MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang

April 17, 2022

Ilmu kekayaan tak diajar di sekolah dan di universiti. Sistem pendidikan dibuat bukan untuk ajar kita jadi orang kaya, tapi untuk penuhi pasaran pekerjaan.

Jadi bukan pelik, mereka yang belajar tinggi-tinggi dan bergaji besar pun tak kaya-kaya juga.

Sudah bekerja bertahun-tahun, gaji semakin besar, tapi masih berlari di tempat yang sama. Jumlah simpanan dan harta tak bertambah, sebaliknya yang bertambah hanyalah beban hutang!

Kalau nak kaya, kita kena belajar dari orang kaya - yang terbukti kaya. (Oh ya, kaya dan mewah adalah dua perkara berbeza!).

Persoalannya, kita bukanlah sesiapa. Macam mana nak belajar daripada orang kaya-kaya?

Kita Apa Yang Kita Baca

Cara paling mudah, bacalah buku yang ditulis oleh orang kaya.

Bila dah baca buku, ikuti seminar atau program ilmu yang mereka sampaikan.

Baca buku akan membuatkan kefahaman kita lebih lengkap. Seminar pula membuatkan kefahaman kita lebih tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis.

Saya sangat bersyukur, Allah rezekikan saya bertemu dengan dua orang kaya yang telah mengubah kehidupan kami sekeluarga.

Di saat saya buntu bagaimana nak keluar dari masalah kesempitan wang pada tahun 2003, Allah tunjukkan saya buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan Tuan Azizi Ali Mentor Wang (Pakar Kewangan No. 1 di Malaysia!) sebagai panduan.

Itulah titik permulaan saya serius belajar dan explore ilmu-ilmu tentang kewangan dan kekayaan.

Saya boleh katakan, hampir kesemua buku Tuan Azizi Ali sudah saya baca dan khatamkan! (Alhamdulillah)

Ilmu Penyuluh Masa Depan

Dan bermula dari itu jugalah, saya mula membaca buku-buku kewangan yang ditulis oleh penulis yang lain. Lagi banyak membaca, lagi banyak perkara yang saya tak tahu.

Saya terus membaca lagi dan lagi sampai saya obses membaca buku-buku tentang kewangan.

Bila ada ilmu, barulah nampak masa depan. Dari ilmu itulah saya berani meletakkan cita-cita dan IMPIAN besar untuk masa depan kewangan yang lebih baik.

Lepas saya bebas daripada hutang dan punyai simpanan yang kukuh, Allah pertemukan saya dengan guru emas dan Public Gold (pada tahun 2010) iaitu En Syukor Hashim (Mahaguru Emas Malaysia!) melalui blog beliau.

Bertitik tolak dari situ, kekayaan saya melonjak di luar jangkaan, hingga membolehkan saya mencapai “financial freedom” (tak kerja pun ada duit) ketika usia saya 33 tahun. Alhamdulillah.

Kita Adalah Dengan Siapa Kita Berkawan

Beliau adalah guru pertama yang membuatkan saya celik tentang kewangan pada tahun 2003. Hari ini kami adalah "business partner" dalam membangunkan bisnes Public Gold. Kami akan sentiasa berjumpa terutama sekali ketika trip insentif ke luar negara dan majlis-majlis rasmi Public Gold, InsyaAllah. Baca nasihat Tuan Azizi Ali ini DI SINI.

Syukur, hari ini dua nama besar ini bukan hanya sekadar guru yang telah mengubah kehidupan saya sekeluarga, tapi kami juga adalah rakan bisnes yang sedang membina masa depan lebih baik bersama #PublicGold. InsyaAllah.

Maka memang benarlah nasihat yang mengatakan, siapa kita pada masa akan datang ditentukan oleh;

(1) apa BUKU yang kita baca,

(2) dengan siapa kita BERKAWAN rapat, dan

(3) apa IMPIAN hidup kita pada hari ini.

Pesan Tuan Azizi, kalau kita berkawan rapat dengan 5 orang jutawan, maka kita adalah jutawan yang ke-6! InsyaAllah.

"You are the average of the five people you spend the most time with" - Jim Rohn

Zulkifli
Cyberjaya
17 April 2022
15 Ramadhan 1443H

"Show me your friends and I'll show you your future." - John C. Maxwell

“Nak tengok masa depan kita dalam sesuatu kerjaya, lihatlah senior yang sudah 5 - 10 tahun awal dari kita. Itulah masa depan. Kalau suka dengan kehidupan mereka, follow mereka sampai berjaya. Kalau tak suka, ubah halatuju, cari jalan lain.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Oktober 2023

“5 - 10 tahun akan datang, kita masih diri kita yang sama dengan tahap kehidupan yang sama, kecuali apa buku yang kita baca, dengan siapa kita berkawan rapat, dan apa impian hidup kita hari ni. Nak ubah masa depan, ubahlah 3 perkara tersebut hari ini.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Jun 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>