MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berjimat-jimat Dulu, Tapi Bukanlah Selama-lamanya…

March 22, 2024

Walaupun banyak pilihan makanan, selalunya menu rahmah (harga tak lebih RM5.00) juga yang kena selera saya. Sejak dulu sampai sekarang... 

Dulu pilih menu rahmah sebab itu jer yang mampu... Satu lauk, sayur sikit, letak kuah dan air suam. RM3.00... Itu harga menu rahmah kira-kira 15 - 20 tahun dulu... 

Tapi sampai sekarang saya masih lagi pilih menu rahmah, sebab memang itu yang kena dengan selera saya... 

More...

Harga seketul hati ayam, dua ketul pedal, telur masin separuh, nasi separuh (tak larat makan sepinggan), dan air suam... RM5.00 semuanya... Alhamdulillah...

Kos sara hidup masih rahmah

Walaupun harganya rahmah, pada saya ini sudah cukup mewah... Mewah dan menyelerakan... Alhamdulillah... 

Kalau kita perhatikan, kos sara hidup selalunya tak besar... Yang besar tu kos gaya hidup...

Kos makan kenyang, kos pakaian, kos tempat berteduh, kos bergerak dari point A ke point B masih lagi rahmah...

Tapi kos gaya hidup memanglah tak pernah rahmah... 

Harga secawan kopi Starbuck tu boleh makan kenyang sehari... Kos lepak di tempat-tempat 'healing' tu pun mungkin cukup untuk tambah tabungan 10% daripada gaji setiap bulan.

Bukan salah nak lepak ataupun healing sesekali di tempat-tempat macam tu. 

Sebelum fikir nak lepak di tempat macam tu, pastikan adakan tabungan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan gaji dulu... Dan mampu menabung sekurang-kurangnya 30% dari gaji setiap bulan... 

Pra-syarat nak bermewah

Kalau tabungan pun tak ada, hutang pun sesak nak bayar, kos nak nak masuk sekolah dan nak renew road tax insuran kereta pun jenuh kena korek tabung sana sini, lupakanlah dulu "gaya hidup" tu dulu... 

Selagi tahap kewangan masih lagi "kais sebulan makan sebulan", itu belum masanya lagi nak bermewah-mewah.

Lebih baik fokus menabung dulu, kumpul harta dan bina kekayaan dulu... 

Bila dah sampai tahap jumlah simpanan dah cukup 1 - 2 tahun gaji, passive income pun dah boleh cover kos gaya hidup (walaupun tak bekerja), bermewahlah dan bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan limpahkan kepada kita... 

Selagi belum sampai ke tahap itu, berjimat-jimat dulu... Tapi bukanlah selama-lamanya...

Jadi bersabarlah dulu...

Zulkifli
Cyberjaya
20 Mac 2024
9 Ramadhan 1445H

#MenuRahmah #TipKekayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>