Lega... Lepas 10 tahun akhirnya customer saya ni datang ambil semula emas 17 dinar yang dia amanahkan untuk saya simpankan!... Alhamdulillah...
Dulu En Sabri (bukan nama sebenar) beli emas 17 dinar yang nilainya sekitar RM10k untuk dijadikan sebagai hantaran. Tapi waktu tu keluarga sebelah perempuan tak faham apa tu dinar.
Keluarga insist nak dalam bentuk duit, bukan emas.
Tapi emasnya dah dibeli.
More...
Risiko terhalang masuk Syurga
Jadi dia terpaksa 'pajak' emas kepada saya. Dan saya berikan dia duit untuk hantaran.
Lepas majlis tersebut, dia bayar semula duit pajakan kepada saya. Tapi sejak tu dia tak pernah datang tuntut emas dia dari saya.
Beberapa kali kami berhubung, asyik bertangguh...
Akhir sekali lepas 10 tahun dia datang bersama isterinya ambil emas 17 dinar yang nilainya sudah naik sekitar RM22,000
Dulu nilainya cuma RM10,000. Sekarang sekitar RM22,000. Dah naik sebanyak RM12,000 (120%)!
Saya rasa lega... Berat bila melibatkan amanah dan hak orang lain yang tak diserahkan ni...
Dosa dengan Tuhan lebih mudah nak taubat. Tapi bila melibatkan hak orang lain, mereka yang mati syahid pun terhalang masuk Syurga selagi hak orang lain yang belum dia lunaskan!...
Apa-apa pun, terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya.
Bimbang amanah tak dapat diserahkan
Walaupun dia ikuti perkembangan ketika musibah 2 tahun terjadi kepada saya, dia tak bimbang sebab dia dapat contact isteri saya sepanjang 2 tahun tersebut.
Kami suami isteri pulak yang bimbang takut-takut kami lost contact dengan beliau dan emas tu tak dapat diserahkan.
Walaupun pada sampul emas tu saya dah tulis nama pemilik dan nombor telefon pemiliknya, bimbang juga takut-takut apa-apa terjadi kepada dia, waris dia tak datang tuntut, dan emas tu tak berjaya saya serahkan...
Akhirnya beban (amanah) berat tu dah lepas dari bahu kami... Alhamdulillah...
En Sabri adalah antara follower terawal blog saya www.mohdzulkifli.com.
Dia panggil saya "Abang Zul"... Maksudnya dia kenal saya ketika saya belum siapa-siapa lagi, dan masih bermotor kapcai ke sana ke mari...
Ketika belum ada nama lagi dalam dunia kewangan dan emas...
Zulkifli
Cyberjaya
5 Mac 2024
24 Syaaban 1445H
Daripada Aishah r.a., dia berkata, Rasulullah (ï·º) bersabda, "Sesiapa yang mengambil hak orang lain walaupun sejengkal tanah, maka akan dikalungkan dilehernya tujuh lapis bumi"
(HR Bukhari no. 2453, Muslim no. 1612) [Riyadhus Solihin, no. 206]
'Umar bin Al-Khattab (Semoga Allah meredhai dia) melaporkan: Pada hari (pertempuran) Khaibar, beberapa Sahabat Nabi (ï·º) datang dan berkata: "Si dia mati syahid dan si dia mati syahid". Apabila mereka sampai kepada seorang lelaki yang mereka katakan: "Si dia syahid," Nabi (ï·º) menyatakan, "Tidak. Aku telah melihatnya di Neraka kerana jubah (atau selendang) yang telah dicurinya."
Telah diceritakan daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah (ï·º) berdiri di antara mereka (sahabat-sahabatnya) untuk memberikan khutbahnya di mana baginda memberitahu mereka bahawa Jihad di jalan Allah dan keimanan kepada Allah (dengan semua Sifat-Nya) adalah perbuatan yang paling mulia.
Seorang lelaki berdiri dan berkata:
"Wahai Rasulullah, adakah engkau fikir jika aku terbunuh di jalan Allah, dosa-dosaku akan dihapuskan daripada aku?"
Rasulullah (ï·º) berkata: "Ya, jika kamu terbunuh di jalan Allah dan kamu sabar dan ikhlas serta selalu bertempur menghadapi musuh, tidak pernah memalingkan belakang daripadanya. Kemudian beliau menambah: Apa yang kamu katakan (sekarang)? "(Mahu mendapat jaminan lanjut daripadanya untuk kepuasan dirinya).
Beliau bertanya (sekali lagi): "Adakah kamu fikir jika aku terbunuh di jalan Allah, semua dosaku akan dihapuskan daripada aku?"
Rasulullah (ï·º) berkata: "Ya, jika kamu sabar dan ikhlas serta selalu bertempur menghadapi musuh dan tidak pernah memalingkan belakang daripadanya, (semua kesalahanmu akan diampuni) kecuali hutang. Jibrail telah memberitahu aku ini"
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, no. 1885) [Riyadhus Solihin, no. 217]