MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Bawa Anak ke Masjid Kalau Sukar Dikawal – Dr Zaharuddin

March 21, 2024

Bagus ker tak bawa anak-anak ke masjid?

Bukan ker bagus bawa anak-anak ke masjid masa mereka masih kecil supaya biasakan mereka dengan persekitaran yang baik (masjid)?

Tapi bila bawa, rasa risau pulak. Rasa tak khusyuk pulak... Lebih-lebih lagi kalau sampai mengganggu jemaah lain. Dibuatnya mereka berlari-lari sampai terpijak handphone atau spek mata orang... Owh... Itulah yang saya paling risau...

Serba salah...

More...

Jangan bawa kalau sukar dikawal

Berikutan viral dua video jemaah terganggu solat terawih hari tu (iaitu yang pukul kepala jemaah perempuan tengah solat dan yang tarik kerusi sampai terjatuh lelaki tengah solat bahkan sampai masuk hospital), Ustaz Dr Zaharuddin tampil bagi penjelasan supaya kita faham.

Penjelasan beliau lagi;

Jelas... Saya pun belajar sesuatu.

Maksudnya, anak-anak yang belum faham arahan, belum boleh didisiplinkan, sukar untuk kawal, lebih baik tak payah bawa ke masjid.

Supaya tak mengganggu orang lain sedang solat.

Tapi saya terfikir, bukan ker ada hadis yang cucu Nabi s.a.w.?

Ini penjelasan Ustaz,

Nabi s.a.w. kawal cucunya sendiri

Persoalan saya selama ni pasal isu bawa anak-anak ke masjid akhirnya terjawab. Alhamdulillah...

Kalau anak rosakkan barang jemaah

Kalau anak-anak merosakkan barang jemaah, ibubapa wajib ganti balik.

Dibimbingi ia akan dikira hutang yang mana orang mati syahid pun terhalang untuk ke Syurga gara-gara hak orang lain tak dipulangkan.

Sambung beliau lagi,

"Kaedah dhaman itlaf terpakai kepada kes langgar, calarkan kereta orang kemudian lari walaupun tak sengaja. Juga termasuk rosakkan harta, barang, rumah orang. Kena ganti @ maaf, bimbang jadi hutang & tersangkut roh kerananya" - Dr Zaharuddin.

Mudah-mudahan kita (ibubapa) belajar sesuatu. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
21 Mac 2024
10 Ramadhan 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>