“Stay away from negative people. They have a problem for every solution” - Albert Einstein
Saya pegang betul-betul kata-kata ni. Kalau komputer kita pasang anti-virus dan spam filter, mindset kita lagi penting kena jaga.
Sebab apa yang ada dalam fikiran kita itulah yang mencorakkan kehidupkan kita.
More...
Mindset Mencorakkan Kehidupan
Ia akan menentukan macam mana kita respon terhadap apa sahaja PELUANG dan CABARAN yang datang kepada kita.
Orang berjaya, mereka berikan respon dengan cara yang menguntungkan dia.
Sebaliknya orang gagal sentiasa berikan respon dengan cara yang merugikan diri sendiri.
Ada orang, bila tengok orang lain lebih berjaya, dia rasa bersemangat untuk berjaya. Dia fikir, kalau orang lain boleh, dia pun pasti boleh!
Sebaliknya ada orang, bila tengok orang lain lebih berjaya, dia rasa lemah semangat. Dia fikir, "dia boleh la..."
Walaupun setiap kita berhadapan dengan situasi yang sama, tapi respon dan reaksi setiap kita berbeza.
Ia bergantung pada mindset masing-masing.
Tip Membentuk Mindset Positif
Jadi untuk pastikan mindset sentiasa positif dan optimis, ini antara perkara yang saya buat;
- Unfriend / block sesiapa yang suka post atau meletakkan comments yang negatif di medsos.
- Unfollow semua page yang menyebarkan perkara negatif.
- Berhenti tengok TV dan berhenti mengikuti news paper (atau channel berita). Ini saya amalkan sejak tahun 2009 lagi.
- Elakkan diri dari sebarang perdebatan di media sosial. Yang nak belajar dan berkawan, saya boleh layan. Yang nak berdebat, saya tinggalkan. Lebih penat bila berdebat dengan orang jahil.
- Filter new friend request sebelum accept. Hanya accept friend yang positif sahaja.
- Follow page dan medsos yang positif sahaja.
- Baca buku-buku yang dapat membangun diri sahaja.
- Bergaul dan bersahabat dengan mereka yang positif sahaja. Kerana masa depan kita, ditentukan dengan siapa kita berkawan rapat hari ini.
Alhamdulillah, bila amalkan 8 perkara ni, rasa lebih peace on mind. Saya jadi 'alergik' dengan apa sahaja input negatif.
Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2023
10 Safar 1445H
Artikel berkaitan:
- Nak Berjaya, Jangan Baca Berita, Jangan Tengok TV!
- Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir
- 3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar