MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Bisnes Dengan Mindset Pekerja?

Kisah 1: Penjual Durian

"Dik, durian yang dah buka ada tak?" Tanya saya di gerai durian depan Shell Damansara Damai.

"Oh, sorry bang, belum buka lagi", balas pekerja di gerai durian. Maksud dia, kalau nak beli, datang kemudian sebab lori baru jer sampai. Belum sempat nak buka pun lagi durian-durian tu ke dalam paket.

Tetiba taukey dia datang, "Nak durian jenis mana Encik?".

"Saya nak yang dah buka. Nak 6 paket", balas saya.

"Ooo... Kejap, kejap yer. Saya packing sekarang". Terus dia buka durian-durian tu dan letakkan dalam paket-paket polistrin.

Huh, nasib baik taukey diadatang. Kalau tak, mungkin saya beli di gerai lain. Rezeki saya sebab dapat beli, dan rezeki dia dapat customer pertama untuk hari tu.  

Kisah 2: Kedai Speedmart 99

Badan rasa nak demam. Tapi sebab ada barang nak kena beli, saya terpaksa keluar beli barang di Speedmart 99. Lepas beli, tetiba saya baru perasan, ada satu barang yang saya dah bayar, tapi tertinggal. Terus saya cepat-cepat pergi balik ke kedai tu. Lagi 5 minit nak tutup.

Sampai jer depan kedai, cepat-cepat pekerjanya tutup pintu walaupun dia dah nampak saya sampai.

Tengok jam, masih 5 minit berbaki sebelum jam 10.00 malam. Saya ketuk-ketuk pintunya, tapi tak dibuka! Aduh! Geramnya rasa. Dalam 10 minit juga saya ketuk pintu baru berjawab dari dalam, katanya "Kami dah tutup Encik".

Ish... geramnya... "Saya bukan nak beli barang. Ada barang saya tertinggal tadi", balas saya.

"Sekejap yer", jawabnya lagi. Tunggu punya tunggu, 20 minit baru buka! Hati rasa dah membuak-buak. Dah la badan rasa tak sihat. Kena pulak berdiri menunggu di luar kedai sampai 20 minit!

Keluar jer pekerja-pekerjanya, terus saya tanya, "Bukan ker kedai ni sepatutnya tutup pukul 10 malam? Saya datang sini nak ambik barang tertinggal jer pun perlu tunggu sampai 20 minit ker?!" 

Mindset Pekerja vs Pemilik Bisnes

Agak-agaknya, apa mereka akan buat kalau mereka adalah taukey kedai? 

Kedai tutup pukul 10.00 malam, tapi customer datang 9.59 malam? Suruh customer balik ataupun kita akan layan walaupun terpaksa extend waktu operasi ke 10.10 malam?

Tentunya kita akan layan, betul tak?

Itulah bezanya mindset pemilik bisnes dan pekerja.

Pekerja akan buat paling minimum. Taukey akan buat segalanya secara maksimum. Walaupun terpaksa korbankan sedikit waktu rehatnya, hatta mungkin cuti hujung minggunya. 

Bisnes Dengan Mindset Pekerja

Setakat apa yang saya belajar dan perhati, ramai orang yang baru nak buat bisnes rasa susah sebab mindset dia belum ready, dan belum berubah.

Dia buat bisnes dengan mindset seorang pekerja, memanglah susah...

  • Buat kerja minimum (berlebih kurang) tapi nak hasilnya banyak.
  • Kurang inisiatif; tunggu kena 'cucuk' baru nak jalan. Dah ada bisnes sendiri, tapi masih tunggu arahan 'bos' untuk bergerak. Padahal, dalam bisnes, dialah bos, dan dialah pekerja.
  • Kurang ambil berat tentang orang sekeliling (pelanggan, rakan niaga, business partner). Sebab dalam kerja makan gaji, kita cuma 'ambil berat' tentang bos sahaja sebab bos yang tentukan gaji dan bonus kita.
  • Tak sanggup melabur dalam ilmu. Tunggu dapat hasil bisnes dulu baru nak pergi kelas belajar buat bisnes? Sebab ketika bekerja makan gaji, kita dah terbiasa pergi kursus cuma bila jabatan hantar dan sponsor. Kalau tak hantar, kita tak pergi training...
  • Tak sanggup kerja keras, lebih selesa tergolek depan TV di hujung minggu. Terasa berat nak korbankan waktu rehat dan hari cuti untuk bisnes sebab kita rasa kita 'berhak' untuk berehat.

Kenapa jadi macam tu?

Perubahan Dalaman Perlu Masa 6 Bulan

Kita buat bisnes dengan mindset seorang pekerja sebab ia memang dah jadi darah daging kita. Ia perlukan masa untuk berubah.

Macam mana nak ubah mindset?

Menurut Robert T.Kiyosaki (guru kewangan dari Amerika), kalau nak ubah mindset, kita perlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Bukan 6 hari, tapi 6 bulan...

Dia sarankan, kalau nak memulakan apa-apa bisnes, kita kena duduk dalam persekitaran bisnes dan bergaul dengan orang bisnes sekurang-kuranganya 6 bulan. 

Hadir seminar, hadir workshop dan forum-forum bisnes, dan berkawan rapat dengan pemilik-pemilik bisnes lain sekurang-kurangnya selama 6 bulan, barulah mindset akan mula berubah.

Bagi siapa yang serius nak berjaya dalam bisnes, daripada buang masa dengan banyak tidur, tergolek depan TV, merayau-rayau di shopping complex, bukan ker lebih baik kita habiskan masa dengan baca buku-buku, hadir seminar, dan bergaul dengan orang bisnes?

Awas! Nasihat saya, jangan sesekali bergaul dengan orang bisnes dan berjaya. Nanti anda juga akan terpengaruh untuk berjaya (",).

Sebabnya, kita adalah produk kepada persekitaran kita. Buku apa yang kita baca, dengan siapa kita bergaul, ia bakal menentukan siapa diri kita!

 Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Heights
30 Jun 2011
28 Jamadil Akhir 1432


p.s. Hari Rabu (25 Mei) minggu lepas, saya hadir satu Talk bersama Irfan Khairi  di Cititel Mid Valley, kebetulan tak ada apa-apa program malam tu. Datang untuk explore cara kembangkan bisnes kami dengan memanfaatkan medium internet. Alhamdulillah, sangat menarik. Dan paling penting, saya dapat ramai kenalan baru yang juga ada bisnes sendiri. Itulah bagusnya datang workshop & seminar!

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • ada terkena batang hidung sendiri jg ni..hu..macam dekat tempat kerja saya,sepatutnya tutup jam 5pm tapi 445pm dah tutup mesin.Alasan,kerja lebih masa sikit takda sapa nak bayar OT..hm..sharp jam 5pm department dah gelap..

  • He3x Saiful..

    Org makan gaji mmg majoritinya macam tu.. tapi bila nak masuk dunia bisnes, banyak mentaliti makan gaji kita kena tukar.. buat bisnes, kena fikir macam orang bisnes.. bila buat bisnes, tapi mentaliti masih seorang pekerja, itulah yang jadi susah.. 🙂

    Pengalaman..

  • Alhamdulillah Azraf..

    Salam ukhuwah & selamat berziarah ke blog saya yg tak seberapa ni. InsyaAllah Azraf. Kita boleh bertukar fikiran ttg bisnes. Nnt boleh add saya di facebook “Mohd Zulkifli Shafie” ye, atau email (ibnushafie@gmail.com), sms pun boleh 019-336 8009 (Zul).

    Menarik website manjakuhappy tu. Alhamdulillah. Nanti isteri Azraf boleh connect dgn isteri saya. Kami bisnes sama2. Alhamdulillah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >