MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenalpasti Makna Kekayaan, Nak Kaya Untuk Apa?

October 5, 2023

Nak kaya untuk apa? Itu persoalan paling penting kena jawab dengan pasti supaya kita tak menyesal kemudian hari.

Setiap orang meletakkan makna berbeza pada kekayaan. Maka setiap kita akan usahakan kekayaan ikut makna yang kita cari.

Ada orang, gaji besar adalah kekayaan. 

More...

Ada orang, pangkat besar adalah kekayaan.

Ada orang, pakai kereta besar dan hidup mewah adalah kekayaan.

Ada orang, pergi travel melihat dunia adalah kekayaan.

Ada orang, hati senang adalah kekayaan.

Jadi mereka akan buat apa sahaja untuk capai kekayaan yang mereka cari. Walaupun terpaksa berhutang keliling pinggang sekalipun, mereka tak peduli...

Saya pilih "kebebasan adalah kekayaan". 

Saya bebas buat apa sahaja yang saya suka pada bila-bila masa tanpa perlu minta izin sesiapa.

Nak cuti, saya cuma perlu mengadap cermin, minta cuti dari 'bos' dalam cermin tu. Kalau bos approved, saya terus dapat cuti!...

Saya bebas untuk buat apa yang saya suka, bergerak ke mana sahaja pada bila-bila masa, tanpa perlu minta izin sesiapa!

Bagi saya, kekayaan adalah kebebasan... Bebas untuk buat pilihan sendiri.

Kalau diberi pilihan pendapatan lebih besar tetapi hidup saya dikawal orang lain, saya lebih rela pendapatan lebih kecil, tapi lebih bebas untuk memilih. 

Saya tetap terus bekerja tingkatkan pendapatan (dan kumpul harta), tapi ia masih di dalam kerangka kebebasan yang saya mahukan tersebut, alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberajaya
5 Oktober 2023
20 Rabiul Awal 1445H

Catatan FB 5 Oktober 2023 : Tak terasa 5 jam berlalu. Penang Airport ni airport favorite saya. Airport yang selesa dan meriah. Tunggu lama pun tak terasa. Bahkan rasa tak cukup masa nak siapkan kerja-kerja saya sementara tunggu flight. Asalkan ada internet, seat dan meja yang selesa untuk buat kerja, di situlah saya bekerja. Alhamdulillah. #DigitalNomad #TravelogDealerPublicGold

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>