Simpan emas tak untung katanya...
Dia jual emas, masuk skim cepat kaya!
Itu kes yang banyak berlaku kepada sebahagian penyimpan emas.
Lepas beli emas, tak pernah pergi seminar, tak berminat ikuti webinar, malas baca buku (tentang emas dan kewangan), dan tak pernah cari guru. Tapi dia nak kaya!...
More...
Yang dia tahu, beli emas dan tunggu harga naik untuk jual. Bila tak naik seperti diharapkan, dia jual emas masuk skim cepat kaya!
Saya cuma sampaikan ilmu
Saya senyum... Bukan kerja saya selamatkan dunia...
Kerja saya cuma beritahu sahaja. Tunjukkan jalan untuk kaya berdasarkan ilmu dan pengalaman saya lebih 13 dalam emas (dan kewangan).
Samada dia terima atau tak, nak belajar ataupun tak, kerja saya telahpun selesai.
Sebab itu saya tak terima penyimpan emas yang malas belajar; malas membaca, malas beli buku, malas datang seminar, dan malas berguru!
Nanti bila dia rugi, semua orang dia salahkan... Bahkan emas pun bersalah! Menyesal beli emas katanya...
Dia beli awal tahun, lepas tu jual pertengahan tahun, rugi katanya...
Unlock kunci-kunci kekayaan lain
Bagi siapa nak kaya dengan emas, kuncinya pada ilmu. Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Bermula dengan tabungan emas kukuh, dengan ilmu kita mampu UNLOCK kunci-kunci kekayaan yang lain. InsyaAllah.
Hasil tabungan emas, kita dapat adakan dana kecemasan keluarga yang cukup.
Dengan menabung emas, hutang-hutang lama dapat settle lebih awal.
Hasil menabung emas, boleh dijadikan modal pusingan bisnes.
Hasil tabungan emas, boleh miliki hartanah di bawah market value dan dapat disewakan dengan sewaan berbaloi - cashflow positif.
Hasil menabung emas, dapat cukupkan dana naik haji, dana pendidikan anak-anak, bahkan kalau ada ilmu, boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas bersama Public Gold! InsyaAllah.
Tapi semuanya kena bermula dengan ilmu... Kena belajar...
- Panduan > Checklist Kaya Dengan Emas
Pesanan keramat tentang emas
Kalau tak minat belajar, lebih baik letak sahaja duit dalam ASB atau Tabung Haji. Itu lebih piece of mind.
Walaupun ia tak membuatkan dia kaya raya, sekurang-kurangnya dia tak jatuh miskin... InsyaAllah.
Ingatlah pesanan keramat yang sentiasa saya ulang-ulang;
"Bukan emas yang membuatkan kita kaya. Tapi ilmu..." - Penulis Buku Wang Emas
Tanpa ilmu, emas itu sendiri tak bernilai...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
6 Oktober 2023
21 Rabiul Awwal 1445H
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan berjaya dapat rumah percuma! - FB
- Pn Nurizaty berjaya kumpul duit deposit beli rumah banglo hasil 'paksa' diri menabung emas - FB
- Loan rumah Pn Nurizaty lulus dengan sokongan statement Akaun Emas GAP - FB
- Teacher Ashinida berjaya settlekan personal loan hasil menabung emas selama 3 tahun - FB
“Harga emas naik, jual semua untuk ambil untung. Lepas tu belanjakan sampai habis. Cara begitu tak membuatkan kita kaya. Secara idealnya, jual emas untuk ditukarkan kepada aset yang lebih baik. Supaya makin lama kita menabung emas, makin banyak harta kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 21 Februari 2024
Artikel berkaitan:
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan
- Berjaya Bina Rumah Sewa Secara Tunai. Ini Kisah En Bashir
- Berjaya Beli Tanah Lot Secara Tunai, Ini Rahsia Cikgu Ini!
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- Selamatkan Duit Raya Anak Kepada Emas
- 6 Prinsip Penting Untuk Elak Duit Lebur Dalam Pelaburan