Selepas Kesusahan Ada Kejayaan

by on January 26, 2016

Post image for Selepas Kesusahan Ada Kejayaan

Bila baca kisah-kisah kejayaan, saya boleh katakan semua orang berjaya pernah lalui ujian kesusahan. Ujian kesusahan itulah yang membuatkan dia bangkit berdiri dan berjaya pada hari ini. Jadi bila hadapi kesusahan, berbaik sangkalah kepada Tuhan. Ada sesuatu yang besar yang Dia nak bagi kepada kita nanti, insyaAllah.

Terus berusaha dan berdoa, minta Allah tunjukkan jalan. Hikmah kesusahan itu akan nampak pada masa akan datang. Waktu itu pasti kita akan fikir, “nasib baik Allah bagi aku susah waktu dulu. Kalau tak, mustahil aku boleh sampai ke tahap sekarang”, insyaAllah. Dan itulah juga yang saya fikir hari ini; “Nasib baik Allah bagi aku rasa susah 10 tahun lepas”. Dari susah itulah saya sedar, belajar dan bangkit sampai hari ini.

Kekadang kita rasa ujian kesusahan itu berat bagi kita, tetapi bila difikirkan balik, bukankah Nabi Muhammad s.a.w yang Tuhan sayang itupun diberi ujian susah lebih dari kita? Apatah lagi kita hanyalah insan biasa.

Tuhan Lebih Tahu Apa Yang Terbaik

Yang kedua, kita perlu tahu, bukan semua yang kita harapkan mesti dapat, sebab Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita mengharapkan itu dan ini, tetapi percayalah, Allah nak bagi lebih baik dari apa yang kita harapkan itu. Dan Dia lebih tahu bila waktu terbaik untuk kita.

Banyak perkara yang saya harapkan 10 tahun dahulu; ada yang saya sudah dapat, ada yang Allah tangguhkan hingga beberapa tahun baru dapat, ada yang saya masih belum dapat hingga ke hari ini, dan ada sebahagiannya saya telahpun keluarkan dari senarai “kehendak” itu. Tapi bila muhasabah balik, sebenarnya Allah sudah bagi berbagai kecukupan untuk saya bersyukur. Bahkan apa sebenarnya yang Tuhan bagi itu lebih mahal dari wang ringgit, yang orang kaya pun tak mampu membayarnya… (Alhamdulillah)

Jadi teruslah berdoa, berusaha dan bertawakkal. Banyak-banyak bersabar atas apa yang kita usahakan itu. Susah-susah kita di Malaysia, sekurang-kurangnya masih boleh makan dan masih ada tempat berteduh…

Dunia yang kita kejar-kejarkan itu akhirnya nanti tetap akan kita tinggalkan juga kan? Jadi jangan dirisau-risaukan sangat… Yang penting, teruslah berusaha.

Rezeki Tak Tahu Di Mana

Dalam berusaha, guru saya pesan, berusahalah sampai Tuhan kesian pada kita. Rezeki kita tak tahu di mana, tetapi rezeki tu Tuhan sudah sediakan untuk kita. Kalau kita dah usahakan perkara betul dan buat betul-betul, kejayaan tu pasti ada. Cuma kita tak tahu, bila waktunya dan dari jalan mana Tuhan akan hulurkan rezeki itu untuk kita.

Jadi teruslah meminta-minta pada Tuhan, dan buktikan dengan usaha yang sepadan supaya permintaan itu Tuhan makbulkan. Antaranya, saya cuba paksa diri bangun awal pagi, dan mulakan usaha berpagi-pagian lagi, sebab rezeki itu di awal pagi. Bila mulakan kerja awal pagi, banyak perkara yang boleh diselesaikan pada hari tu berbanding hanya mula kerja bila keluar matahari.

Rezeki Si Peniaga Babi

Tuhan itu Maha Pemurah sifatNya. Dia berikan rezeki kepada semua manusia tak kira muslim atau non-muslim. Siapa berusaha, dia akan dapat, insyaAllah. Rezeki si peniaga babi (non-muslim) yang bangun dan mula berniaga di awal pagi lebih baik dari si muslim yang pukul 10.00 baru bangun cari sarapan pagi! Jadi usaha kita perlu sepadan dengan apa yang kita doakan itu.

Kalau baca kisah-kisah mereka yang berjaya, kita akan realise; patutlah Tuhan berikan kejayaan kepada mereka. Mereka betul-betul cukup syarat untuk berjaya. Ia bukan persoalan “L-U-C-K”, tapi persoalan “W-O-R-K”…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Januari 2016
16 Rabiul Awwal 1437H

[Kredit foto : timberlinemtguides]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Azwan January 27, 2016 at 11:29 am

Saya setuju dengan Tuan. Kesusahan itu pula kadang kala bukan dalam bentuk wang ringit (begitu juga kesenangan). Ada yang kaya, tapi merana kerana keluarga porak peranda, ada yang berduit, tapi sering kali diuji sakit. Setiap yang berlaku, ada yang Allha mahu kita pelajari.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2016 at 1:41 pm

Betul En. Azwan.

Reply

3 Faz January 28, 2016 at 9:39 am

Assalamualaikum En Zul,

Saya antara pembaca tegar blog ni dan dah beli buku En Zul tahun lepas. Terima kasih pada isteri En Zul yang poskan kepada saya.

Bila saya baca setiap artikel, saya nampak sifat keserhanaan dalam diri En Zul tapi di masa yang sama, sememangnya sentiasa support pembaca utk think big dan positif.

Saya mula buat part time business pun bila dah terbaca artikel popular ‘7 strategi saya bebas hutang”. Saya benar2 berazam nak bebas hutang dan tambah aset.In shaa Allah.

Teruskan menulis dan post di website. Moga Allah rahmati hidup En. Zul sekeluarga.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2016 at 11:18 am

Wslm En. Faz,

Alhamdulillah.

Terima kasih berziarah ke blog ini dan membaca buku tulisan saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat.

Terima kasih juga atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Faz sekeluarga juga, amiin ya Allah.

Reply

5 safari January 28, 2016 at 4:12 pm

Selain itu, Kerajaan juga bimbang dengan kos gaya hidup rakyat yang tidak bersesuaian dan melebihi kemampuan mereka. Sehubungan ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di bawah Bank Negara Malaysia, akan memberi bantuan kepada peminjam yang mengalami kesukaran dalam menguruskan obligasi hutang, melalui penyusunan semula pinjaman sedia ada. Berita baiknya, kesemua perkhidmatan ini diberikan secara percuma.

Ini antara intipati ucapan pengubahsuaian bajet 2016 oleh PM tadi.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2016 at 7:37 pm

Alhamdulillah..

Reply

7 moris January 28, 2016 at 10:45 pm

Allah s,w t kurniakan kepada setiap makhlukNYA hanya satu bahagian rezeki tak kira dia siapa samada yang beriman atau tidak beriman kepadaNYA.
Allah s.w.t akan kurniakan banyak lagi bahagian2 rezeki yang tidak terkira hebatnya hanya khas untuk orang yang beriman dan bersyukur kepadaNYA.
Hebatnya hak orang yang beriman!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie January 29, 2016 at 12:05 am

Alhamdulillah..

Reply

9 syikin February 3, 2016 at 3:18 pm

en zul..please dont stop writing.. benar2 memberi semangat..benar2 artikel yg berguna..setiap hari saya duk belek blog en zul.. suka baca apa en zul tulis..tiada apa yang negatif..moga Allah jagakan en zul baik2.. dunia ketandusan orang baik2 en zul..ketandusan orang yang jujur amanah.. perlu lahir lebih ramai yang baik2 begini.. supaya semua jadi baik2.. subhanallah..haa..banyak betul saya punya baik2.. bertuah family en zul.. saya yakin isteri dan anak2 en zul pasti baik2 juga..pasti yang berjaya diantara yang berjaya..esok ada rezeki berbesan dengan en zul..in syaa Allah..puji pujian bagi Allah..

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie February 3, 2016 at 4:12 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih Pn. Syikin. Terima kasih kerana berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah. 🙂

Reply

11 Nayna May 13, 2016 at 12:21 pm

Assalammualaikum Tuan. Alhamdulillah dapat membaca perkongsian Tuan.

Saya bekerja makan gaji dan suami bekerja sebagai pengusaha restoran. Banyak perkongsian Tuan di sini berlaku dalam kehidupan kami suami isteri. Allah kurniakan saya banyak kemudahan dalam urusan dunia saya tetapi suami sebaliknya.

Saya mahu mohon nasihat Tuan akan bagaimanakah cara terbaik kita berhadapan atau bersikap dengan pasangan yang merasakan dirinya terlalu besar sehingga usahanya yang berlebihan itu lebih besar berbanding yang lain. Sikap begini menyukarkannya maju dalam perniagaan. Sejauh saya faham beliau TAHU tindakan itu tetapi sukar mengubahnya kerana ada mungkin sekecil zarah dalam HATI yang beliau MALU sehingga tidak mahu berubah walaupun tahu cara tersebut pernah dibuat tetapi gagal… Bak kata Einstein, GILA ADALAH MEMBUAT PERKARA SAMA BERULANG KALI NAMUN MENGHARAPKAN KEPUTUSAN/IMPAK YANGN BERLAINAN.

Adakah dengan hanya kasihan cukup untuk menangani keadaan ini berikutan setiap kali duduk berbincang untuk fokus terhadap penyelesaian masalah ia TETAP dan akan berakhir dengan tengkingan dan kemarahan kerana kekurangan faham saya terhadap visi dan misi beliau 🙂

Mohon tunjuk ajar. Assalammualaikum wbt.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie May 18, 2016 at 9:00 am

Wslm Pn. Nayna,

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.

Tentang sikap suami, puan lebih tahu sebenarnya. Cuma setiap orang ada timingnya sendiri untuk berubah. Untuk ahli keluarga, kita hanya perlu optimis dan sentiasa berdoa. Serahkan kepada Allah untuk mengubahnya.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: