Mendidik Sabar Dalam Mencari Kekayaan

by on September 28, 2013

Post image for Mendidik Sabar Dalam Mencari Kekayaan

Jeles tengok kawan-kawan berjaya. Kerja stabil, bisnes part time dia pun dah maju. Harta banyak; ada rumah sewa beberapa buah, dah beli beberapa ekar kebun getah yang boleh ditoreh. Anak-anak dia pun belajar pandai-pandai. Umur muda lagi tapi dah berjaya. Memang jeles tengok dia. Nak ukurkan kejayaan dia berbanding kita, kita dah jauh ketinggalan.

Itulah mainan perasaan biasa bila tengok orang berjaya. Saya pun macam tu. Kekadang sampai rasa rendah diri. Tapi bila saya ingatkan jaminan Tuhan tentang rezeki, hati rasa lega… Memang dah ada rezeki untuk kita, tak perlu dirisau-risaukan. Kita cuma perlu usahakannya dengan betul dan sabar.

Rezeki Tuhan Berbeza Rupa

Tuhan bagi rezeki kepada setiap orang tu dalam pelbagai rupa. Bukan hanya pada duit dan harta. Ada orang yang Tuhan bagi banyak harta, tapi Dia tak bagi kesihatan. Ada orang Tuhan bagi pasangan yang ideal, tapi Dia tak bagi zuriat. Ada orang Tuhan bagi rupa yang cantik, tapi Dia tak bagi pasangan hidup yang baik. Ada orang yang Tuhan bagi anak-pinak yang ramai, tapi Dia tak bagi harta yang berjuta. Pendek kata, Tuhan tak bagi semua benda kepada semua orang. Setiap orang Tuhan bagi kelebihan dan kekurangan. Rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap orang tu bentuknya berbeza-beza.

Jadi, tak perlu dirisaukan sangat tentang kekayaan dunia melebihi kerisauan kita tentang Akhirat sebab memang Allah tak bagi semua benda kepada semua orang. Apa yang penting, kita cek apa nikmat yang Tuhan dah bagi pada kita, dan belajar untuk bersyukur. Apa yang Allah belum bagi, kita doa, usaha dan tawakkal sebab Dia lebih tahu bila waktu terbaik untuk untuk kita. Ada benda yang kita rasa baik, tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. Ada benda yang kita tak suka, tapi Tuhan tahu itulah terbaik untuk kita.

Kekayaan Bermatlamatkan Tuhan

Bagi saya, memang kekayaan kena cari, tapi kekayaan yang kita cari tu mesti ada kena mengena dengan Tuhan, bukan sekadar untuk cari makan. Kalau nak banyak harta sebab nak bermewah, kena ingat, harta tu semua pasti kita akan tinggalkan kepada waris. Tak akan berbaki sikit pun untuk kita bila mati. Kalau nak kaya sebab nak bermewah jer, rugilah kalau umur tak panjang.

Kekayaan yang kita cari tu hanya akan bermakna kalau matlamatnya kerana Tuhan. Kalau tak sempat kaya sekalipun, kita tetap kaya di sisi Tuhan. Contohnya, nak jadi kaya sebab lebih mudah berbakti kepada ibubapa sebab memang itu suruhan Tuhan. Nak jadi kaya sebab nak bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak supaya jadi ummat kebanggaan Rasulullah s.a.w. Nak jadi kaya sebab boleh fokus membangunkan masyarakat setempat supaya taat kepada Allah. Nak jadi kaya, sebab nak tolong orang miskin dan anak yatim. Nak jadi kaya dengan bisnes yang boleh sebarkan rahmat Tuhan dengan produk yang servis yang kita ada. Itu semua kekayaan yang bermatlamatkan Tuhan. Kalau mati belum sempat kaya sekalipun, kita memang dah kaya dah di sisi Tuhan.

Memaknakan Sebuah Kehidupan

Bila kaya yang kita cari matlamatnya Tuhan, baru kita tahu yang mana “alat”, yang mana “tujuan”. Kereta, rumah, pakaian, duit, dan harta tu semuanya “alat”. Tujuannya; senang beribadah, senang berbuat bakti dalam kehidupan, senang berbuat kebajikan, senang bersilaturrahim, senang berbuat ketaatan, senang berkasing-sayang, senang sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan.

Kereta mewah tak ada makna, melainkan digunakan untuk berziarah kukuhkan silaturrahim dengan keluarga. Kereta mewah tak ada makna, melainkan untuk keluar sebarkan rahmat Tuhan melalui pekerjaan, bisnes atau program kebajikan. Rumah besar tak ada makna, melainkan untuk wujudkan keluarga yang taat perintah Tuhan, untuk bersilaturrahim meraikan keluarga, tetamu dan sahabat handai. Duit banyak tak ada makna, melainkan untuk sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan berikan dalam berkeluarga, berjiran, bersahabat dan bermasyarakat. Pakaian cantik tak ada makna, melainkan untuk tutup aurat suruhan Tuhan. Makanan sedap tak ada makna, melainkan untuk sihat tubuh badan, memudahkan ibadah kepada Tuhan dan berbakti dalam kehidupan.

Itulah makna sebenar dalam kehidupan. Bukan sekadar mencari “alat”, tapi memanfaatkan “alat” untuk mencapai “tujuan” sebenar kehidupan.

Hidup Ini Terlalu Singkat

Yang keduanya kena ingat, hidup ni bukannya lama pun. Pejam, celik, pejam, celik, dah 10 tahun masa berlalu. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Rasa baru jer kahwin, sekarang dah beranak pinak. Rasa macam baru jer dapat anak kecik, sekarang anak dah masuk sekolah. Rasa macam baru jer anak masuk sekolah, oh sekarang dah masuk universiti. Pejam, celik, pejam, celik, sedar-sedar anak dah kahwin dah. Tak lama lagi dapat pangkat “datuk” pulak dah.

Oh, sekejapnya masa berlalu. Dunia kata pergi, kubur kata mari.

Renungan ni bukan nak melemahkan motivasi dan mengekalkan status quo, tapi supaya kita rasa bersyukur dan bersabar. Syukur dengan apa yang dah ada. Bersabar dengan apa yang belum ada. Jangan letakkan makna hidup dihujung matlamat, tapi maknakanlah hidup disepanjang usaha mengejar matlamat. Supaya setiap apa yang kita buat, semuanya ada “point” mencapai matlamat.

Mencari Keuntungan Dalam Kerugian

Contohya, buat bisnes memang nak untung, tapi ada juga urusniaga yang tak untung, bahkan rugi pun ada. Kalau makna hidup kita hanya pada untung duit jer, memang rugilah kita sebab ‘untung sebenar’ kita boleh dapat walaupun urusniaganya rugi. Ada juga urusniaga yang tak untung, tapi kita untung sebab bersilaturrahim. Ada juga urusniaga yang rugi, tapi kita tetap untung sebab dapat berbakti. Ada juga bisnes rugi, tapi kita tetap untung sebab Allah ingatkan kita supaya jangan lupa diri. Itu semua ‘makna hidup’ yang kita boleh kutip sepanjang usaha kita kejar matlamat.

Kalau tak sempat kaya sekalipun kita tak risau sebab kita memang dah ‘kaya’ di sisi Tuhan. Samada kaya atau miskin, kita tetap akan kembali ke tempat asal kita iaitu Tuhan. Jadi, bersabarlah dalam mencari kekayaan.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 September 2013
24 Zulkaedah 1434

Saya terjumpa satu video motivasi oleh Ustaz Dr. Mohd Asri tentang topik “Syukur dan Sabar”. Boleh KLIK video (youtube) sebagai motivisi diri. (Kemaskini 7 November 2013)

(Kredit foto : balisoulvillas)

{ 42 comments… read them below or add one }

1 Faizal September 29, 2013 at 8:52 am

Alhamdulillah..satu artikel yang amat bermanfaat

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2013 at 9:56 am

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Reply

3 Mohd Azizi September 29, 2013 at 8:48 pm

Alhamdullah..bersyukur dengan hidup yg Allah bagi ni..mudah2an juga rezki yg diberikan diberkati..amin..#PG036425.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2013 at 10:00 pm

Alhamdulillah…

Reply

5 rahmatamir September 29, 2013 at 10:26 pm

Salam..berbaloi ke saya beli rumah di damansara damai?kenapa harga apartmentdi sana still below market ye?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2013 at 10:47 pm

Wslm En. Rahmat,

Kalau medium cost insyaAllah berbaloi. Saya rasa harga akan naik tinggi sebab jarak tak jauh dari MRT Sg. Buloh yang sedang di bina.

Wallahu a’lam.

Reply

7 yan September 30, 2013 at 3:55 pm

Assalammualaikum en. zul…

saya berterima kasih atas perkongsian yg en.zul berikan dan semua yg dikongsi tu saya mohon halalkan dunia dan akhirat ye. Saya amat berminat nak membeli emas walaupon tak ada modal kerana saya lihat harganya pada waktu ini agak rendah. Untuk makluman saya ada membuat pembelian melalui MGIA..itupon tak byk, sekadar 6gm sahaja. harga pada tahun lepas adalah rm149.70 segram dan kini saya lihat kalau nak jual balik harga adalah dalam rm137.50..sudah agak rugi disitu sekiranya saya jual..setelah membaca , saya dapati membeli emas secara atas kertas adalah tidak berbaloi, walaubagaimanapun..kalau nak jual sekarang pon hanya rugi..soalan saya :

1. adakah patut saya kekalkan emas sedia ada di MGIA atau jual sahaja dan beli emas 1 Dinar?

2. Dividen dari saham bank rakyat lebih berbaloi utk beli emas atau simpan di ASB?

mohon pencerahan

terima kasih.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2013 at 5:27 pm

Wslm Pn. Yan,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog saya. Moga ianya bermanfaat untuk puan.

1. Kalau puan nak jual MGIA dan beli 1 dinar, bila-bila masa pun ok, tapi waktu yang lebih baik adalah masa harga rendah macam sekarang. Kalau nak jual MGIA untuk ambil keuntungan, masa harga rendah memang tak sesuai.

2. ASB dan emas ada kelebihan masing-masing. Kalau simpan ASB, puan tak perlu risau harga naik turun macam emas. Dividen pun agak konsisten rendah. Emas ada turun naik. Ada masa harga naik banyak, ada masa harga turun. Tak ada dividen tahunan. Cuma kelebihan emas ni duit simpanan susah bocor sebab bila beli emas, rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Bila jual, biasanya akan cari balik duit beli balik emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

9 yan September 30, 2013 at 5:45 pm

terima kasih atas pencerahan en. zul..in sha allah ada rezeki lebih saya akan membeli dinar mas dr en. zul tentunya..satu lagi soalan saya..saya mempunyai hutang kad kredit yang agak tinggi..dan membayar rm600 sebulan dan in sha allah pada akhir december ni asb akan umumkan dividen dan setelah saya congak jumlah dividen tersebut mencukupi untuk saya setlekan hutang kad kredit…masalahnya pula hati saya berbelah bagi memikirkan sekiranya saya keluarkan dividen untuk byr kredit kad..saya akan terlepas dividen compounding utk tahun 2014…apa pendapat en.zul?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2013 at 6:59 pm

It’s ok puan.

Kalau saya di tempat puan, saya akan settlekan kesemua hutang kad kredit pakai dividen tu sebab hutang kad kredit pun compounding dengan interest yang paling tinggi i.e. sekitar 18%. Lebih baik puan langsaikan hutang tu, dan ‘paksa’ diri menyimpan RM600 sebulan lepas dah settle semua.

Wallahu a’lam.

Reply

11 norisa September 30, 2013 at 9:10 pm

Salam, just berkongsi pengalaman. Saya dulu pernah simpan duit dalam ASB. Tapi memandangkan banyak isu berkaitan halal-haram saya dah lama keluarkan dan simpan dalam tabung haji. Selain dari beli dinar, dirham, gold bar, simpanan tabung haji, akaun emas KFH, ada satu lagi pilihan iaitu akaun Al Rajhi i-ZAMZAM boleh baca di sini. http://www.alrajhibank.com.my/personal_deposits_savings_account-i_zamzam.shtml

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2013 at 9:25 pm

Wslm Pn. Norisa,

Saya setuju. Saya pun dah 11 tahun saya tinggalkan ASB; selepas saya tengok laporan kewangan, ASB melabur dalam saham yang tak disahkan patuh syariah. Walaupun macam tu, hukumnya jatuh “harus” untuk orang awam selepas majlis fatwa kebangsaan mengharuskannya atas dasar maslahah. Kalau pun ada dosa, ia ditanggung oleh majlis fatwa.

Untuk simpanan tunai, saya laburkan dalam Tabung Haji. Terima kasih atas perkongsian puan tentang Al-Rajhi i-ZamZam. Saya doakan Allah rahmati puan sekeluarga. Amiin.

Reply

13 norisa October 1, 2013 at 7:26 am

Terima kasih, Amin. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga, Amiin.

Reply

14 rahmatamir September 30, 2013 at 11:06 pm

Terima kasih atas ulasan en. zul.

Saya mahu bertanya. Saya berusia 24 tahun. Mempunyai gaji asas sebanyak 3000.Jika Campur gaji kasar dalam 3700 fixed tiap-tiap bulan. Saya baru masuk alam pekerjaan selama 7 bulan, saya mempunyai komitmen kereta sebanyak rm600. Soalan saya :

1) Adakah saya layak membuat pinjaman perumahan kerana saya baru bekerja dan tidak mempunyai EA form?

2) Saya sekarang mempunyai simpanan 15k. Saya bercadang beli rumah. Boleh kah saya membeli 2 rumah flat sekitar area cheras,puncak alam or nilai sebagai pasif income saya yang berharga 60k & 80k? Bolehkah loan saya lepas untuk buat 2 pinjaman sekaligus?

3) Atau berbaloikah saya melupakan niat untuk membeli flat, digantikan dengan rumah teres 1tingkat di nilai berharga 180k? Saya bercadang untuk mempunyai 2 rumah sebelum kahwin.

Terima kasih sudi menjawab.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2013 at 7:54 pm

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

1. Tak silap saya boleh. Kalau belum ada EA Form, kena sediakan EPF statement. Statement tu boleh print jer secara online. En. Rahmat kena confirmkan dengan pihak bank.

2. Saya syorkan beli satu dulu. Belajar, dapatkan pengalaman. Lepas tu baru beli unit kedua.

3. Rumah teres bagus sebab harga naik lebih cepat. Boleh dapat “capital gain” jauh lebih besar. Kalau En. Rahmat ada duit lebihan tunai yang besar setiap bulan, dan tempoh nak kahwin pun lambat lagi, boleh beli rumah teres. Anggap ia sebagai saving bulanan. Nanti harga dah naik, jual rumah teres tu. Keuntungannya nanti mungkin cukup untuk deposit 2, 3 buah apartment kos sederhana.

Wallahu a’lam.

Reply

16 azam aziz October 1, 2013 at 10:02 am

Terima kasih dengan artikal ini. Saya dah berkahwin hampir 6 tahun. Masih belum ada rezeki anak. Saya redha dan bersyukur. Walaupun kadang2 ada rasa sedih takde anak tetapi saya kuatkan semangat dan percaya rezeki allah dan setiap sesuatu adalah ujian dan ada rahmat allah.

Betul kata sahabat, walaupun saya takde anak lagi, saya di beri isteri yang bagus di mata saya. Ibu-bapa dan mertua yang baik dan tidak membebankan saya. Itu adalah ‘rezeki’ yang allah beri pada saya.

Saya percaya semuanya ada hikmah dan percaya setiap satu ujian pada saya ada hikmahnya pada saya sekeluarga.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2013 at 7:57 pm

Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Saya doakan Allah kurniakan zuriat untuk En. Azam dan isteri, berkat sabar & syukur atas ujian dan rezeki Allah selama ini. Amiin ya Allah.

Reply

18 norisa October 1, 2013 at 2:09 pm

Salam Untuk perkongsian bersama,

Untuk menanam sikap menyimpan (saving) memerlukan kesabaran. Selain membaca hasil tulisan penulis-penulis terkenal mengenai financial planning, rancangan Suze Orman Show (CNBC) ASTRO Channel 518 setiap hari Sabtu jam 11.00 pagi boleh dijadikan panduan . Formula Suze mudah iaitu “get as much pleasure out of saving as you do in spending”. Ini adalah klip rancangan tersebut http://www.youtube.com/watch?v=E_ctwPiDgHk‎ boleh lihat lagi di Youtube dan CNBC.com. Walaupun nasihat yang diberikan lebih menjurus kepada keadaan ekonomi di USA namun ada pengajaran yang boleh dicontohi. Ini ucapan khas beliau kepada pelajar yang baru bergraduat mengenai student loan dan pentingnya perbelanjaan berhemah
http://www.youtube.com/watch?v=4Iq9bxJU_qc‎

Saya berjimat dengan membawa bekal ke pejabat dan berbelanja untuk barang dapur /keperluan sekolah anak sahaja. Berhenti membeli pakaian baru (sebab dah banyak dan masih elok), pakai kereta sedan tempatan termurah di pasaran. Rumah tidak ada air cond dan sejak harga petrol naik kami sekeluarga hadkan bersiar di luar, semuanya masak dan makan di rumah. Langkah drastik penjimatan dibuat setelah baru tersedar betapa tingginya kos pengajian anak bagi Diploma di IPTS (kursus kulinari 2 tahun) mencecah RM38K! dan bila dibuat kiraan kos makan minum penginapan anak akan memerlukan RM780 sebulan. Nasib baik ada buat potongan gaji setiap bulan secara berkala dalam SSPN-i sejak tahun 2007, jadi perlukan dalam 20K sahaja untuk cover yuran. SSPN-i juga dapat pengecualian cukai pendapatan. Jadi amat penting bagi ibubapa untuk buat perancangan awal pendidikan anak2 sebab sekarang PTPTN tidak akan cover yuran pengajian secara full. Jika usia anak masih muda pelaburan emas boleh dijadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang baik tapi memandangkan dalam kes saya anak akan memulakan pengajian Sept tahun depan saya buat simpanan lebih banyak dalam Tabung Haji berbanding emas. Emas saya jadikan simpanan untuk pesaraan untuk cover pencen/KWSP . Berjimat cermat pada hari ini, insyaAllah membawa berkat di masa hadapan.

Sekarang baru sedar pentingnya simpanan dengan mengagihkan untuk tujuan berikut:

Simpanan
1. Tunai (kecemasan) – i-ZAMZAM Savings Account
2. Pendidikan anak-anak – SSPN-i dan wujudkan akaun Tabung Haji atas nama anak
2. Pelaburan – Tabung Haji atau Dinar /Jongkong Emas/Perak/ KFH Gold-i
3. Persaraan – Dinar/Emas/Perak/KWSP
(*Jangan lupa potong zakat pendapatan setiap bulan dan ambil insuran kesihatan yang ada medical card untuk diri dan anak2)

Bila dah diasingkan baru nampak matlamat hala tuju simpanan kita adakah boleh tercapai apa yang diinginkan. Rancang setiap perbelanjaan dan cuba buat satu long term Saving Road Map berdasarkan tahun/bulan, dan failkan dalam Microsoft Excel. Setiap pembelian dinar/simpanan emas juga perlu direkodkan dalam Microsoft Excel baru nampak turun naik harga semasa pembelian dan jualan jika rajin boleh buat graf.

Nasihat saya kurangkan impulse buying dan buatlah simpanan tak kira dalam bentuk apa sekalipun sejak terima gaji yang pertama/usia masih muda supaya lebih menguntungkan dari segi Dollar Averaging dan tak rasa terkejar2.. :-)

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2013 at 8:02 pm

Wslm Pn. Noris,

Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat. Banyak input yang saya dapat daripada perkongsian Pn. Noris ni. Saya doakan Allah merahmati Pn. Noris sekeluarga, diberi kelapangan dan keberkatan rezeki. Amiin ya Allah.

Reply

20 mohd romzi October 3, 2013 at 11:32 am

Assalamualaikum,
Banyak perkongsian yang bermanafaat untuk kita semua terutama saya yang baru belajar kepentingan pelaburan dan simpanan. Kepada Pn Noris, terima kasih atas nasihat dan perkongsian. Kepada Tuan En Mohd Zulkifli, teruskan niat mendidik kami tentang celik wang ini.

Tuan Mohd Zulkifli, adakah wajar semua wang simpanan dilaburkan hanya di Tabung Haji sahaja?

Wassalam.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2013 at 4:44 pm

Wslm En. Romzi,

Terima kasih berziarah ke blog ini. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Tentang wang simpanan tu, terpulang samada nak disimpan di Tabung Haji jer atau invest ditempat lain. Kelebihan Tabung Haji, duit simpanan confirm selamat (kalau kewangan negara stabil) dan dividennya konsisten rendah. Ia tempat paling bagus bagi siapa yang tak nak ambil risiko pelaburan dan tak kisah dengan dividen yang rendah.

Saya simpan duit kecemasan saya dalam Tabung Haji. Simpanan jangka panjang, saya tukar ke dalam bentuk emas.

Wallahu a’lam.

Reply

22 norisa October 4, 2013 at 4:27 pm

Assalamualaikum En. Romzi dan En. Zul,

Simpanan di Tabung Haji lebih berkat bukan setakat pelaburan dunia tapi juga akhirat. Pelaburan untuk menunaikan haji dan juga untuk simpanan yang terjamin, yang mana kita tak perlu pening kepala untuk kira zakat simpanan. pihak Tabung Haji telah tolak zakat simpanan disamping bayar dividen dan bonus.

InsyaAllah, semoga simpanan kita semua mendapat barakah untuk dunia & akhirat, Amiin.

Reply

23 nashar October 5, 2013 at 9:46 pm

TH hanya byr zakat perniagaan bkn zakat simpanan. Kita kena byr zakat simpanan jika cukup tempoh dan jumlah simpanan. Betulkan jika sy silap.

Reply

24 norisa October 7, 2013 at 1:21 pm

Salam,

Mengenai zakat simpanan Tabung Haji boleh rujuk di sini :-)

http://www.pakdi.net/adakah-kita-wajib-bayar-zakat-simpanan-tabung-haji/

Reply

25 mohd romzi October 4, 2013 at 10:15 am

Terima kasih Tuan,
Untuk tujuan persaraan, berapa peratus disimpan dalam bentuk emas untuk pelaburan jangka panjang, selain sebahagian di simpan di tabung haji?

Wassalam

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2013 at 5:41 pm

En. Romzi,

Masa umur muda, boleh invest di tempat yang boleh bagi pulangan besar (tapi ada risiko juga lebih besar). Nanti dah nak pencen, kena tukar semua aset tu kepada bentuk yang lebih rendah risiko macam Tabung Haji walaupun pulangan yang juga rendah.

Saya cuma simpan duit dalam Tabung Haji untuk dana kecemasan jer. Untuk simpanan jangka panjang, saya convert ke dalam bentuk emas & perak.

Wallahu a’lam.

Reply

27 Ninie Salim October 9, 2013 at 8:43 am

Salam,

Bersyukur sbb jumpa blog ni. Saya akan berusaha untung kurangkan hutang dalm hidup saya. Mmg betul kan.. hutang ni mmg tak ada langsung ‘peace of mind”. Bila nak sesuatu.. masa tu nak sgt.. sanggup berhutang. Bila dah dpt tak rasa apa..

Semoga saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.. Saya bertekad nak langsaikan semua hutang yg ada.. MARA, Loan peribadi, kad kredit. Installment..

Terima kasih sekali lagi atas perkongsian bermakna ni. Kalau saya down.. saya mesti bukak blog ni, dan baca balik tulisan encik. Terus semangat kembali :-)

Semoga Allah murahkan rezeki encik..

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie October 9, 2013 at 10:24 am

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Saya doakan Allah berikan kelapangan kewangan kepada puan. Amiin.

Reply

29 mohd romzi October 9, 2013 at 10:17 am

berapa agaknya julat umur yang dikategorikan ‘muda’ …eg < 45 year…
Rasanya lebih 40 tahun dah kira tua kot…

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie October 9, 2013 at 12:05 pm

Tua atau muda dari sudut kewangan ialah keupayaan mencari pendapatan. Kalau jatuh, kita masih ada peluang untuk bangun, bagi saya kita masih muda dari sudut kewangan. Tapi kalau jatuh dan susah untuk bangkit balik, dia dah ‘tua’ dari sudut kewangan walaupun umur belum lagi 40-an. :)

Tapi secara umumnya, tua merujuk kepada umur sekitar 50-an dan ke atas sebab pada waktu tu, nak buat loan pun tak mudah macam orang muda. Kalau hilang pekerjaan, bukan senang nak cari kerja baru. Kalau buat bisnes, bukan senang nak bergerak aktif ke sana ke mari macam orang muda. Kalau bisnes & investment yang complicated, bukan senang nak catch-up. Kalau invest di tempat yang berisiko tinggi, bila jatuh lingkup, peluang untuk dapatkan balik duit tu tak semudah orang muda.

Wallahu a’lam.

Reply

31 norisa October 9, 2013 at 7:17 pm

Salam,

Kalau lelaki usia 40 boleh dianggap muda, tapi bg wanita dah dianggap tua oleh setengah company. Pengalaman rakan2 saya bila resign pada usia 40 an memang sukar nak dapat kerja, dah setahun menganggur. Jadi sebelum resign kena fikir panjang kecuali dah ada bisnes yang menghasilkan pulangan dan dah tak ada hutang..:-)

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie October 10, 2013 at 6:51 am

Terima kasih Pn. Norisa atas perkongsian.

Reply

33 mohd romzi October 10, 2013 at 6:53 am

terima kasih tuan atas pencerahan ini.

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie October 10, 2013 at 6:54 am

It’s ok En. Romzi.

Reply

35 Miz Atom January 28, 2014 at 5:04 pm

Alhamdulillah…
Insaf seketika… Terima kasih atas perkongsian..

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie January 29, 2014 at 7:33 am

Alhamdulillah..

Reply

37 jusnaidy June 10, 2014 at 9:40 pm

Salam en zul,saya ingin btanya sekiranya kita mlakukan bisnes dlm perkonsian,tapi rakan perkonsian kita slalu mlakukan maksiat,sedang saya sentiasa bdoa utk kejayaan,,sampai sgala urusan niaga tidak brjalan lancar,apa yg harus dbuat,,,

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2014 at 9:40 am

Wslm En. Jusnaidy,

Saya tak pasti apa perlu buat. Kalau maksiat secara peribadi dia, kita cuma boleh nasihat dan doa jer. Kalau melibatkan tanggungjawab dia tentang bisnes, kena duduk bincang dari hati ke hati. Kalau memang tak boleh selesai, mungkin boleh consider buat bisnes separate.

Wallahu a’lam.

Reply

39 faezah August 10, 2014 at 3:31 am

asalamulaikum..en.zul…

Alhamdulillah pengkongsian yg baik…saya tekad utk settlekan semua loan peribadi dalm masa 5 thn.moga niat saya dimakbulkan olehNYA..umur saya 36 thn..penjawat awam.. saya juga sedang berusaha utk memantapkan diri dengan ilmu kemahiran..untk persediaan selepas persaraan nanti ..niat di hati ingin bersara awal utk beri tumpuan pd anak2 ,keluarga…disamping menjalankan bisnes sikit.dan mendekatkan lg diri dengan PENCIPTA….amin..

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2014 at 7:54 am

Wslm Pn. Faezah,

Alhamdulillah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

41 Nur August 25, 2015 at 8:38 am

Salam tuan, mohon nasihat..

Saya sekeluarga punyai hutang loan peribadi, loan rumah dan kredit kad..Tapi dlm masa yg sama kami punyai simpanan di bank yg berjumlah hampir rm50k.. apa pendapat tuan, adakah baik kami setelkan hutang-hutang itu dgn duit gaji bulanan biasa atau lbh baik setel serentak dgn duit simpanan dlm bnk?

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2015 at 11:51 am

Wslm Puan,

Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan, selebihnya fokus langsaikan hutang. Hutang kad kredit tu kena langsaikan lebih cepat sebab cajnya mahal.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: