Tips Jimat RM1,000 Dengan Mudah.my

by on May 14, 2013

Post image for Tips Jimat RM1,000 Dengan Mudah.my

Alhamdulillah… Akhirnya, weekend hari tu dapat juga beli Apple Macbook Air 13″ lepas tertangguh dah lebih 6 bulan. Perlu beli untuk memudahkan kerja “on-the-go” dan lebih ‘mobile’. InsyaAllah, lepas ni semua kerja-kerja bisnes dan blogging yang perlu buat depan komputer, boleh buat pada bila-bila masa dan di mana-mana. Tak payah lagi tunggu balik rumah, atau lepas habis kerja di pejabat. Sambil tunggu seminar bermula pun boleh buat kerja, insyaAllah.

Dah lama plan nak beli Macbook ni. Tapi terpaksa tangguh sebab nak cukupkan simpanan. Kalau ikutkan, duit memang always ready kalau setakat RM4,000. Tapi untuk disiplinkan diri  dengan prinsip “simpan dulu baru berbelanja”, terpaksa tangguh sampai berbulan-bulan. Hasil bisnes setiap bulan, saya allocate sebahagian khas untuk beli laptop. Simpan sikit-sikit. Dah cukup duit, baru beli! Malas berhutang sebab hutang bermaksud kita belanjakan pendapatan masa depan. Duit belum dapat, tapi dah siap-siap dibelanjakan!

Walaupun ada jer tawaran Zero Interest Loan pakai kad kredit, ia tetap ‘rugi’ sebab ia menyuburkan tabiat suka berhutang.

Alah Membeli Menang Memakai

Kenapa beli Apple Macbook? Why not beli laptop biasa jer? Bukan ker lebih murah? Lebih jimat?

Prinsip saya, setiap sen duit dibelanjakan, pastikan puas hati. Jangan sampai ada penyesalan. Just nak share pengalaman saya, setakat pakai Apple iMac (desktop computer Apple) sejak 2008, memang best dan puas hati. Tak ada masalah virus, tak payah nak update anti-virus, tak ada masalah computer hang, tak ada masalah kena reformat dsb. Komputer Apple lebih stable. Bak kata pepatah, “alah membeli, menang memakai”. Alang-alang keluar duit, biar puas hati. Daripada berjimat-jimat, tapi sakit hati sebab masalah remeh-temeh.

Keduanya, dia punya Operating System dan Application lebih efisyen. Kerja jadi lebih cepat alhamdulillah. Cuma masa mula-mula beli dulu, memang rasa susah. Menyesal pun ada sebab tak pandai guna. Tapi lepas dah pandai, alhamdulillah, dah malas bertukar kepada Windows. Satu tips yang boleh saya bagi untuk pengguna baru Apple Desktop (iMac) atau Apple Laptop (Macbook), kalau tak tahu cara guna, boleh search jer di google atau Youtube. InsyaAllah, banyak tutorial percuma boleh dapat kat situ. Pendek kata, apa yang Windows boleh buat, Apple pun boleh buat juga bahkan dengan cara yang lebih pantas.

Sampul simpanan wang

Setiap kali dapat hasil bisnes, saya akan keluarkan sebahagian masuk dalam angpow “Dana Laptop” ni hingga capai target yang saya tetapkan. Dah cukup duit, baru beli. Dana lain tak boleh usik.

Tips Jimat RM1,000 Dengan Mudah.my

Satu tip penting saya nak share dengan sahabat pembaca iaitu, zaman sekarang kita boleh jimat banyak dengan beli barang second hand di mudah.my. Harga asal Macbook Air 13″ RM3,699, tapi saya beli second hand yang baru 6 bulan pakai dengan harga cuma RM2,700! Jimat RM1,000 alhamdulillah. Dan paling penting, masih dalam warranty lagi 6 bulan.

Cuma beli barang online ni kena hati-hati sebab terlalu banyak kes penipuan. Antara tips penting, saya pastikan:

  1. Jual beli secara cash-on-delivery (COD) sahaja. Dia hulur barang, saya hulur duit. Pakai pos saya tak berani kecuali saya dapat kenal pasti kredibiliti penjual tu.
  2. Periksa dulu barang, bila puas hati baru bayar. Mana la tahu barang tu dah rosak atau bermasalah. Kononya nak jimat besar, tapi takut-takut jadi rugi besar.
  3. Pastikan harga berbaloi dibeli. Kalau kena top-up duit sikit jer untuk dapat yang baru, baik beli baru jer. Masa nak beli Macbook ni, ada penjual lain bagi harga RM2,700 juga, tapi barang tu dah pakai lebih 2 tahun. Saya rasa tak berbaloi sebab barang dah agak lama.
  4. Pastikan harganya munasabah. Kalau terlalu murah, mungkin barang tu bermasalah. Masa saya negotiate Macbook ni, saya mintak RM2,500, tapi penjual insist RM2,700 juga. Kalau saya tak nak beli RM2,700, dia tak akan jual. So, saya tahu mesti barang tu masih baik.
  5. Kenal pasti sebab dia nak jual. Biasanya orang jual barang second online ni ada macam-macam reason. Ada yang nak upgrade, nak pakai duit untuk kahwin, tersilap beli, dapat lucky draw, barang tu jarang pakai dsb. Kenalpasti reason dia jual. Antara yang terbaik ialah dapat lucky draw. Barang tu masih baru, tapi dia tolak murah-murah sebab dia nak duit. Kes saya ni, dia nak upgrade – nak beli laptop higher capacity. Mungkin tersilap beli yang lower capacity. Tapi bagi saya, capacity ni dah cukup bagus untuk keperluan saya.
  6. Kenal pasti background penjual. Ini pun penting. Saya pastikan penjualnya muslim sebab saya takut penjual tak declare kecacatan pada barang tu. Kalau muslim, at least dia masih ada pertimbangan dosa pahala. Soalan standard, “condition ok tak?”, “pernah jatuh tak?” dsb. Kalau barang tu digunakan oleh perempuan, mungkin dia jaga elok sikit berbanding lelaki.

Dan satu lagi, saya mintak free delivery. Alhamdulillah, ini bonus untuk saya. Weekend hari tu saya ada Business Conference di Wisma MCA Jalan Ampang. Penjual tu hantar barang terus ke tempat conference. Jimat masa, jimat petrol saya, alhamdulillah.

InsyaAllah, dengan ada Macbook ni, kerja bisnes, kerja update blog dan facebook akan lebih mudah, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
14 April 2013
4 Rejab 1434

Artikel berkaitan:

Facebook mudahnya ada macbook

Jasa MacBook Air pertama sepanjang 10 jam atas bas dari KB ke KL.

{ 25 comments… read them below or add one }

1 Anonymous May 16, 2013 at 10:08 am

Saya dulu mcm2 jenis laptop atau notebook dah guna. Tapi sekarang dah beralih ke samsung note 10.1. Kecil, ringan. Nak on-off pun mudah dan pantas, maklum le org perempuan nakmasuk dalam handbag. Samsung note baru kluar yang saiz 8 in tapi skrin kecik tak puas. Sain 10 in lebih praktikal. Kalau boring2 samsung note ni boleh melukis kartun..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 17, 2013 at 8:02 am

Tq puan. Perkongsian menarik… 🙂

Reply

3 Anonymous May 18, 2013 at 1:50 am

tuan,

apa yg tuan cakap tu mmg BETUL !!! saya dah pakai lebih 3 tahun !!! 10x berbaloi2 … hehehe

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie May 18, 2013 at 4:35 am

Terima kasih tuan atas perkongsian pengalaman yang menarik. Alhamdulillah…

Reply

5 Anonymous June 3, 2013 at 2:30 pm

menarik ni…buat saya terpengaruh juga dgn cara tuan..hebat

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2013 at 3:22 am

Alhamdulillah… Moga bermanfaat, insyaAllah… 🙂

Reply

7 Perfume Malaysia June 3, 2013 at 3:45 pm

Tips yang menarik..terima kasih atas perkongsian

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2013 at 3:22 am

Alhamdulillah… Moga bermanfaat, insyaAllah… 🙂

Reply

9 razif4156 June 26, 2013 at 10:49 am

assalamualaikum…saya razif baru je dapat hari ni apple macbook pro…nak guna pandai sangat..kalau windows dah expert…camne nak lebih extrem dengan penggunaan macbook pro ni ye

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 27, 2013 at 3:49 pm

Wslm En Razif,

Masa baru pakai memang rasa susah sikit sebab tak biasa. Nanti dah biasa ok la tu. Kalau nak belajar apa-apa, boleh buka web apple, cari di goole atau youtube.

Nanti dah expert, dah tak minat pakai Windows dah. 🙂

Reply

11 reezluv July 25, 2013 at 10:08 am

angpow dana laptop tu amat menarik untuk diaplikasikan..terima kasih 😀

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie July 25, 2013 at 10:34 am

Alhamdulillah. Sama-sama amalkan, insyaAllah. 🙂

Reply

13 Hairul Azni Ahmad July 28, 2013 at 6:27 am

Saya memang ada perancangan nak beli Macbook Pro retina Display 13 inci..saya ingat nak praktikkan tips sampul surat yang macam bro buat tu la..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie July 28, 2013 at 8:50 am

Alhamdulillah, moga Allah permudahkan En. Hairul.

Reply

15 ejam July 28, 2013 at 8:13 am

termotivasi pula utk laksanakan sampul dana ni, boleh mulakan secepat mungkin ni.
terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman ini.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie July 28, 2013 at 8:52 am

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga Allah permudahkan En. Ejam, insyaAllah.

Reply

17 Zuan July 28, 2013 at 9:20 am

disiplin menyimpan. sangat setuju pasal ni. sy ada aim membeli nexus. rasa rasa hujung tahun boleh dapat.. ^^,

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie July 28, 2013 at 10:02 am

Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan tuan.

Reply

19 Ummi Hanie July 30, 2013 at 11:18 pm

salam,

terima kasih utk tips dan inspirasi menyimpan dana 🙂

sy pun suka join grup2 brg 2nd hand di facebook skrg ni. byk brg masih dlm kondisi baik dan valuable utk kita + penjimatan 😉

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie July 31, 2013 at 10:49 am

Wslm Ummi Hanie,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Reply

21 adarain August 1, 2013 at 11:40 am

thanks for da tips.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2013 at 3:10 pm

You are welcome.

Reply

23 cg ros December 5, 2013 at 8:51 am

As salam
1. Saya guna kemudahan ‘education plan’ untuk beli Apple Macbook 13 ni. Dapat murah RM200.

2. Cuma perisian publisher office tidak dibekalkan. So terpaksa guna laptop window lain untuk gunakan publisher sahaja.

3. Anyway memang puashati. ….MENANG MEMBELI, MENANG MEMAKAI!

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie December 5, 2013 at 9:11 am

Wslm Cg Ros,

Alhamdulillah… Memang “alah membeli, menang memakai”. 🙂

Reply

25 akasyah February 13, 2014 at 5:21 am

Cg ros bole download parallel apps dari Internet, then boleh install windows 7 untuk guna backup software yg tiada dalam mac OS. Software ni trial untuk sebulan. Jika puas hati boleh beli usd79 otherwise bole uninstall balik. Kelebihannya antara mac OS dan Windows 7 boleh swipe begitu sahaja tanpa restart komputer.

Cadangan shj.

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: