MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Bahagia, Filter Dulu Sebelum Terima Sesiapa Dalam Hidup

October 5, 2023

Tiada salam. Tiada apa ucapan walaupun "selamat pagi". Sedangkan saya pun tak pernah kenal siapa dia.

Tiba-tiba tanya saya itu ini. Call saya untuk bertanya tanpa bagi salam dan perkenalan diri.

Saya perkenalkan diri. Dia tak sudi perkenalkan siapa dia. 

More...

Berapa kali dia tanya soalan, saya jawab.

Dua kali saya tanya nama dia siapa, dia tak nak jawab.

Saya terus letak panggilan telefon. Dan block terus nombor tersebut! Senang hidup saya!...

Filter dulu sebelum terima sesiapa

Kalau permulaan komunikasi pun saya dah tak senang hati, kalau saya terus berkomunikasi lagi dengan dia, pasti lagi banyak yang kurang menyenangkan hati.

Hidup ni kalau nak bahagia, jangan fikir nak ubah sesiapa. Kita cuma fokus ubah diri kita sendiri, dan filter dulu sesiapa sahaja yang akan kita terima hadir dalam hidup kita.

Samada berkawan, pasangan hidup, murid, partner dalam bisnes, staff, bahkan customer sekalipun.

Kalau kita tak suka, baik flush mereka cepat-cepat sebelum mereka datang dekat dalam hidup kita.

Jangan letak harapan nak ubah sesiapa.

Jangan fikir nak ubah sesiapa

Diri kita pun susah nak ubah, apatah lagi nak ubah orang lain. Supaya kita tak serabut dan tak kecewa kemudian hari, jangan benarkan mereka masuk dekat dalam hidup kita.

Perhatikan akhlak mereka. Perhatikan apa yang keluar dari mulut mereka. Kalau apa yang kita nampak pun sudah kurang menyenangkan, sebenarnya apa yang terpendam itu lebih merimaskan!

Supaya fikiran kita sentiasa tenang, hidup kita lebih mudah, jangan benarkan mereka datang dekat dalam hidup kita.

Filter siap-siap.Kalau Nabi s.a.w. pun tak mampu ubah sesiapa, apalah kita manusia biasa... 

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
5 Oktober 2023
20 Rabiul Awwal 1445H

#MembangunDiri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>