MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Tip Jimat, Minimumkan Tunai Dalam Tangan

April 8, 2013

Ada RM200 habis. Ada RM100 pun habis. Itulah masalah saya kalau ada duit dalam wallet. Kalau tak ada duit, selamat jer duit tu dalam bank. Tapi sekali keluarkan RM100 hari tu, terus habis RM30 tak sampai 30 minit! Macam-macam rasanya yang perlu di beli. Ini antara tabiat baru yang saya sedang biasakan. Minimumkan tunai dalam tangan!

Dulu, saya ada tabiat suka pusing-pusing tempat membeli belah. Tiap-tiap hari Jumaat, mesti pusing gerai-gerai sekitar masjid Bukit Damansara tu. Hujung minggu terapi diri dengan ke shopping complex walaupun cuma satu dua barang jer nak beli. Kalau pasar malam, daripada gerai A sampai Z saya akan pusing walaupun barang yang nak beli cuma satu dua jer. Tapi biasanya, kalau plan nak beli satu dua barang, akhir sekali 4, 5 benda skali bawa balik. Itulah antara punca besar duit saya bocor!

Membeli Belah 10 Minit!

Tapi sekarang alhamdulillah. Saya dah buang tabiat “window shopping”. Kalau pergi pasar malam, terus target gerai mana yang nak pergi. Biasanya saya akan beli buah-buahan, dan makan malam di gerai favourite. Gerai lain saya tak akan ‘pandang’ lagi dah. Kalau pergi shopping complex, strainght to the point! Ambik-ambik barang, terus letak di kaunter bayaran. Kekadang cuma 10 minit jer dah settle! Beli barang apa yang tersenarai jer. Dah tak ada pusing-pusing lagi dah. Anak-anak pun kami tak bawak kalau nak beli barang-barang untuk stok bulanan sebab terbukti banyak habis masa, dan habis duit beli benda yang tak ada dalam senarai sebab desakan anak-anak.

Melancong Bawa RM500!

So, sekarang ni saya memang minimumkan tunai dalam tangan kecuali saya dah kenal pasti apa yang nak dibeli. Spare duit untuk makan, petrol motosikal, dan takut-takut emergency motor pancit dsb. Semua tu biasanya tak lebih RM100 seminggu! Normalnya cuma RM50 jer. Pergi ‘melancong’ ke Cape Town bersama Public Gold hari tu pun saya cuma bawa RM500. Alhamdulillah, ia cukup untuk keperluan di sana dan sedikit buah tangan orang terdekat. Itu jer. Kekadang rasa segan tengok kawan-kawan bershopping sakan, tapi saya berusaha untuk hidup di bawah kemampuan saya. Cuba mengekalkan perbelanjaan saya seperti sedia ada walaupun Allah gandakan rezeki kami sekeluarga berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 cape town shopping

Di Cape Town, tak tahu apa nak beli sebab rasa semua dah ada di Malaysia… (“,)

Apa yang penting, kami sekeluarga happy hidup simple begini… Alhamdulilah… Duit yang ada hari ni bukan untuk dibelanja sepuas-puasnya, tapi untuk hidup hari ini dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya…

Wallahu a’lam.

Tips penting:

  • Minimumkan tunai dalam tangan.
  • Hentikan tabiat suka jalan-jalan tempat membeli belah.
  • Kekalkan life-style macam biasa walaupun income dah berganda.

Zulkifli
Damansara Damai
8 April 2013
27 Jamadil Awwal 1434

Artikel berkaitan:

About the author 

  • Pada tahun 2005, saya melancong ke Istanbul Turki convert RM500 ke US$ dan convert ke matawang Lira, lepaslah beli t-shirt dan tit-bits dan buah tangan termurah mcm fridge magnet dan key chain. Memang segan la tengok kawan2 yang shoppins sakan beli karpet je dekat RM5,000. Orang lain ada kemampuan, kita yang tak mampu bebelanjalah ikut kemampuan, yang penting boleh juga melancong..Tapi sekrang memang dah tak mahu melancong ke luar negara sebab melancong ni kos hangus..elok jimat cermat untuk masa depan anak-anak belajar. Paling best kalau dapat selesaikan semua hutang yang ada. Mcm bos saya yang pencen awal pada umur 50 tahun. Gaji dia bersih langsung tak ada hutang, dan simpanan pun banyak…rajin pulak sedekah belanja staf setiap hari Jumaat..

    • Setuju tu. Yang penting, kita ada simpana yang cukup untuk masa depan keluarga. Dan memang best bila dapat pendapatan bersih, tanpa perlu tolak hutang-hutang. Terima kasih atas perkongsian. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga. Amiin.

  • Hidup di bawah kemampuan.Bukan semua org sanggup lakukan sbb dah terbiasa hidup mengikut kemampuan dan melebihi kemampuan.
    Sejak baca blog ni memang banyak tips/ info/ ilmu yg saya praktikkan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah.

  • Saya pun sekarang nak jimat. Ada keinginan untuk tukar kereta yg bayar bulanan sebanyak RM1000 sebulan. Bila fikir balik, sayang duit tu sebab bukan senang nak kerja utk dapat duit tu. Bayar kereta then kerja keras. Rasa tak berbaloi. Skang dah rela pakai kereta lama walaupun buruk asalkan dpt simpan duit utk masa depan. Org lain mmg asyik suruh tukar kereta tapi poket kita yg kering dan bukan mereka. Tapi sekarang biar kereta lama tapi poket tebal hehehe.

  • Salam.best btl bace blog tuan zul,sy hrap tuan zul dpt meneruskn lg penulisan2 yg mendidik minda kita ttg kewangan.

  • setuju sangat2 dengan cara yang dipraktikkan..saya juga menggunakan cara yang sama dan hasilnya memang sangat memuaskan..saya memang tak akan simpan duit dalam walat lebih dari rm20..kadang rm 5 je yang ada..bila keperluan mendesak contohnya atas benda2 yang penting barula pergi ke atm untuk draw duit..

  • salam…nak tanya pendapat…kalau kt refinance kereta untuk tambah modal berniaga adakah berbaloi…..coz kereta saya tnggl lg 3 tahun….dan saya ingin mengembangkkan perniagaan kerana tumpuan saya sekarang hanya pada perniagaan.

  • Saya berjimat dengan kaedah “envelope wallet” -menggunakan sampul surat. Bila dapat gaji saya akan settle semua bil secara online banking. Gaji bersih akan dibahagikan kepada beberapa kategori sampul surat spt: belanja harian, belanja sekolah anak-anak, petrol, dan kecemasan. Saya akan dapat memantau perbelanjaan, dengan membuat catatan pada sampul dan jika ada sampul yang dah habis maka saya akan gunakan wang dari sampul kecemasan. Saya takkan keluarkan wang lagi dari ATM selepas itu. Di ATM saya akan pastikan masih berbaki RM300 sebulan. Bila gaji masuk bulan depan, baki RM300 tadi akan saya transfer ke akaun tabung haji dan begitulah seterusnya untuk bulan berikutnya. Setiap awal tahun (lepas dividen & bonus Tabung haji masuk) saya akan keluarkan sebahagian untuk beli dinar PG atau KFH Gold bar.

  • Hampir setiap hari saya bawa bekal ke tempat kerja malahan saya pergi kerja bawa motor sahaja.
    Dan memang terbukti ia menjimatkan.

  • Saya berumur 19 dan masih belajar..setiap minggu ayah saya masukan duit belanja sebanyak 100 ringgit,tapi seratus itu x ckop bgi saya,mcm mna saya nk berjimat kepada 50 ingt seminggu…tolong bagi tips sikit..ringan kan beban ayah…

  • Salam. Mana gambar anak-anak tuan? Dulu ada di sebelah kanan laman. Semoga Allah pelihara anak-anak tuan dunia dan akhirat.

  • Assalamualaikum encik. Sy ingin mohon pandangan. Saya seorang pelajar universiti dan bekerja secara sambilan. Namun saya masih tidak mempunyai sebarang wang simpanan. Sy diperkenalkan dgn ASB/RHB loan dgn kadar simpanan bulanan yg serendah RM60 . Namun jika sy terlambat bayar bulanan sy dimaklumkan akan dikenakan bunga dsb.

    Persoalannya disini ialah:

    1)adakah dividen yg diperoleh syubhah?
    2)ada sebarang caDangan bagi simpanan tetap samada sendiri atau di bank yg convenience bg pelajar spt sy?

    Jazakumullah khairan kathira,harap dpt membantu serta trus bg pengisian yg memberi inspirasi serta penuh bermanfaat! 🙂

    • Wslm Cik Anon,

      1. Dividen tu halal sebab majlis fatwa putuskan ASB halal atas dasar maslahah.. Cuma bagi orang yang warak, mereka tinggalkan ASB sebab pelaburannya bercampur halal dan haram.

      2. Simpan dalam Tabung Haji boleh tandingi ASB sebab dividen yang dibayar tu dah nett after zakat sedangkan dividen ASB nampak tinggi, tapi belum lagi tolak zakat 2.5%.

      InsyaAllah Cik Anon. Terima kasih berziarah ke blog ini.

  • Assalamualaikum wbt..

    Panduan yg sangat berguna. Sy pn silent reader blog tuan.. Sbnrnye mmg kite rse peace of mind / happy bile tabungan kita semakin hri semakin meningkat.
    Moga tuan sentiasa sihat agr byk lagi article2 dpt dikeluarkan.

  • saya dah baca entri tuan almost all.
    dan saya ulang baca…best.
    dan saya praktikkan…simpan duit sebahagian sebaik sahaja dapat gaji, but then, saya TERguna jugak duit simpanan tu..adei..

  • Salam , En Zul pertama kali singgah di Blog ini banyak ilmu yang saya dapat. Mohon share dgn ahli keluarga dan rakan 2.terima kasih atas segala tip2 yang bermanafaat .Terima kasih juga buat penulis buku MMR yng memperkenalkan saya dgn bolg Tuan

  • Assalamualaikum

    Semoga Allah merahmati Encik Zul sekeluarga di atas perkongsian ilmu ini. Saya baru berjinak-jinak untuk mengurus kewangan dengan lebih baik. Tiada istilah lewat untuk perubahan yang lebih baik, kan? Doakan saya sekeluarga..terima kasih.

    • Wslm Pn. Nana,

      Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati dan melapangkan rezeki kepada puan sekeluarga juga.

      Betul, tak ada istilah terlewat. Nabi s.a.w. pesan, kalau ada biji benih ditangan sendangkan kita tahu esok akan kiamat, Nabi s.a.w suruh tanam biji benih tu walaupun disisi dunia ianya tak akan berhasil. Tapi disisi Allah, ada nilaian besar kalau kita niat nak buat kebaikan. InsyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum, En Zul saya nak minta pendapat en zul
    Dalam masa terdekat suami layak mengeluarkan uang kwsp akaun 2 nya bernilai lebih kurang 150 k. saya berencana untuk membagi kan uang tersebut menjadi 4 bahagian
    1. Simpanan jangka panjang utk pengajian anak 30 k
    2. Menyimpan dlm bentuk emas 40 k
    3. Untuk dimodal kan 40 k
    4. selebih nya untuk di simpan / menutupi keperluan harian
    untuk pengetahuan tuan saya masih bekerja dgn pendapatan bulanan kotor 2k. sy tidak memiliki apa2 hutang atas nama sy, namun suami memiliki tnggungan keta perbulan Rm 550 ( 3 thun lgi ), rumah rm 700 ( 18 tahun ), perbelanjaan rumah tangga estimat 2 k tiap bulan, anak 3. Masalah nya suami akan berhenti kerja dalam masa tidak lama lagi.
    Saya mohon pendapat tuan utk memberikan saya saran2 yg terbaik utk pengelolaan keuangan saya, karena suami akan berhenti kerja kami berencana utk membuka perniagaan menjual mie rebus, dsb memandangkan suami memang gemar memasak. untuk pengetahuan tuan anak2 kami masih bersekolah, sebab suami menikah dgn sy seumur 35 tahun…sy tidak ada simpanan kecuali kwsp, 3 bln gaji, barang kemas bernilai lbh kurang 30 k. Pandangan dan pendapat dari Tuan amat saya harapkan. Karena tidak ingin tersalah langkah sebab sedia maklum kmi masih mempunyai tanggung jawab terhadap 3 org anak..diusia yg sudah meningkat.
    Terimakasih atas perkongsian Tuan yg selama ini selalu sy ikuti secara senyap..semoga Tuan n keluarga diberikan kesehatan n kesejahteraan sepanjang masa…amin

    • Wslm Puan Eka,

      Kedudukan kewangan puan dan suami buat masa ni bagi saya masih baik. Simpanan yang ada sekarang (termasuk duit KWSP) tu cukup kalau suami puan nak berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Barang kemas yang puan ada itu pun boleh dijadikan modal pusingan untuk bisnes dengan cara pajak di ar-rahnu. Kos sara hidup bulanan pun bagi saya masih rendah. InsyaAllah boleh cover dengan duit hasil bisnes suami nanti.

      Wallahu a’lam.

      • Terimakasih tuan..untuk pandangan tuan.
        Untuk masa ini kos sara hidup memang masih minimum tapi x lama lagi dlm masa 3 tahun anak sulung akan masuk U semestinya perbelanjaan kan bertambah..klw boleh sy x nak membebankan anak sy utk hutang PTPTN karena bgi sy pendidikan anak adalah tggung jwb Org tua. Sekali lagi sy ucap terimakasih pada Tuan sebab sudi berkongsi ilmu pengendalian keuangan yg sedikit banyak jdi bahan rujukan saya utk pengelolaan kewangan sy…
        Semoga ilmu yg Tuan kongsikan menjadi ladang pahala bagi Tuan…Amin..

  • Salam tuan, Saya menjadikan blog tuan sebagai motivasi untuk financial freedom. Saya harap tuan terus menerus memberikan ilmu dan motivasi berkaitan kewangan. Jazakallahu khair tuan.

  • Salam..saya cuma minta pendapat tuan, yang mana satu jadi keutamaan kepada saya .
    1. Membeli emas atau
    2. Tambah ilmu cetak baju atau
    3. Tambah modal bisnes cetak baju

  • Alhamdulillah, semakin hari saya semakin belajar banyak cara untuk berjimat 😉 Dulu saya memang tidak tahu berkenaan pengurusan kewangan semasa mula bekerja. Sekarang sedang cuba menimba ilmu berkenaan pengurusan kewangan dan sikit-sikit nak berniaga kecil-kecilan. Doakan kejayaan saya. Aminn.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.