Kalau belum mula beli pun dah siap-siap tanya “bila boleh jual?”, awal-awal lagi saya katakan, silver (logam perak) tak sesuai untuk orang yang macam tu. Dia lebih baik beli emas dulu sebelum silver.
Tetapi dari sudut potensi kenaikan harga, saya percaya potensi keuntungan atas kenaikan harga silver akan jauh memintas emas dalam tempoh 5 – 10 tahun nanti.
Ramai pakar precious metal (logam berharga) lebih suka simpan silver (logam perak) berbanding emas. Silver dianggap “gold in future” (emas masa hadapan).
Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas, saya percaya, ia sangat munasabah atas dua faktor yang menunjukkan harga silver sangat undervalue sekarang:
#1 – Graf “Gold Silver Ratio”
Graf “Gold Silver Ratio” (nisbah emas kepada perak) sekarang ni menunjukkan 1 : 75. Ini bermaksud 1 kilogram emas mampu membeli 75 kilogram silver atau dengan kata lain, setiap 75 kilogram silver nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram emas.
Graf 1 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Last close : 75.89” pada bahagian paling atas sebelah kanan tu bermaksud nisbah sekarang sekitar 1 emas : 75 silver.
Graf 20 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Low : 30.48” bermaksud nisbah terendah dalam tempoh 20 tahun ialah 1 emas : 30 silver. Ketika tu, harga silver di paras tertinggi dalam sejarah!
Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30, dan termurah pada tahun 2008 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 88. Lagi besar ratio itu menunjukkan harga silver lebih under-value (murah).
Dan ratio 1 : 70 sehingga 1 : 80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun! Ini bermakna, siapa beli silver sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 kembali, setiap 70 kilogram silver yang dibeli, ia dapat ditukarkan kepada 2 kilo emas berbanding sekarang yang cuma 1 kilo sahaja.
Seolah-olah kalau 1 kilo emas yang kita ada hari ini ditukar kepada 70 kilo silver sekarang, nanti dapat dapat tukarkan semula kepada 2 kilo emas bila gold silver ratio kembali 1 : 30 atau lebih rendah daripada itu!
Dari 1 kilo bertambah lagi 1 kilo = 2 kilo emas!
Buy 1, free 1!
#2 – Zakat Emas vs Zakat Silver
Nisab zakat silver ialah 595 gram berbanding emas 85 gram.
Maka daripada itu kita faham, nisbah (ratio) emas kepada silver dari sudut nisab zakat ialah 1 : 7. Satu gram emas nilainya bersamaan 7 gram silver. Maksudnya kalau harga emas 1 gram hari ini ialah RM190/gram, maka harga silver sepatutnya sekitar RM27/gram (RM190 ÷ 7).
Tetapi realitinya, harga silver hari ini baru sekitar RM2.82/gram! Kalau mengikut kiraan ni, harga silver sekarang lebih murah 10 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.
Jadi apa yang berlaku terhadap zakat emas berbanding perak sekarang?
Siapa simpan silver 595 gram hari ini yang harganya sekitar RM1,700 +/- sudah dikenakan zakat. Sedangkan siapa simpan emas seberat 85 gram yang harganya sekitar RM16,000 +/- barulah dikenakan zakat.
Jadi saya percaya, harga sebenar 595 gram silver sepatutnya RM16,000 (iaitu bersamaan harga 85 gram emas). Ini bermaksud, harga silver sekarang UNDERVALUE sekitar 90% berbanding nilainya yang sebenar!
Atas dua faktor ini sahaja saya rasa sudah cukup untuk membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah “gold in future”.
Kesilapan Beli Silver Luar Negara
Kalau nak beli silver di Malaysia, tak ada platform lain yang saya boleh syorkan selain Public Gold.
Masa harga silver tengah mencanak naik sekitar tahun 2011 dulu, ramai yang import silver dari luar negara masuk ke Malaysia. Masa tu, mereka boleh jual silver pada harga lebih murah dari Public Gold.
Hari ni, hanya pembeli silver Public Gold sahaja yang boleh tersenyum kalau nak jual silver mereka sebab Public Gold jamin beli balik silver keluarannya sendiri pada harga tinggi.
Bagi pembeli silver jenama lain, majoritinya terpaksa ‘menangis’... Kedai emas tak terima.
Pembekal asal hilang entah ke mana. Nak dapat harga bagus, kena cari pembeli dari kalangan collector silver individu. Itu pun susah sebab bakal pembeli boleh main harga sebab mereka tahu seller sedang terdesak.
Lagi teruk, nak gadai pun tak boleh...
Public Gold “The Best Silver Trading Platform”
Silver jenama Public Gold, senang dibeli, senang dijual dan harga Public Gold beli balik pun agak tinggi disebabkan kadar spreadnya rendah berbanding silver jenama lain. Public Gold bukan sekadar jual silver, tetapi Public Gold menyediakan PLATFORM jual beli yang trusted (boleh dipercayaai).
SENANG BELI, SENANG JUAL.
Ia platform pelaburan silver terbaik di Malaysia. Sejak 2008 sampai sekarang, saya boleh katakan tak ada platform lain di Malaysia boleh tandingi Public Gold dari aspek ini!
Bagaimana nak beli silver Public Gold?
Keadahnya sama macam pembelian emas.
#1 – Kaedah Bayaran Penuh
- Register sebagai customer Public Gold >> KLIK DI SINI
- Download Apps >> ANDROID | IOS
- Login Apps > Physical Outright Purchase > Silver > Add to Cart
Public Gold akan poskan silver tersebut terus kepada kita. Limit satu parcel 1 kilogram silver. Kalau lebih, kena buat appointment untuk ambil silver tu di branch Public Gold terdekat.
#2 – Akaun Silver SAP
Silver Accumulation Program (SAP) sama macam Gold Accumulation Program (GAP).
Ia memudahkan kita simpan kumpul silver serendah RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram. Boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP tu.
Harga silver Public Gold melalui pembelian Akaun Silver SAP. Harga disemak setiap jam 12.00 malam setiap hari.
Apa yang penting, pembelian melalui Akaun Silver SAP ni disahkan patuh syariah oleh penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu bagi yang nak belajar tentang pelaburan silver yang selamat di Malaysia. InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang silver, boleh juga baca artikel saya bertajuk “5 Tips Pantas Fahami Pelaburan Silver”.
Sebarang persoalan tentang silver, boleh tinggalkan comments di bawah, atau wassap saya +019-336 8009 untuk maklum balas segera dari saya.
Assalamualaikum Encik Zul ,
Dalam Sea Games KL 2017 , pingat perak juga menjadi rebutan kepada mereka yang belum pernah mendapat pingat di podium .
Saya sangat yakin kenaikan harga logam perak kerana di zaman Nabi dulu pun ada Dinar dan ada DIRHAM .
Wslm Pn. Rohaizah,
Betul.
Jika harga dia meletup satu hari nanti, dah tak boleh dipanggil poor man’s gold lagi..
Pada pendapat En Zul, apa yang membuatkan harga silver pada masa sekarang undervalue? adakah sebab manipulasi harga atau supply yg masih banyak atau ada sebab lain?
saya ada baca sebuah buku berkaitan emas dan perak (maaf, saya lupa nama tajuk dan penulisnya). berbanding emas, perak lebih banyak digunakan di dalam industri pembuatan untuk dijadikan bahan bagi komponen alat elektronik. kos untuk dapatkan perak mentah lebih murah berbanding mengitar semula perak yang alat2 elektronik terpakai. maknanya, lama-kelamaan bekalan perak mentah yang ada di bumi ini semakin menyusut. disitulah letaknya insintric value logam perak. wallahu’alam.
Betul. Supply perak makin lama makin sikit sebab ia tak dikitar semula.
Memang hebat ulasan tuan, cuma saya ada satu masalah, di mana tempat terbaik kita nak jual kembali silver kita ? lagi satu ada beza tak silver biasa dengan dirham ?
Alhamdulillah.
Kalau beli dengan Public Gold, jual balik kepada Public Gold. Public Gold jamin beli balik.
Dirham bukan item pelaburan, tetapi item koleksi. Harga per gram sangat mahal berbanding silver bar.
Masya Allah.. after baca nie.. terus rasa nak simpan silver terus.. Syukran Tn Zul atas penjelasan ini.
Alhamdulillah.
ramai dah pakar-pakar mengatakan silver adalah emas akan datang…saya pun dah mulakan simpanan silver ^_^
Betul Pn Siti Hazreen. Simpan silver walaupun sedikit supaya kita lebih faham silver dan menikmati hasilnya nanti. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Dah borong silver bulan lepas.
Alhamdulillah.
Salam Encik Zul
Silver yang boleh dikeluarkan dari SAP minimum adalah250 g kan? Untuk patuh syariah kita kena buat belian minimum 250g atau boleh minimum rm100 ?
Sama macam GAP iai u minimum pengeluaran 1 g. Kena beli 1 g or boleh membuat pembelian serendah rm100
Tq
Wslm En. Amin,
Sekarang ni GAP dan SAP dah dapat pengesahan syariah walaupun belian RM100. Cuma kalau nak senang, beli minimum 250g silver.
Terima kasih en Zul. Maknanya dah boleh buat pembelian minimum rm100 utk GAP Dan SAP. Lagi mudah.
Kalau boleh Encik Zul buat artikel berkaitan status patuh syariah GAP Dan SAP nanti ok
Salam En Zul,
Adakah emas atau silver saya yg di simpam dlm GAP atau SAP di recycle atau di guna utk pembeli lain.
Tq
Wslm En. Aziz,
Tak ada istilah recycle. Kalau ada 100kg emas GAP yang dimiliki oleh pembeli, maksudnya dalam simpanan PG mesti ada 100kg dan semua pemilik emas tu boleh keluarkan kesemua emas mereka pada bila-bila masa yang mereka nak.
Alhamdulillah setelah saya membaca buku yang dicadangkan oleh En. Zul, saya mula faham peranan silver dalam pelaburan logam berharga ini. Harga silver hari ini juga amat menarik untuk mula membeli.
Alhamdulillah.
Betul En. Abd Hadi. Untuk lebih cepat faham, terus mulakan belian silver dengan bajet kecil lepas dah dapat ilmu asas tentang silver. Bila dah bermula, makin cepat kita faham. InsyaAllah.
salam tuan
terima kasih kerana sudi share info yg berharga ni. sy tertarik untuk melabur perak & in shaa Allah akan cantact tuan sekiranya telah berdaftar seperti yg tuan terangkan di atas.
terima kasih,salam ukhuwah.
Wslm En M N Faiz,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.
Kalau ada persolan, boleh wassap saya http://www.wasap.my/60193368009 .
[…] orang tanya. Silver mempunyai potensi kenaikan harga yang sangat besar berbanding emas sehingga ramai pakar logam berharga lebih suka perak berbanding emas. Sepanjang menjadi dealer Public Gold sejak 2010, apa yang saya perhati, masyarakat Cina lebih […]
Assalamualaikum En Zulkifli,
Alhamdulillah, selepas saya baca artikel Encik, saya membuka langkah untuk invest SAP dari Public Gold. Ada benarnya zaman sekarang Perak sangat banyak digunakan di dalam industri elektronik dsb. Saya bermula dengan GAP bulan yang lalu dan sekarang saya mula berjinak dengan SAP pula.
Terima kasih Encik atas artikel ini.
Wslm,
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Berbaloi tak saya simpan 100g silver setiap bulan secara konsisten menerusi SAP?
En Irfan,
Ya, ia lebih berbaloi dari menghabiskan duit kepada perkara yang tidak perlu
Salam, en Zul. Saya baru buka akaun SAP. Saya berkali kali baca artikel tulisan en Zul, terima kasih memberikan input. En zul ada whatsapp x?
Jika kita simpan 250gram dalam akaun SAP bolehkah kita fizikalkan dalam bentuk Dirham ?
Terima Kasih
En Mahzuman,
Dirham tak boleh keluarkan dari GAP
[…] orang tanya. Silver mempunyai potensi kenaikan harga yang sangat besar berbanding emas sehingga ramai pakar logam berharga lebih suka perak berbanding emas. Sepanjang menjadi dealer Public Gold sejak 2010, apa yang saya perhati, masyarakat Cina lebih […]
[…] https://www.mohdzulkifli.com/2017/08/kenapa-pakar-lebih-suka-silver-berbanding-emas.html […]