MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Besarnya Risiko Perempuan Jika Terkahwin Lelaki Yang Salah

March 20, 2024

Bila tiga anak perempuan saya yang makin dekat dengan usia dewasa, barulah saya sedar... Perempuan sebenarnya kena lebih teliti berbanding lelaki dalam hal mencari pasangan.

Memilih bakal suami, sebenarnya memilih IMAM dalam hidup mereka.

Mereka pilih imam, bukan makmum...

Imam yang akan memimpin dia dan anak-anaknya, samada ke Syurga ataupun ke Neraka (semoga Allah melindungi kita).

More...

Azab tersalah kahwin penagih dadah

Bila dah pilih, KUASA VETO berada di tangan suami.

Suami tu nanti akan berikan kesan besar terhadap masa depan mereka dan anak-anak.

Ketika musibah 2 tahun saya terpenjara, saya sempat kenal seorang penagih dadah yang sudah 10 kali masuk penjara.

Disebabkan dah tak tahan dengan suami yang tak berubah-ubah, bertahun-tahun si isteri habis duit dan masa "ikat jamin" suami, ulang-alik tengok suami di penjara dan mahkamah, akhirnya isteri dia minta fasakh (cerai).

Ketika program 'orientasi' banduan baru di Penjara Kajang, seorang warden tanya banduan tersebut, "Kau bercerai sebab apa?".

Jawab dia, "sebab tiada kesefahaman".

Dan dan dekat situ juga dia kena sindir dengan warden penjara!!!

Tak serik-serik, tak nak berubah

"Kau dah 10 kali masuk penjara, isteri mana yang boleh tahan?!!!". 

"Dah 9 kali isteri bagi kau peluang dan bersabar, tapi kau tetap tak berubah-ubah! Itu bukan sebab tak ada persefahaman. Tapi kau tu yang tak berubah!"

Begitulah lebih kurang sindiran dari seorang warden penjara yang berpangkat "Koperal".

Sebenarnya itu bukan kes terpencil. Hakikatnya, penjara-penjara di Malaysia majoritinya dipenuhi dengan banduan lelaki.

Apa yang lebih buruk, saya difahamkan 80% penghuni penjara ialah mereka yang melakukan kesalahan berulang! Tak serik-serik... 

Isteri-isteri banyak bersabar...

Sudah lah nafkah tak bagi. Bila masuk penjara, isteri nak kena jamin turun naik mahkamah sampai berbelas kali!

Itu belum lagi cerita kesannya kepada anak-anak... 

Isteri kena tanggung biawak hidup

Si suami betul-betul jadi biawak hidup... Bukan sekadar tak function, tapi jadi beban untuk isteri...

Saya sebagai ayah yang ada anak-anak perempuan remaja, pastinya saya akan campur tangan dalam menentukan kepada lelaki mana saya nak serah amanah menjaga anak-anak saya nanti.

Bukannya main terima sahaja.

Kerana siapa bakal suaminya nanti akan berikan kesan besar kepada dirinya dunia mahupun akhirat.

Daripada terkahwin dengan lelaki yang salah, hidup membujang mungkin lebih membahagiakan...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
20 Mac 2024
9 Ramadhan 1445H

“Lelaki (suami) itu pemimpin bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah daripada hartanya...” (Surah An-Nisa' 4 : 34)

Saya puji cara perempuan ni. Dia dah ada kriteria lelaki yang dia nak hidup bersama sepanjang hayat dia.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>