Baru beberapa hari saya syorkan seorang yang nak beli emas RM50,000 dari saya supaya JANGAN BELI EMAS disebabkan pada perkiraan saya, ianya tak bersesuaian dengan situasi kewangan dia, tetapi dua hari selepas itu, Allah ganti balik jualan RM50,000 kepada saya, alhamdulillah. Saya benar-benar percaya, kalau kita buat perkara yang betul, rezeki itu tak akan ke mana. Bahkan Allah akan ganti dengan rezeki yang lebih baik.
Sejak dari dahulu lagi saya berpegang pada prinsip, “BUAT APA YANG BETUL DENGAN SABAR”. Saya mesti jujur dalam memberikan nasihat dan dalam urusniaga. Saya tak mahu jadi ‘salesman’ (yang hanya fikirkan ‘poket’ sendiri melebihi kepentingan orang lain). Kalau saya jual juga emas kepada orang yang saya rasa tak sesuai beli emas, ‘komisyen’ tu nanti akan menghantui saya. Duit memang banyak, tetapi duit tu bakal menyusahkan saya kelak. Bukan sahaja di Akhirat, bahkan di Dunia lagi ia akan menyusahkan saya.
Janji Allah itu benar…
Allah ganti balik dengan ‘komisyen’ jualan yang lebih membahagiakan saya (beberapa hari selepas itu) sebab saya tahu, saya telahpun berikan nasihat terbaik demi pembeli baru itu, iaitu seorang anak muda dan emaknya yang berminat untuk berniaga emas di satu tempat yang memang saya perlukan ejen (wakil saya) di kawasan itu. Sebab saya memang dapat banyak permintaan untuk beli emas di kawasan tu sedangkan cawangan Public Gold agak jauh dari kawasan itu.
Hasilnya Akan Kekal Lama
Teruslah buat apa yang betul dengan sabar…
Ya betul, memang seronok dapat duit dari bisnes, tetapi kepuasan sebenar pada bisnes bukan pada duit, tapi pada menjadikan hidup orang lain lebih baik melalui produk dan servis yang kita jual. Walaupun nampak kurang berhasil pada permulaannya, tetapi kalau kita tetap dengan prinsip “buat perkara betul dengan sabar”, ia pasti berhasil, bahkan hasilnya akan kekal lama. Mereka yang buat perkara tak betul (walaupun hasilnya lumayan), saya percaya hasilnya tak akan lama dan akhirnya akan runtuh juga.
Jadi bagi sahabat yang nak memulakan bisnes sendiri, jangan fikir sangat apa orang kata. Tak perlu fikir nak jaga standard dan berbagai. Asalkan bisnes kita tu halal dan boleh bantu hidup orang lain jadi lebih baik dengan produk atau servis kita, insyaAllah ianya mulia di sisi Tuhan dan kita akan berjaya.
Fokus Jadikan Hidup Orang Lebih Baik
Banyak “success story” yang saya baca, antaranya boleh baca kisah kejayaan seorang billionnaire bernama Elon Musk, iaitu Pengasas PayPal. Kalau kita kaji betul-betul, semua orang berjaya mempunyai satu persamaan iaitu, mereka berjaya sebab mereka memberi sentuhan dalam hidup orang lain, dan bukan hanya fikir ‘poket’ sendiri sahaja.
Duit RM1 juta tak akan datang dengan sendirinya tanpa kita mampu memberikan NILAI RM1 juta kepada orang lain. Tetapi kalau kita fokus memberi manfaat kepada 1 juta orang (melalui produk dan servis kita), sasaran RM 1 juta itu lebih mudah kita capai. Orang akan berebut-rebut bayar kepada kita, sebab produk dan servis kita itu menjadikan hidup orang lain lebih baik. Orang berjaya fokus memberi manfaat kepada ORANG LAIN, bukan hanya “duit, duit dan duit”.
Hakikat yang kita perlu faham. Duit adalah hasil dari buat perkara yang betul. Tidak ada jalan pintas dari prinsip ini.
Jadi kalau nak berjaya, kita mesti discover apa kelebihan yang ada pada diri kita, dan fokus jadikan hidup orang lain lebih baik dengan apa yang kita ada. Orang tak akan berikan duit kepada kita secara percuma, tetapi orang sanggup bayar kalau kita dapat tawarkan produk atau servis yang boleh jadi hidup mereka lebih baik.
Hakikat bisnes bukanlah “buat duit”, tetapi duit itu datang sendiri sekiranya bisnes itu dapat berikan sentuhan dalam hidup orang lain. Dengan kata lain, kejar Akhirat dalam bisnes, Dunia itu Tuhan akan pakejkan sekali, insyaAllah…
Berbisnes mencari Akhirat, dan bersabarlah dalam mencari kekayaan…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
19 Mei 2015
30 Rejab 1435
(Kredit foto : yunchewilson)
seorang sifu bisnes sy pernah ajar satu falsafah,x tau le ini falsafah atau sampah yg betul2 dia nak beri,sebab masa dia cakap tu sy sibuk buka FB..hihi..tetapi selepas itu sy cuba fahamkan maksudnya dan ianya adalah jawapan sy kepada persoalan ‘bisnes apa aku nak buat?’ 2 tahun dulu.
kata2nya berbunyi lebih kurang.
1-kita cari duit=boleh hidup
2-duit cari duit=senang
3-duit cari kita=kaya
Menarik juga tips tu. 🙂
Salam Encik Zul
Prinsip ini juga yang mesti kita pegang dalam kehidupan seharai-hari, kan? Insya Allah, kebahagiaan/kebaikan akan datang.
Blog Encik Zul ini antara yang banyak membantu saya memperbaiki kewangan saya, dengan izin Allah. Alhamdulillah. Dan terima kasih. Semoga Allah merahmati Encik Zul, keluarga dan kita semua. Aamiin.
Wslm. Betul Pn. Nana. Ia prinsip dalam kehidupan.
Amiin ya Allah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga.
Subhanallah. sangat betul sifu Mohd Zulkifli. Terima kasih.Insha Allah kami sebagai anak didik mentor akan istiqamah amalkan nasihat2 diatas.
Alhamdulillah…
[…] Itulah mainan perasaan biasa bila tengok orang berjaya. Saya pun macam tu. Kekadang sampai rasa rendah diri. Tapi bila saya ingatkan jaminan Tuhan tentang rezeki, hati rasa lega… Memang dah ada rezeki untuk kita, tak perlu dirisau-risaukan. Kita cuma perlu usahakannya dengan betul dan sabar. […]
asalamualaikum tuan zul, saya nak bertanya mengenai promosi dealer utk student ada lagi x untk bln mei…. mohon pencerahan.
Wslm En. Amar,
Promosi tu dah habis 2 hari lepas.
Assalammualaikum wbt Tn Zul..
Benar kita kene buat apa yg betul dgn sabar. Tadi pun ada seorg student nak beli emas… Katanya kawan beli jadi dia pun nak beli. Katanya nak untung dgn beli emas (tapi nak untung dlm jangka masa pendek). Bila sy explain balik emas ni pelaburan untuk jangka masa panjang dan sy sarankan dia simpan duit tu utk buat modal bisnes. Adik tu pun tak jadi nak beli emas.
Kalau nak kejar untung dunia, memang saya boleh cerita semua yg indah2 mengenai emas. Tapi rasa tanggungjawab beri kesedaran tu lebih besar dari kuntungan yg sedikit.
Alhamdulillah… Allah juga gantikan saya dengan customer baru.
Semoga blog Tn Zul menjadi inspirasi buat yg lain…
Wslm Pn. Irwanie,
Alhamdulillah. MasyaAllah. Cerita puan ini pun boleh bagi inspirasi kepada pembaca. Saya doakan Allah memberkati bisnes puan, amiin ya Allah.
Alhamdulillah tuan Zul
Sabar membawa berkat..
Harapan kak ramai lagi anak2 muda muslim seperti tuan lahir utk mengubah nasib serta maruah bangsa dan agama.. Tahniah tuan Zul
Barakallahu fik
Alhamdulillah… InsyaAllah kak..
salam tuan, saya dah lama mengikuti blog tuan ini. saya pun berminat dengan emas. saya nak mohon tuan sebagai introducer saya.
Wslm Pn. Siti,
Alhamdulillah. Silakan. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie. Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (wassap / sms/ call).
Salam tuan, sblm ni sy x bminat ttg pelaburan emas mungkin krn kurang ilmu..tapi lately sy follow fb tuan n dari situ mula rasa nak belajar ttg pelaburan emas..alhamdulillah harini br dpt buka blog tuan ni (sbb guna fon slow sikit)..insyaallah nak baca semua kalo boleh..mohon halal ilmu ye tuan 🙂
Wslm Pn. Eyda,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat untuk puan, insyaAllah.
Salam tuan,
Mohon pendapat tuan ttg situasi matawang malaysia yg makin jatuh skrg..sy ada beberapa simpanan wang kertas di bank. Adakah tuan merasakan penting kesemua wang kertas itu ditukar kpd emas? Sy risau matawang makin jatuh dan apa yg jd di Greece jd pd kita…tkt x leh kuarkan duit dr bank lg..
Wslm Pn Nur Ayuni,
1. Waktu ringgit tak stabil ni, ialah waktunya perlu beli emas sebagai penampan kejatuhan ringgit.
2. Simpan duit sekadar untuk kegunaan kecemasan sahaja. Duit simpanan jangka panjang lebih baik diselamakan dengan cara membeli emas atau menyimpan aset fizikal yang lain.
Assalamualaikum En. Zul..
Alhamdulillah, panduan yang sangat baik bagi saya yang baru berjinak- jinak dalam dunia bisnes..
Wslm Pn. Syima.
Alhamdulillah…