MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Abu Bakar Bawa Duitnya Ribuan Dirham Ketika Hijrah

August 25, 2023

"Ketika Nabi s.a.w dan Abu Bakar Siddiq r.a bergegas ke Kota Madinah, dia (Asma', anak perempuan Abu Bakar) berkata, mereka ada kira-kira empat ke lima ribu dinar (anggaran nilai sekarang RM5 - RM6 juta) di dalam rumah dan bapanya telah ambil kesemua dinar tersebut untuk membiayai perjalanan mereka berdua."

More...

Menarik catatan dari buku "Great Woman of Islam" menceritakan kekayaan sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mereka berhijrah ke Kota Madinah.

Hebat di Dunia dan Akhirat

Abu Bakar r.a. bukan sahaja kaya, tetapi termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin Syurga!

Apa yang saya faham dalam kontek sekarang, aset tunai yang sempat beliau bawa lari secara sembunyi-sembunyi ketika hijrah ke Madinah, nilainya sekarang RM5 - RM6 juta!

Bukan kaya sikit-sikit. Itu baru aset tunai yang sempat beliau bawa di tangan.

Kalau mengkaji hadis dan sirah Nabi s.a.w, kita akan dapati sahabat Nabi s.a.w yang hebat-hebat bukanlah orang miskin. Mereka sebenarnya adalah top-performer dalam kehidupan dan masyarakat. Bukan sahaja dari sudut keimanan dan ketaqwaan mereka, tapi juga keduniaan mereka.

Dunia di tangan, tidak di hati

Mereka genggam kemas-kemas kekayaan di tangan, tapi tak sampai masuk ke hati mereka. 

Mereka kaya, tapi kekayaan mereka digunakan untuk akhirat mereka... Bukan membiarkan diri miskin dan bermalas-malas dengan alasan nak cari akhirat...

Mudah-mudahan kita pun jadi orang kaya yang bersyukur seperti mereka. InsyaAllah.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qasas, ayat 77 [28:77])

Feedback daripada sahabat saya Ustaz Zahan, katanya daripada sumber sahih, bukan dinar (emas), tapi dirham (perak). Abu Bakar r.a. membawa bersama 5 - 6 ribu dirham.

Bukan dinar, tapi dirham

Baiklah, kalau dirham, di sini saya cuba buat pengiraan berapa nilai yang dibawa oleh Abu Bakar r.a. dalam konteks kita hari ini:

  • Sumber sahih dari Musnad Imam Ahmad (hadis ke-26957), ialah 5 - 6 ribu dirham, nilainya bersamaan RM65,000 - RM78,000 hari ini berdasarkan harga perak RM4.40 segram.
  • 1 dirham = 2.975 gram
  • Harga 1 perak pada 25 Ogos 2023 = RM4.40 segram
  • Kadar zakat emas 85 gram (20 dinar), makakala perak 595 gram (200 dirham).
  • Nilai 20 dinar emas hari ini sekitar RM25,500 (RM300 segram), manakala 200 dirham perak RM2,618 (RM4.40 segram).
  • Saya percaya, berdasarkan kadar zakat, nilai sebenar 200 dirham (595 gram perak) sepatutnya RM25,500, bukan RM2,618. Maksudnya harga perak hari ini sepatutnya 10 kali ganda lebih mahal.
  • Maka kalau diambil kira  nilai zakat emas berbanding perak, harga perak sepatutnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada hari ini. Maka kita boleh anggarkan nilai 5 - 6 ribu dirham dalam konteks hari ini lebih kurang RM650,000 - RM786,000.

Abu Bakar orang kaya dijamin Syurga

Jadi kita boleh buat kesimpulan, kalaupun nilai sebenar duit yang Abu Bakar r.a. bawa bersama ketika hijrah 5 - 6 ribu dirham (bersamaan RM650,000 - RM786,000 nilai sekarang), kita boleh tahu yang beliau bukanlah orang miskin, bahkan golongan kaya.

Kalau tunai di tangan sahaja yang sempat dia bawa nilainya lebih setengah juta ringgit, maksudnya harta sebenar dia jauh lebih banyak daripada itu. Sebab duit tunai selalunya cuma sebahagian kecil bentuk harta yang dimiliki oleh orang kaya.

Mudah-mudahan catatan ringkas ini dapat beri inspirasi untuk kita jadi orang kaya yang bersyukur; gunakan kekayaan yang Tuhan kurniakan untuk berbuat lebih banyak amalan untuk ke Syurga.

Bila jadi orang kaya, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan satu lagi keluarga yang perlu dibantu, dan dapat tambah lagi seorang yang dapat bantu orang yang susah dalam masyarakat, insyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
25 Ogos 2023
8 Safar 1445H

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

Sumber Musnad Imam Ahmad

Sumber sahih dari musnad Musnad Imam Ahmad (hadis ke-26957), ialah 5 - 6 ribu dirham (bersamaan RM7,400 - RM8,900 hari ini atau lebih RM51,000 - RM62,000 mengikut nisbah 1 : 7, iaitu nilai zakat emas berbanding perak)

Sumber catatan buku "Great Woman of Islam"

Petikan buku "Great Woman of Islam", halaman 192.

Great Women of Islam, 2nd edition : September 2009, Darussalam Publishers & Distributors, Riyadh, Saudi Arabia

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>