Menulis untuk generasi Tiktok tak sama berbanding dulu.
Petang semalam dekat 1 jam setengah saya meeting dengan pihak Galeri Ilmu.
Saya cuba dapatkan pandangan mereka, macam mana penulisan saya dapat sentuh generasi Tiktok, khususnya anak-anak muda seawal 18 - 20 tahun, sebagaimana penulisan saya di blog www.mohdzulkifli.com kira-kira 16 tahun lalu (sejak 2008).
More...
Dari Tiktok kepada membaca buku
Video-video pendek bagus untuk marketing. Tapi untuk membentuk generasi berilmu, kena balik kepada asasnya - membaca (Iqra)!
Konten-konten video pendek ibarat makanan segera. Ia mengenyangkan, tapi tak baik untuk kesihatan jangka panjang.
Pemahaman pada sesuatu topik cuma di lapis permukaan sahaja, ia tak mendasar. Pemahaman pun cuma sekerat-sekerat, ibarat jigsaw puzzle yang tak lengkap.
Nak faham lebih mendalam, lebih lengkap, lebih berdisiplin, tetap kena baca buku.
Generasi Tiktok masih minat membaca. Tapi jenis bacaan sangat ringkas, tak mendalam, tak mendasar macam buku buku-buku healing.
Fenomena pembaca "buku healing"
Buku-buku healing buku yang paling dapat tempat setiap kali Pesta Buku Antarabangsa KL dalam setahun dua ni.
Pembaca rata-ratanya anak-anak muda dan remaja.Itu perkembangan baik. Generasi Tiktok masih lagi membaca.
Nak sampaikan ilmu kepada generasi ni, tak boleh terlalu berat, dan tak boleh terlalu ringan.
Kalau terlalu berat, ia tak menaik minat.
Kalau terlalu ringan, kita akan hanyut bersama mereka.
Penulisan kena tengah-tengah. Tak berat, tak ringan.
Kaedah "story-telling", buku berbentuk anekdot, penulisan chapter yang pendek-pendek, saiz buku yang muat bawa masuk dalam handbag, ketebalan sekitar 200 muka surat, itu antara perkara yang kami bincangkan untuk terbitan buku-buku saya pada masa akan datang, insyaAllah.
Peluang pahala berantai
Mohon doa rakan-rakan semua supaya penulis-penulisan saya yang bermanfaat (di blog dan Facebook) dapat disusun dan dibukukan.
Mudah-mudahan jadi mutiara bermanfaat buat masyarakatm, khususnya setelah ketiadaan saya satu hari nanti. InsyaAllah.
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" (HR Muslim, no. 1631)