal penyewa memang banyak... Tapi susah jumpa rumah yang mereka cuma perlu cuci kaki jer untuk sewa rumah tu... Adik saya pun pernah rasa masalah tu. Susah nak cari rumah untuk dia sewa...

Jadi dia pun ambillah insiatif nak bantu pemilik-pemilik rumah sekitar tempat tinggal dia yang kebanyakannya tak duduk di situ.

Pemilik rumah duduk di luar Kelantan dan rumah mereka pun terbiar...

Cabaran lose-lose mindset

Bila saya dapatkan feedback, adik saya bagitahu ianya tak mudah. Walaupun dia niat nak bantu pemilik rumah, tapi banyak pemilik rumah ada lose-lose mindset.

Bukan win-win...

Dia nak adik saya uruskan rumah-rumah tu tanpa dapat apa-apa upah walaupun satu sen.

Lebih baik rumah dia terbiar dan mereput daripada ada sesiapa dapat untung bersama atas rumah tu! 

Dengan kata lain, lebih baik dia rugi sorang-sorang daripada untung sama-sama!

Padahal kalau dia serahkan rumah tu, rumah dia akan terurus dengan baik... Ada orang tolong carikan penyewa... Ada orang tolong tengok-tengokkan rumah... Bil utiliti yang tertunggak ribuan ringgit dapat diselesaikan (adik saya sanggup keluarkan duit dulu)... Bahkah hasil sewaan tu dia boleh gunakan untuk banyak hutang bank!... 

Pun tak nak juga...  

Mereka tak akan benarkan sesiapa dapat untung atas rumah mereka. Biar rugi pun tak apa. Asalkan tak ada sesiapa dapat manfaat atas apa yang mereka ada kecuali diri sendiri...

Mindset menentukan tahap kehidupan

Jadi kami buat kesimpulan, salah satu sebab menghalang seseorang tu jadi kaya sebab mindset dia. Loser mindset.  

Orang kaya nampak itu peluang jadi lebih kaya. Tapi dia nampak itu kerugian - bila ada orang dapat manfaat bersama. Walau jelas-jelas atas kertas, dia dapat keuntungan.

Masalah mindset ni susah nak diselesaikan.

Orang berjaya nampak itu peluang, tapi dia nampak itu masalah. Jadi tak boleh nak buat apa-apa dah...

Kehidupan seseorang tu sebenarnya dicorakkan oleh mindset mereka. Cara mereka berfikir tu menentukan tahap kehidupan mereka sendiri.

Selagi mereka tak ubah diri mereka (cara mereka berfikir, sikap dan tabiat), Tuhan pun tak akan ubah nasib mereka.

Nak ubah diri kita, bermula dengan ubah input yang masuk dalam kepala kita. Ubah apa yang kita baca, ubah apa yang kita tonton, dan paling penting, ubah pergaulan kita.

Dengan siapa kita berkawan rapat hari ini, akan mencorakkan siapa kita 5 tahun akan datang.

Bak kata John Maxwell, "Show me your friends and I'll show you your future." 

Zulkifli
Cyberjaya
27 Februari 2024
17 Syaaban 1445H

“Orang kaya sentiasa fikir win-win. Sama-sama untung dalam apa yang dia usahakan. Orang kebanyakan fikir segala apa yang dia ada cuma untuk diri sendiri sahaja. Orang lain tak boleh dapat manfaat bersama. Sama-sama tak dapat apa-apa lebih baik dari sama-sama untung.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 15 Februari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>