MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Konsep Berniaga Emas Cara Dropship

September 29, 2013

Berniaga emas berjuta-juta, tapi tak ada kedai, tak ada pekerja. Customer ada seluruh negara, bahkan di Brunei dan Singapore pun ada, tapi hanya menghadap smart phone dan komputer. Nak jual berapa banyak emas, tak perlu risau mana nak cari stok sebab semuanya dah tersedia. Nak berniaga emas cuma beli RM20,000 jer, tapi hakikatnya kos jadi dealer adalah percuma. Kilang dah ada, 18 cawangan seluruh Malaysia tersedia untuk kita. Tinggal hanya nak buat atau tengok sahaja. Itulah realiti bisnes Public Gold.

Berniaga emas Public Gold senang jer. Lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan emas sebenar. Buat promosi bagi kesedaran orang ramai tentang emas. Yang mana berminat, consult dan bantu mereka bermula dengan betul. Kita place order, biar dia bayar terus ke akaun Public Gold dan ambil emas tu di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat. Itu jer prosesnya.

Mulakan Dengan Ilmu

Setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu. Untuk bina bisnes yang besar, kuncinya adalah ilmu. Peranan terpenting dealer emas ialah bagi consultation tentang pelaburan emas yang betul, dan bantu selesaikan masalah customer tentang pelaburan emas. Untuk bina bisnes besar, lengkapkan 4 ilmu asas tentang emas:

  1. Asas pelaburan emas yang betul
  2. Analisis teknikal harga emas
  3. Ilmu memanfaatkan pajakan ar-rahnu
  4. Ilmu berniaga emas

Join mana-mana seminar percuma tentang pelaburan emas yang diadakan di cawangan-cawangan Public Gold terdekat setiap minggu untuk belajar dengan lebih cepat. Saya sendiri join seminar untuk dapatkan input baru daripada penceramah dari semasa ke semasa. Biasanya, setiap penceramah ada approach dan kepakaran tersendiri. Kalau kita join banyak seminar, kita boleh "sedut" ilmu mereka dengan lebih cepat. InsyaAllah.

Bila ada ilmu, terus mulakan bisnes. Tak perlu jadi pakar dulu baru nak berniaga emas. Mulakan dengan apa yang ada. Nanti lama-lama insyaAllah kita semakin 'pakar'. Langkahnya;

#1 - Promosi (Mengajar) Simpan Emas

Bila ada ilmu, tanggungjawab kita sampaikan kepada orang lain. Buat promosi bagi kesedaran tentang pelaburan emas yang betul. Manfaatkan medium apa sekalipun samada facebook, blog, twitter, sms, jumpa face-to-face dsb. Tak payah menjual, tapi bagi kesedaran dan ajar orang lain tentang emas. Kalau orang nak beli, "terpaksalah" jual. Kalau tak jual, nanti 'kesian' mereka susah nak beli... 🙂

#2 - Place Order Untuk Customer

Kalau orang nak beli, kerja kita place order jer. Lepas tu ajar mereka buat pembayaran dan ambil emas di office Public Gold terdekat. Boleh dikatakan 95% pembeli emas melalui saya buat bayaran terus dan ambil emas tu terus dari office Public Gold. Saya tak perlu ke sana ke mari hantar emas. Yang saya hantar biasanya kawan-kawan yang duduk dekat jer. Yang lain, kerja saya cuma depan handphone dan komputer jer.

#3 - Guide Customer Buat Pembayaran

Bila dah order, kita kena guide dan follow-up customer buat pembayaran sampai selesai. Customer ada macam-macam ragam. Ada yang tak pandai online banking, ada yang susah dapat akses internet, ada yang nak kena keluarkan duit dalam Tabung Haji dulu, ada yang lepas order terus outstation dan off-shore, ada yang risau bayar dulu tapi stok dapat kemudian, ada yang nak bayar cash di kaunter RM30,000 walaupun limit cuma RM3,000, dan ada yang dah buat buat bayaran tapi tak tahu nak emailkan slip bayaran. Ada masa kita cuma guide, ada masa kita kena deal dengan staff Public Gold bagi pihak customer. Semua tu kita kena guide customer sampai dia selesaikan pembayaran. Pokoknya, kita kerja keras depan handphone dan komputer jer.

#4 - Guide Customer Ambil Stok

Bila dah buat bayaran, guide customer sampai emas tu berada di tangan dia. Customer yang sibuk hari bekerja, kita suggest dia ambil hari Sabtu. Yang takut pegang emas, kita guide dia sewa safe box siap-siap. Yang duduk oversea, kita guide macam mana dia nak wakilkan kepada keluarga. Kalau stok di cawangan habis, kita deal dengan staff Public Gold bagi pihak customer. Dan kalau dia memang tak boleh ambil stok sendiri, barulah offer untuk kita ambilkan dan hantarkan.

Itulah 4 langkah jual beli emas Public Gold secara dropship. Mudah jer. Tak perlu simpan stok banyak-banyak, tak perlu pegang duit customer, dan tak perlu hantar stok sana-sani. Duduk depan handphone dan komputer jer. Lepas selesai 4 proses ni, bantu customer untuk ambil langkah pertama iaitu belajar lagi tentang emas, dan mengajar orang lain tentang emas. Jemput dia hadir ke seminar-seminar asas pelaburan emas di office Public Gold terdekat.

Bila customer melabur dengan ilmu, insyaAllah dia tahu 'berdikari' dan jadi pelabur merdeka. Nanti dia tahu uruskan jual beli emas sendiri dengan Public Gold. Dah tak perlu melalui dealer lagi dah. Setiap kali customer beli, dealer akan dapat komisyen berulang-ulang. Dan ia akan memberikan dealer residual income yang berterusan, insyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 September 2013
24 Zulkaedah 1434

Baca seterusnya:

(Kredit foto: dragonbridgecapital)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>