"Pergi la beli emas di tangan individu... Untung sambut timbul, untung batu tenggelam!"
Itu respond saya bila ramai yang triggered dengan posting FB Tuan Azizi Ali pasal risiko beli emas "pre-loved". Tapi saya yakin, kebanyakannya ialah individu yang jual emas pre-loved.
Kononnya posting tu “tabur pasir dalam periuk nasi orang”.
Hakikatnya mudah je... Kalau betul, kita kata "betul". Kalau tak betul, kita kena berani kata "tak betul". Walaupun ada yang tak puas hati.
Bila Tuan Azizi Ali bongkar scammer emas, beliau dapat tuduhan yang sama;
👉🏻 “Tabur pasir periuk nasi orang lain.”
More...
Risiko sebenar beli emas dari individu
Saya yakin, siapa yang biasa berjual beli emas dari tangan individu, satu perkara yang dia paling risau;
Siapa yang biasa berjual beli emas tangan kedua ni, dia tahu — soalan paling besar dalam kepala ialah:
👉🏻 Boleh percaya ke orang ni?
Tak kisah dia nak beli emas ataupun jual emas. Masing-masing berpotensi berurusan dengan penipu!
Persoalan, siapa boleh bagi jaminan transaksi tu selamat tanpa sebarang risiko penipuan?
Dan bila dah kena tipu, memang senanglah nak cakap, “Report polis je lah.”
Tapi persoalannya — duit tu boleh dapat balik dengan mudah ke?
Atau akhirnya kena keluar duit lain pula untuk kejar duit yang belum tentu boleh dapat balik?
Pengalaman saya sendiri — dulu pun pernah terjebak
Sebelum jadi dealer aktif, saya pun dulu galak juga berjual beli emas pre-loved ni.
Kononnya boleh dapat harga lebih murah. Bila jual balik, boleh untung lebih sikit daripada komisyen dealer Public Gold.
Tapi realitinya tak seindah apa yang saya fikirkan...
Antara pengalaman yang saya sendiri pernah lalui:
- Pernah beli emas condition tak sama seperti diiklankan.
Seller tak beritahu awal-awal... sampai dah jumpa baru nampak barang tak elok. Buang masa, buang tenaga!... - Kebanyakan urusan dengan stranger.
Berurusan dengan orang yang saya langsung tak kenal. Macam-macam risiko boleh jadi.
Ingat kes perempuan kena samun dan bunuh hari tu - gara-gara dia pakai barang kemas macam COD barang yang dia jual? Jangan pandang ringan...
Baca 👉🏻 Kes bunuh Norshamira: Polis tahan pekerja pajak gadai untuk bantu siasatan - Astro Awani - Pernah kena tipu — lebur 2 dinar dengan “trusted seller”!
Sebelum tu semuanya elok je urusan dengan dia. Tapi kali tu, bukan saya sorang — ramai lagi yang jadi mangsa...
Dan selepas 15 tahun dalam dunia emas, saya perhati satu pola yang sama:
👉🏻 ramai “trusted seller” akhirnya jadi scammer, atau sekurang-kurangnya buat masalah juga!
Bila kena tipu, ramai diam sebab malu
Itu baru pengalaman saya sendiri.
Pengalaman penyimpan emas di bawah bimbingan saya, lagi banyak. Sekarang saya dah bimbing lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Malaysia.
Ramai yang bila kena tipu, mereka tak cerita pada umum sebab malu, sebab aib...
Mereka cari orang yang mereka percaya — dan biasanya, mereka akan cari saya untuk dapatkan nasihat.
Saya dah dengar macam-macam kisah hitam hasil dari urus niaga dengan individu ni:
👉🏻 Ada yang sampai rumahtangga nak bercerai-berai.
👉🏻 Ada yang stress sampai berhutang sana sini, bahkan terfikir nak bunuh diri.
👉🏻 Ada yang sampai masuk lokap, malah ada yang ke penjara!
👉🏻 Ada yang terbeli emas pre-loved yang “berhantu”!
Pendek kata... kalau untung, untung secupak. Tapi kalau rugi, rugi segantang!
Risiko rugi jauh lebih besar daripada potensi untung.
Orang cerdik takkan ambil risiko sebegini.
Kenapa saya pilih Public Gold
Bila kami cadangkan orang buat transaksi dengan Public Gold sahaja, ada pula yang kecam,
👉🏻 “Biasalah... dia ejen Public Gold.”
Tapi cuba fikir dengan logik... Dah lebih 2 juta pelanggan aktif, berapa ramai yang pernah kena tipu dalam jual beli emas dengan Public Gold sepanjang 17 tahun ni?
Jawapannya — tak ada. 100% trusted.
Sebab tu saya yakin — beli dan jual emas melalui Public Gold adalah pilihan paling selamat.
Yang betul kita cakap betul, yang salah kita kena berani tegur.
Kalau Public Gold salah, bagitahu saya.
Saya yakin Dato’ Seri Louis Ng (Founder) takkan biarkan mana-mana customer Public Gold yang tak dapat hak mereka.
Dan saya sendiri pun beri jaminan peribadi kepada penyimpan emas saya:
👉🏻 kalau penyimpan emas saya kena tipu dengan Public Gold, saya akan ganti balik duit mereka, dan bagi lagi gold bar 10 gram percuma sebagai pampasan!
Bukankah ini lebih peace of mind bagi pembeli emas?
Zulkifli
Cyberjaya
17 September 2025
24 Rabiul Awwal 1447H
Artikel berkaitan:
- Terbeli Emas Curi, Tak Pasal-pasal Kena Masuk Lokap!
- Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan!
- Risiko Jual Beli Emas Dari Individu Tak Dikenali
- Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya!
- Jual Beli Emas Melalui Platform Kukuh, Lebih Untung dan Selamat
- Scam Emas, Tidak Wajar Saya Berdiam Diri
- Dealer Yang Nak Customer Kaya, Dia Beri Ilmu. Bukan Jual Stok!



