[Kemaskini 19 Mac 2026]
Bila ada duit, godaan berbelanja sangat kuat.
Bukan sahaja kalau dah ada duit, bahkan bila dapat tahu akan dapat duit (macam akan dapat duit bonus) pun, kita dah siap-siap fikir nak beli itu dan ini.
Rasa PERLU beli itu... rasa PERLU beli ini...
Setiap apa yang nak dibeli, kita dah siapkan dengan alasan kukuh... kenapa perlu beli itu... dan kenapa perlu beli ini... Pandai sungguh otak kita buat justifikasi untuk menyedapkan hati... 🙂
Kalau trend ni berterusan, kekayaan kita susah bertahan... apatah lagi untuk berkembang.
Sebelum bocor lebih parah, kena tutup ruang-ruang yang boleh menyebabkan duit kita bocor.
Pengalaman saya, kalau simpan duit dalam akaun bank biasa, mudah sangat duit tu bocor.
Jadi untuk pastikan duit simpanan bertahan lama, ini antara 3 kaedah yang saya buat;
#1 – Simpan TABUNG HAJI, ‘hilangkan’ bukunya
Untuk duit simpanan jangka pendek dan sederhana (kurang 2 tahun), saya simpan dalam TABUNG HAJI. Saya buat potongan gaji masukkan terus ke akaun Tabung Haji.
Buat potongan gaji supaya auto-menabung setiap bulan.
Tak perlu lagi buat 'decision' setiap bulan samada nak menabung ataupun tak menabung.
Kemudian, saya 'hilangkan' bukunya - hantar buku ke kampung! 🙂
Bukunya saya ‘hilangkan’ untuk 'melupakan' simpanan dan susahkan pengeluaran...
Kalau selalu ingat-ingat, duit tu cepat bocor.
Bila buku tu hilang, nak keluarkan duit pun susah... Duit dalam akaun Tabung Haji tu tak boleh dikeluarkan tanpa ada bukunya sekali.
Dengan cara ni, duit simpanan sentiasa bertambah setiap bulan... tapi nombornya tak nampak. Saya tak tahu berapa jumlah sebenar duit yang dah tersimpan dalam akaun tu.
Dan yang penting juga, saya tak linkkan akaun Tabung Haji dengan mana-mana akaun bank lain (e.g. ATM Bank Islam, Bank Rakyat dsb).
Jadi baki semasa akaun saya tak tahu... Nak agak susah nak dikeluarkan...
Kalaupun nak pakai duit, saya kena cari duit lain dulu... Maka duit tu akan lebih bertahan lama.
#2 - Tukar duit kepada EMAS
Duit simpanan jangka sederhana dan panjang (2 - 5 tahun), saya tukarkan kepada emas.
Sejak pertama kali menyimpan emas (tahun 2010), saya belum lagi menjualnya. Setiap tahun saya pastikan kepingan-kepingan emas saya bertambah.
Hingga ke saat saya menulis artikel ni, belum lagi terfikir nak menjual emas-emas tu... Sebab saya jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya.
Lagi satu sebab, saya tak tahu kenapa rasa terlalu sayang untuk jual emas-emas tu. Walaupun harga emas dah naik (dah untung), saya tetap rasa sayang nak jual...
Emas tu ada kesan emosi...
Mungkin sebab emas tu cantik... dan memang Tuhan jadikan manusia memang sukakan emas.
Berbeza dengan simpan duit.
Bila ada duit, kita rasa nak berbelanja... Tapi bila ada emas, rasa nak menyimpan.
Dan itulah juga feedback yang saya dapat daripada ramai penyimpan-penyimpan emas. Rasa sayang yang kuat dengan emas itu membuatkan ‘duit simpanan’ kita itu lebih bertahan lama.
Biasanya, emas adalah aset kedua terakhir yang mereka akan jual (sebelum jual rumah) bila nak pakai duit. Kalau mereka jual emas, biasanya mereka dah terdesak... Dah tak ada duit lain dah.
#3 - Beli HARTANAH dan disewakan
Untuk duit simpanan jangka panjang (5 - 10 tahun), saya suka beli hartanah (rumah yang boleh disewakan).
Bila beli hartanah, kita sebenarnya sedang buat simpanan jangka panjang.
Nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun. Lagi baik jika hartanah itu mudah disewakan dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bank yang kita bayar.
Suatu hari nanti, kalau benar-benar nak pakai duit, ia mudah dijual dengan harga yang lebih tinggi, insyaAllah.
Ada sebuah rumah yang saya beli, pemilik lama beli rumah itu pada akhir tahun 2008 dengan harga RM120,000. Dia bayar bank sekitar RM600 sebulan, tapi ketika saya beli rumah tu, dia sedang sewakannya dengan kadar RM750 sebulan (walaupun kadar sewaan semasa RM900 – RM1,200).
Selepas ditolak yuran penyelenggaraan RM50 sebulan, dia dapat ‘tambahan gaji’ sebanyak RM100 sebulan kerana membeli rumah itu.
Hilangkan nombor dalam fikiran
Tahun 2015 (selepas 7 tahun), dia nak berpindah balik ke kampung halamannya dan menjualkan rumah tu kepada saya pada harga RM215,000!
Saya kira-kira, dia dapat ‘cash out’ sekurang-kurangnya RM100,000 (selepas ditolak susut nilai pinjaman)!
Katakanlah dia cuma keluarkan modal RM20,000 untuk beli rumah tu (selebihnya pinjaman bank). Ketika dia nak jual, duit tu dah berganda jadi RM100,000. Ia berganda sebanyak 400%!
Jadi dengan beli hartanah, bukan sahaja duit simpanan tu selamat dari ‘kebocoran’ dan bertahan lama, bahkan ianya terus berganda, insyaAllah...
Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi inilah cara berkesan untuk saya.
Kesemua 3 cara itu sebenarnya cara MENGHILANGKAN NOMBOR-NOMBOR itu dari kepala kita. Nombor-nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja.
Walaupun kewangan itu soal MATEMATIK, tapi selalunya kita kalah dengan EMOSI kita sendiri...
Allahu a’lam.
“Faktor utama yang menentukan masa depan kita bukan (faktor) ekonomi, tetapi (faktor) psikologi” – Jim Rohn
Zulkifli
Damansara Damai
25 April 2015
6 Rejab 1436H
Artikel berkaitan:
- Kewangan Bukan Sekadar Matematik, Tapi Juga Tentang Emosi
- Emas Sebagai Simpanan Paksa dan Lupa
- GAP Auto-Debit, Kaedah Terbaik Menabung Secara Konsisten
- Beli Hartanah Sebagai Insuran Kekayaan
- Emas, Simpanan Untuk Dilupakan
- Pelaburan Terbaik Untuk Orang Pencen
- Teknik Berkesan Menabung Hingga Mencapai RM100,000!



Alhamdulillah. Perkongsian yg hebat Tuan Zul.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
As salam En Zul,
Kalau sy beli hartanah berupa tanah lot. Berbaloi tak dari sy beli rumah?
Wslm En. Nizam,
Boleh juga. Saya prefer beli rumahs sebab boleh disewakan. Diwaktu kita ‘menunggu’ tu, ada hasilnya.
Assalamualaikum…
Setuju dengan simpanan emas, sampai sekarang bar saya masih tersimpan. terpelihara dan tak tergadai. Mungkin Plastiknya sudah berdebu ditindih habuk. hehehehe
Wslm En. Hanis.
Alhamdulillah… 🙂
Assalamualaikum wbkth..
Mohon perkongsian tn.. Amat termotivasi dgnnya. Alhamdulillah.. Barakallah
Wslm Pn. Ummi,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Slm Encik Zul..
Bagaimana dengan membeli tanah bendang/sawah ye?
Adakah dikira sebagai pelaburan hartanah ataupun hanya sekadar menjadi aset sahaja?
Adakah berbaloi membuat ‘personal loan’ untuk membeli tanah bendang tersebut?
Terima kasih sudi menjawab.
Wslm.
Wslm En. Tariqz,
Bagi saya beli tanah pun bagus. Cuma tanah perlu diusahakan untuk mendapat hasil seperti rumah sewa. Dan ia tak semudah jual rumah.
assalamualaikum wbt tuan.
saya baru berjinak2 dengan produk emas ni. Apa pendapat tuan tentang “Safeena Gold Gallery (reg. no: IP0386035-U)”
terima kasih.
Wslm Pn Rohana,
Saya tak berapa tahu pasal company tu. Lebih baik tanya terus dealer dia. Cuma kalau beli emas utk dapat harga tertinggi bila nak jual balik nanti, kena pastikn 5 kriteria penting;
1. Harga per gram murah
2. Susut nilai rendah
3. Stok tiada had
4. Cawangan jual beli banyak
5. Syarat jual beli tak cerewet
Utk faham 5 kriteria penting tu, boleh baca artikel sy di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .
salam tuan….saya ingin bertanya antara kaedah terbaik dalam pelaburan hartanah….adakah membeli tanah lot kediaman atau pertanian tuan?
Wslm En. Ridzuan,
Pasal tanah ni, macam-macam strategi. Tapi asasnya, (1) buy low sell high, (2) usahakan tanah supaya dapat jana pendapatan bulanan.
Saya ada membeli sijil SSP, mulanya suka-suka sebab BSN dekat dengan rumah, senang nak keluar kononnya. Tapi bila dah simpan, dan pernah menang cabutannya, rasa nak tambah aje pulak:-)
Best tu kalau memang.. 🙂
SSP tu patuh syariah ke Pn Maizura ?
As salam tuan…apa pula komen tuan tentang penyimpanan duit melalui pelaburan dalam unit trusts?
Wslm En. Syahir,
Untuk simpanan tunai, saya prefer Tabung Haji jer sebab ia boleh dikatakan tiada risiko (secara langsung) dan tiada caj sebagaimana unit trust.
assalam tuan Zul..
alhamdulillah.. perkongsian yang sangat menarik
Saya ni seorang pelajar dan berumur 18 tahun..
boleh tak berikan beberapa tips untuk saya menguruskan kewangan saya atau cadangan buku pengurusan kewangan untuk dibaca…
terima kasih
Wslm En. Mad,
Alhamdulillah.
Bagi umur muda macam En. Mad, saya syorkan fokus jana pendapatan dulu, samada dengan bekerja atau mulakan bisnes sendiri. Bila dah ada pendapatan, baru mulakan membaca buku-buku kewangan. Ilmu-ilmu kewangan akan lebih mudah kita faham bila kita dah ada punca pendapatan.
Slm tuan zul.sy ade beli rumah teres.hrga 160k.belum siap sepenuhnya.byran loan bank 800sbln..tp market sewa sekitar 500 sahaja.ape pndgan tuan zul .adakn ini hutang jahat atau pelaburan yg baik di masa akn dtg.tq
Wslm En Lie,
Itu bergantung apa tujuan En Lie beli rumah. Kalau beli rumah dah disewakan dan boleh menjana pendapatan, itu boleh jadi hutang yang bagus. Sewa rumah boleh meningkat dalam beberapa tahun lagi. Kalau beli untuk duduk sendiri, itu bukan hutang yang bagus. Ia adalah liabiliti (bebanan kewangan).
As Salam…
Tuan
Saya ingin pandangan tuan… saya ada sebidang tanah lot rumah keluasan 60×90..di kawasan agak terpencil tetapi di kawasan berkenaan sudah ada banyak rumah dibina dan diwar-warkan akan dijadikan kawasan berhampiran sebagai tempat bersejarah (pelancongan)..tetapi dengan keadaan beban kewangan yang saya sedang hadapi sekarang rasanya saya terpaksa lepas aset berkenaan untuk saya settlekan apa yg patut dan buat simpanan sedikit.saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM25K..tetapi saya ingin lepaskan RM70k ..sudah ada yang berminat utk membeli…
mohon pandangan dari tuan..terima kasih..
Wslm Pn Faezah,
Tak apa, jual tanah tu dah fokus selesaikan masalah kewangan. Nanti bina semula kekayaan bila kewangan dah ok.
Alhamdulillah, 1 sumber inspirasi tuk menyimpn n melabur 🙂
Alhamdulillah..
terima kasih..tuan..moga ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita semua dan dirahmatiNYA..selalu..amin..
Sama-sama puan. Amiin ya Allah.
Assalam tuan.
Saya berminat utk membeli rumah dan menyewakannya tapi saya tiada modal utk membayar depositnya. Apa perlu saya buat?
Wslm En. Fauzi,
Memang kena simpan duit untuk cukupkan modal. Tak ada short cut.
alhamdulilah…sejak baca blog dan buku tuan…keinginan yg kuat untuk memiliki dan membeli aset. skrg saya sudah memiliki rumah dan waktu ini dalam proses membeli 1 lot tanah. wassalam
Alhamdulillah En. Ramli. Saya gembira mendengar perkembangan positif kewangan En. Ramli.
Simpanan tabung haji alhamdulillah dah berjaya dilaksanakan. Emas yang saya ade pun rase ‘malas’ nak jual balik. Cume sekarang masih berkira-kira untuk membeli hartanah kerana memerlukan kos jugak tu.huhu. Doakan saya berjaya mengawal emosi dan terus kukuh dalam perjalanan financial freedom 😉 Aminn
Alhamdulillah. InsyaAllah..
Hurmm… Saya dah lama linkkan Maybank dengan TH.. Memang duit sentiasa bawah RM10 kat akaun TH.. 🙁 Macam mana laa nak ceraikan Maybank dengan TH nie? 🙁
🙂
Assalamualaikum..tuan ..saya ada banyak loan dgn bank. Loan kereta,loan peribadi,..sampai tertunggak pun ada sebab gaji cukup-cukup makan. Saya ada buat simpanan dalam tabung haji secara potongan gaji,tapi ada link.dengan kad bank.islam. Jadi duit tak sentiasa bertambah sebab selalu keluarkan bila cukup bulan. Jadi.macam mana caranya saya nak melunaskan hutang saya yang banyak tu?
Wslm En. Abdullah,
Untuk langsaikan hutang-hutang tu, memang tak ada short cut. Macam mana teknik sekalipun, ia tetap perlu dibayar dengan duit kita juga. Kalau masalah dah teruk, mungkin boleh pertimbangkan jual harta yang ada. Kalau tak cukup juga, kena kerja lebih keras untuk tambah pendapatan, samada:
1. Cari kerja part-time,
2. Cari kerja lain yang boleh bagi gaji lebih baik (bagi swasta),
3. Mulakan bisnes sendiri, atau
4. Kurangkan belanja bulanan yang bukan keperluan.
Dari sudut disiplin kewangan untuk langsaikan hutang, boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html
Masalah yg sama, ramai orang hadapi 🙁
Bagi saya yang paling kurang risiko adalah simpan di tabung haji. Yang paling mendatangkan keuntungan yang tinggi adalah hartanah. Saya pun dah bergiat aktif dalam kedua-dua ni sekarang..
tuan nk tnya, kalau kita nk simpan duit kat bank yg tak ada kad utk ambik ke kat asb/ tbung haji? mohon pcrhan tq
Saya kurang jelas persoalan En. Mahmud? Apa maksud soalan En. Mahmud tu?
As salam Tuan zul…alhamdulillah blog Tuan membuatkan saya tersedar dan merubah sistem kewangan saya…mudah mudahan saya berjaya…begitu juga Tuan…Alhamdulillah…
Wslm Kak Bed,
Alhamdulillah… InsyaAllah kak.
Salam tuan,
saya suka baca hasil tulisan tuan. Sangat memberi motivasi lebih2 lagi untuk bebas hutang. Alhamdulillah, sedikit-demi sedikit saya mendapat ilham dan ditunjukkan jalan olehNya untuk bebas hutang setelah membaca beberapa artikel di website ini. terima kasih dan teruskan menulis…
Wslm Puan,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel di blog ini bermanfaat, insyaAllah.
mmg syg nak jual gold dr guna duit smpnn sndr untuk berblnja krn emas itu duit.simpnn untk anak-anak sbnrnya.itu fokus utama.apa yang sdh ada memadai:pasangan, anak-anak,rumah ,motor, kereta dll.sekrang zaman gawat.survive apa yg ada.sama ada smpnn duit, emas, saham dan hartanah terpulang pd keupayaan masig2.tgk orang yg rendah dr kita..alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Assalamualaikum En. Zul ,sy nak bertanya berbaloikah,sy membeli rumah rm200k & tempat di situ banjir, & rate yang disewakan sekadar RM400 sahaja,loan bulanan RM1300,Patut saya jual ke apa rumah tue,hanya untuk pandangan & pendapat En.ZUL
Wslm En Farizuwan.
Kalau ikut kiraan tu, memang tak berbaloi.
Duit bocor (cashflow negatif) RM900 (RM1,300 – RM400) gara-gara pengang rumah tu.
Kalau saya di tempat tuan, saya akan jual rumah tu. Lepas jual, boleh tambah tabungan at least RM900 sebulan dan tak perlu sakit kepala jaga rumah dan penyewa.