7 tahun buat bisnes tanpa hasil memberangsangkan, tapi tak pernah give-up (putus asa)!
Ada orang tanya saya, apa pengalaman kegagalan paling besar saya dalam bisnes?
Bila saya renung balik... sebenarnya saya tak pernah gagal... Bagi saya, tak ada istilah gagal selagi kita tak berputus asa. Gagal hanyalah bagi siapa yang berputus asa saja.
Pelajaran baru, bukan gagal
Kalau kita buat sesuatu usaha tapi tak menjadi, itu bukan gagal. Tapi pelajaran baru... dan pengalaman mahal untuk cipta kejayaan pada masa depan.
Tanpa pengalaman jatuh bagun, mana mungkin kita dapat cipta kejayaan besar pada masa depan.
Macam anak-anak kita belajar naik basikal...
Mana mungkin dia pandai naik basikal tanpa pernah jatuh... Dia pasti akan jatuh. Jatuh tu sebahagian daripada proses. Itu bukan kegagalan.
Daripada pengalaman jatuh bangun itulah saya boleh buat satu kesimpulan penting yang saya jadikan amanat buat murid-murid saya hari ni, iaitu;
Orang berjaya bukanlah tak pernah down. Tapi tak pernah give-up. Dia down berkali-kali, tapi setiap kali dia jatuh, dia bangkit balik berkali-kali. Sampailah akhirnya dia berjaya.
Tak give-up selama 7 tahun
Syukur alhamdulillah... hari ini Tuhan rezekikan saya cipta kejayaan besar bersama Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).
3 tahun pertama dalam Public Gold (PG), saya digelar sebagai "the fastest growing dealer"; dealer yang paling cepat berkembang dalam bisnes PG.
Tapi hakikatnya, PG bukanlah bisnes pertama saya. Saya dah buat macam-macam bisnes sebelum PG. Yang paling lama, dalam direct selling Amway.
Saya buat bisnes Amway selama 7 tahun. Tapi saya tak pernah give-up walaupun hasilnya kurang memberangsangkan. Saya tetap simpan satu kepercayaan kuat dalam diri saya; satu hari nanti saya pasti akan berjaya. InsyaAllah...
Kalau orang tanya saya macam mana kembangkan bisnes dengan cepat dalam Public Gold, jawapan saya; pengalaman 7 tahun saya dalam Amway.
Akar tumbuh mencengkam 7 tahun
Walaupun hasil kurang memberangsangkan, tapi saya belajar ilmu dan pengalaman mahal selama 7 tahun.
Selama 7 tahun tak berhenti belajar; bekerja rapat dengan mentor, baca at least sebuah buku setiap bulan, join training setiap minggu, join big event secara puratanya sebulan sekali... selama 7 tahun!
Walaupun hasilnya kurang memberangsangkan, 7 tahun tu telah mengubah diri saya...
Daripada seorang sangat pemalu... tak pandai menjual... saya belajar skill berkawan dengan orang yang saya tak kenal, sampai akhirnya saya mampu convert stranger jadi customer saya.
Daripada langsung tak tahu nak cari duit extra RM10 sebulan (sebab tak ada pengalaman buat bisnes), saya tahu cari duit extra... sekurang-kurangnya RM200 - RM300 setiap bulan - dengan jual produk yang saya suka.
Walaupun nampak kecil, tapi nilai tu besar bagi saya... yang sebelum ni tak tahu nak buat bisnes... tak tahu nak cari duit extra... Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji saya... Sedangkan nak dapat kenaikan gaji tahunan RM200 setahun pun susah.
Daripada bisnes Amway, saya belajar nilai-nilai berharga untuk berjaya dalam bisnes.
Fasa kejayaan berakar umbi
Dari mentorship dalam Amway, saya diasuh sikap suka belajar... suka membaca... suka mencari ilmu... dan hadiri program-program ilmu.
Banyak buku-buku self-help yang disarankan mentor saya dalam Amway telah mengubah hidup saya.
Dan sebahagian dari buku-buku itulah dijadikan senarai bacaan program "Book of The Month" kami - G100 Network.
Pendek kata, banyak perkara yang saya nak buat dalam bisnes PG hari ni, saya sentiasa recall balik pengalaman saya dalam Amway sebelum ni.
7 tahun tu bukanlah sia-sia... Tapi itu fasa kejayaan sedang berakar umbi macam falsafah buluh China.
Buluh dikatakan pokok yang paling cepat kadar pertumbuhannya. Ketika kemuncak pertumbuhan, ketinggiannya boleh mencapai 1 meter sehari. Dan boleh mencapai ketinggian hampir 30 meter hanya dalam masa 60 hari sahaja!
Tak ada mana-mana pokok lain yang tumbuh cepat itu.
Rahsia pertumbuhan cepat
Tapi... Pertumbuhan cepat tu tak berlaku dalam masa sehari, sebulan atau setahun. Ia ambil masa beberapa tahun!
Sekurang-kurangnya 2 pertama tanpa nampak sebarang pertumbuhan di atas tanah.
Walaupun tak nampak apa-apa berlaku, bukan bermaksud pokok buluh tu mati. Sebaliknya, beberapa tahun tu proses akarnya tumbuh mencengkam ke dalam tanah.
Pokok buluh tu tak akan capai ketinggian secepat 30 meter hanya dalam masa 60 hari tanpa ianya disiram dan dibajai selama beberapa tahun sebelumnya.
Tanpa akar yang kuat, pokok buluh tu tak akan capai ketinggian 30 meter hanya dalam masa 60 hari!
Apa yang kita boleh belajar dari pada pokok buluh China ni, kejayaan besar perlukan masa yang lama untuk bina asas yang kukuh.
Kalau tengok orang lain berjaya lebih cepat dari kita, janganlah mudah patah semangat dan putus asa. Jangan ukur kejayaan dia tanpa tengok sejarah hidup dia sebelum tu.
Setiap kita perlukan masa yang cukup untuk "membina diri" kita yang baru, sebelum cipta kejayaan yang besar.
Semua orang lalui jalan yang sama
Jangan sesekali berlumba dengan sesiapa, sebab setiap orang bermula di garisan yang berbeza. Tapi berlumbalah dengan diri kita sendiri... untuk sentiasa jadikan diri kita lebih baik dari semalam.
Kita nak bina kehidupan kita sendiri, bukannya nak berlumba dengan sesiapa.
Setiap kejayaan besar, semuanya bermula dari bawah...
Bak kata Robin Sharma,
Every master was once a beginner,
Every pro was once an amatuer,
Every icon began as unknown.
Sesiapa pun tak akan capai kejayaan secepat dan sebesar itu, melainkan dia dah pernah lalui proses yang panjang sebelum ni - pengalaman berusaha bertahun-tahun tapi tak menjadi dan hasilnya tak seberapa.
Tapi sebab dia terus berusaha tanpa kenal erti putus asa, itulah giliran dia capai kejayaan yang besar dan cepat.
Saya bersyukur, pengalaman 7 tahun tu (dalam bisnes direct selling) rupa-rupanya sangat berguna dalam membangunkan bisnes Public Gold hingga mencapai lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara hari ni. Alhamdulillah...
Giliran setiap kita pasti tiba
Tanpa pengalaman 7 tahun, saya tak fikir mampu memimpin network yang menggabungkan lebih 1,000 dealer aktif, pelabagai latarbelakang pendidikan, kerjaya dan tahap kehidupan, serta pelbagai kaum, bangsa dan agama (dan negara).
Tapi masing-masing bekerja membina masa depan bersama, saling tolong menolong dan bersatu hati macam sebuah keluarga yang besar.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Giliran setiap kita pasti akan tiba, kalau setiap kita sanggup buat perkara yang betul dengan sabar, tanpa kenal erti putus asa. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
26 Mei 2024
18 Zulkaedah 1445H

Bila bercakap tentang "growth", kita sering terfikir apa yang tumbuh atas tanah. Walhal sebelum tumbuh atas tanah, pertumbuhan tu kena berakar dan mencengkam kuat ke dalam tanah dulu. Begitulah juga kita dalam mencipta kejayaan.

Kalau ada seorang yang boleh saya gelarkan mentor dalam bisnes, maka mereka adalah orangnya. Hajjah Nortini dan suaminya Allahyarham Haji Ramly Abu Bakar. Beliau adalah Executive Diamond Amway Malaysia. Mereka berdualah yang sanggup 'mencemar duli' membentuk kami berdua, daripada tak pandai buat bisnes, sampailah kami tahu cari duit extra dalam bisnes. Semuanya bermula dengan mentorship beliau. Selama 7 tahun kami lalui proses "membina diri" di bawah bimbingan beliau. Moga Allah rahmati mereka berdua.

Selama 7 tahun kami menjalankan bisnes sebelum kami jumpa bisnes Public Gold. Walaupun hasilnya tak seberapa ketika menjalanya banyak bisnes sebelumnya, tapi kami tak pernah give-up. Malah kami sangat percaya, satu hari nanti kami akan cipta kejayaan besar dalam bisnes.

Kalau ada orang kedua yang kami anggap mentor dalam bisnes, mereka adalah orangnya. Pasangan muda Vincent & Rina Yong, Diamond Amway Malaysia. Daripada mereka, kami belajar membangunkan bisnes secara bersistem dan profesional. Rupanya tak perlu pun program motivasi terjerit-jerit untuk cipta kejayaan membangunkan pasukan yang kuat. Ia hanya tentang "sistem" jadi diri kita dalam versi yang lebih baik.

Kalau ada seorang yang saya anggap idola sebagai leader dalam bisnes, maka dia adalah orangnya; Mr Matthew Du. Beliau adalah Founders Crown Ambassador, Amway China. Ketika ikuti Britt Worldwide National Conference di KL pada tahun 2009, beliau adalah salah seorang guest speaker. Saya kagum dengan 'sentuhan' beliau, banyak keluarga kehidupannya berubah. Beliau tak bercakap tentang duit, kekayaan dan kemewahan, sebab duit bukan lagi persoalan penting dalam hidup dia. Tapi tentang berapa ramai kehidupan berubah asab sentuhan kita. Ini salah satu dream chart yang saya buat pada tahun 2009. Selepas 15 tahun, dream ni jadi realiti untuk diri saya. Alhamdulillah...
Coretan FB berkaitan:
- Falsafah buluh Cina - Ustazah Nor Azah (2022)
- Secara rasminya lebih 500,000 penyimpan emas! (2024)
- Syabas atas pencapaian 500,000 penyimpan emas! - En Syukor (2024)



