"Bukan sahaja duit, tapi bisnes adalah peluang besar untuk berbuat baik sesama manusia".
Ketika saya tengah beratur panjang untuk ke Stesen 4 (tempat kena suntikan vaksinasi dos pertama di MMU Cyberjaya pada tahun 19 Julai 2021), tiba-tiba seorang staff di kaunter Stesen 3 panggil saya.
Beliau minta izin untuk bergambar.
More...
Saya tengok di bajunya tertulis "Zarif". Beliau perkenalkan beliau adalah direct customer Public Gold di bawah dealership saya.
Sampai rumah dekat pukul 10.00 malam, banyak wasap yang masuk. Tapi saya tak sempat buka. Dah keletihan.
Customer Setiap Bertahun-tahun
Lepas solat zohor hari berikutnya, baru buka mesej.
Dari seorang customer saya bernama "Zarif". Dalam rekod saya, beliau adalah customer Public Gold yang menabung emas sejak 2014 lagi!
Bila saya tanya, rupanya beliau adalah seorang doktor di bahagian kecemasan, Hopital Putrajaya. Beliau adalah Dr Zarif Thaqif.
Beliau mula menabung emas ketika beliau masih lagi mahasiswa! Setelah 7 tahun (iaitu pada awal tahun 2021) beliau buat keputusan menjadi dealer Public Gold.
Sambil simpan emas, sambil pandaikan orang lain tentang simpanan emas. Alhamdulillah.
Kegembiraan Bukan Sekadar Duit
Setelah lebih 10 tahun aktif sebagai dealer Public Gold sepenuh masa, antara kegembiraan saya ialah, majoriti penyimpan emas di bawah bimbingan saya sejak 2010 masih lagi bersama saya.
Sebenarnya banyak dari kalangan mereka yang follow saya sejak mereka masih di universiti lagi. Dan saya percaya, kesedaran tentang simpanan emas dan kewangan di peringkat awal itu banyak membantu mereka, sekurang-kurangnya mempunyai simpanan yang kukuh dan bebas masalah hutang. InsyaAllah.
Banyak orang cuma nampak bisnes sebagai medan buat duit. Tapi saya nampak dalam bisnes, kita boleh dapat perkara yang lebih baik daripada duit. Iaitu peluang berbuat baik sesama manusia.
Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia
Setiap manusia ada keperluan dan kehendak. Tapi setiap kita tak mampu penuhi keperluan dan kehendak tersebut tanpa bantuan orang lain - orang bisnes.
Maka itulah ruang dan peluang bagi orang bisnes berbuat baik kepada mereka yang perlukan produk dan servis yang kita sediakan, dengan cara yang terbaik.
Bagi siapa yang beriman dan berbuat baik sesama manusia, di Akhirat pasti akan dapat ganjarannya. Kesenangan dunia tu pasti Tuhan akan pakejkan sekali.
Buat Bisnes Sebagai Bekalan Akhirat
Mudah-mudahan bisnes yang kita jalankan akan jadi medan persediaan amalan untuk bekalan Akhirat kita. Tentang habuan di dunia tu tak perlu kita bimbang-bimbangkan lagi. Pasti Tuhan akan pakejkan sekali. InsyaAllah.
Siapa yang berbuat baik, dia pasti akan untung. Tuhan pasti akan kembalikan kebaikan itu kepada sesiapa yang berbuat baik dengan kebaikan yang berlipat kali ganda banyaknya...
Allahu 'alam.
Zulkifli
Cyberjaya
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
“Keseronokkan dapat duit tu sementara saja. Tapi keseronokan buat baik tu kekal selamanya. Berlumba-lumbalah buat kebaikan dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan. Orang yang sibuk berbuat baik, hidupnya pasti akan bahagia. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 November 2023
Coretan FB berkaitan:
- Bisnes dan pekerjaan kita sepatutnya menjadi rahmat buat orang lain - FB (2024)
- Bisnes buat bekal pahala selepas mati - FB (2013)
- Vaksinasi Dos Pertama di MMU - FB (2021)
- Mindset Mencorakkan Kehidupan Kita - FB (2021)
- Betul. Bisnes ialah tentang selesaikan masalah orang lain - FB Azri Walter (2025)