MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beri Makan Ego Atau Orang Tersayang?

August 9, 2016

Entah macam mana, tetiba saya terfikir nak beli kereta baru, iaitu kereta mewah yang pernah saya tampal dalam carta impian saya satu ketika dahulu. Sedangkan kereta saya yang sedia ada masih baik dan “tip-top”, prestasinya tak kalah dengan kereta mewah yang saya nak beli itu.

Cuma kereta itu dah lama. Usianya sudah mencecah 20 tahun (sebab beli second hand). Jadi bila orang nampak, kekadang timbul rasa rendah diri. Takkan penulis blog motivasi kewangan pakai kereta lama kan? Kalau pakai kereta mewah, nampak la high-class sikit. Lagi pun saya mampu membelinya secara tunai. Jadi apa salahnya hadiahkan diri sendiri kan? (Alasan untuk menyedapkan hati sendiri)

Risiko Bila Rasa Berduit

Lepas lama saya berfikir dan berbincang dengan isteri; sebenarnya, ia bukanlah satu keperluan. Ia hanyalah kemahuan saya yang ‘mengada-ngada’ bila rasa berduit. Bila rasa berduit, mula lah akal tu panjang sikit nak berbelanja itu dan ini. Perkara yang bukan keperluan pun boleh dijustifikasi sebagai keperluan.

Apa yang saya perhati dalam mengurus kewangan, “berduit” itu penting, tetapi “rasa berduit” itu berbahaya. Lagi teruk, orang yang “tak berduit tetapi rasa berduit”. Maka dia akan mula mengumpul hutang. Bagi yang “berduit dan rasa berduit” pula, duit-duit simpanannya akan cepat bocor. Simpan, simpan, bocor. Simpan, simpan, bocor… Kekayaannya sukar bertambah, apatah lagi nak berkembang.

Cara Menutup Akal Berbelanja

Untuk hilangkan rasa berduit, ini yang saya selalu amalkan;

(1) Minimumkan tunai dalam tangan. Selalunya dalam dompet saya hanya ada RM50 – RM100 sahaja sebagai duit poket.

(2) Hadkan simpanan tunai di bank sehingga 3 bulan pendapatan sahaja (sebagai dana kecemasan). Selebihnya saya akan tukarkan aset fizikal (seperti emas, rumah dan tanah) supaya “nombor-nombor” itu hilang!

(3) Kalau ada duit lebihan banyak, saya jadikan deposit beli rumah untuk disewakan. Kalau duit itu tak cukup, saya tambahkan simpanan emas sahaja. Selalunya saya tambahkan simpanan emas sebab ia boleh dibeli sekecil 1 gram. Ia aset mampu milik. Kalau rumah boleh beli sekaki (setiap kali beli), saya fikir saya akan disiplinkan diri beli sekaki sebulan! 😉

Akhir sekali, bila saya renung dalam-dalam, alangkah tak cerdiknya kalau saya teruskan niat beli kereta mewah impian saya itu hanya disebabkan nak tunjuk kepada orang lain supaya nampak “high-class”. Duit habis hanya semata-mata nak bagi makan EGO, sebaliknya bukan kerana nak bagi makan isteri dan anak-anak yang saya sayangi.

Beri Makan Ego atau Keluarga?

Mungkin benar ada yang mengatakan, ramai orang mengalami tekanan kewangan bukan disebabkan KEPERLUAN hidup, tetapi disebabkan menanggung KEMEWAHAN gaya hidup. Bak kata seorang aktor Hollywood bernama Will Smith;

“Too many people spend money they haven’t earned, to buy things they don’t want, to impress people they don’t like”.

Ramai orang sanggup berhabis duit yang belum mereka dapat (dengan cara berhutang) untuk membeli barang yang bukan keperluan mereka, tetapi hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang mereka tak suka. Betapa ruginya berbelanja cara begitu…

Saya sentiasa ingatkan diri sendiri, kalau nak kaya, jangan peduli apa orang kata. Kekayaan itu ialah apa yang kita rasa, bukan apa yang orang kata. Orang boleh mengata apa sahaja, tetapi yang merasai dan menanggungnya nanti ialah kita sendiri juga…

Zulkifli
Damansara Damai
9 Ogos 2016
6 Zulkaedah 1437H

[Kredit foto : norebbo]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Memang benar Tn Zul. Saya dah habis hutang kereta dan memang impian saya nak merasa kereta 4WD pula. EGO. Bila piker balik, keluarga lebih penting.

    Oleh kerana nak menghilangkan rasa ‘rindu’ tsb, sementelah saya bersama keluarga di Alamanda minggu lepas, saya singgah ke pameran kereta yang ada di ruang bawah. Dapat lah masuk dan ‘bau’ kereta baru.

    Bila keluar, balik dan berpijak semula ke dunia asal…hidup perlu diteruskan.

    • Tak apa. Sabar. Kalau dapat apa yang kita nak tu pun, seronoknya sekejap sahaja. Kalau kereta baru, paling lama rasa seronok pun cuma setahun je. Lepas tu dah bosan dan teringin kereta lain pula. Semakin dikejar, semakin juah ianya lari…

  • Assalam..

    En. Zul,

    Kalau nak beli pun boleh, apa salahnya..hadiah untuk diri sendiri. Hasil titik peluh sendiri, memanfaatkan nikmat yang dikurniakan Allah SWT..

    sekadar pandangan..

  • indeed. Apabiila berjuang menentang diri sendiri ramai yang mengalah. Ramai yang rebah dengan kehendak. Ramai yang akhirnya menyesal dan mula menggunakan perkataan ‘Kalau’…..untuk mengubah keputusan.

    Sebab tu saya kagum dengan disiplin tuan Mohd Zulkifli dan Puan Najdah sekeluarga. Jihad – yang paling ramai tersungkur apabila berdepan nafsu dengan meminggirkan akal.

  • Salam Tuan Zul,

    sama plak rasa dgn cerita saya skrg ni,..ramai yg kesah bila saya nk tukar kereta, hehe ..saya rasa kete kancil saya tak der masalah pun setakat nak ulangalik keje 😉 walau umor dh 11thn..nanti-nantilah

  • Baru sahaja berfikir “wah bestnya kawan pergi melancong”..tp tringat goal utk kumpul duit.and entry blog ni sgt memotivasikan saya dan ingat goal kembali.
    Terima kasi En.Zul.

  • Salam. En. Zul, saya tak setuju kalau En. Zul nak beli kereta mewah tapi kalau kereta baru rasanya takpa kut.

  • sebenarnya boleh jika kita hendak membeli ‘barang’ impian kita tetapi jgn lebih dari satu.itu prinsip sy,’satu’ itu beli yg betul2 puashati dan target pakai sampai lunyai,juga boleh dibuat sebagai simbol marketing bisnes.contohnya impian kita nak pakai kereta mewah SUV..beli satu contohnya seperti honda CRV kita beli untuk bergaya dan juga untuk bawak basikal pergi jamboree.
    org akan nampak tauke bawak kereta mahal mudah kita nak meyakinkan atau promote basikal2 yg kita ada..reputasi keyakinan pembeli dgn brand basikal yg kita jual x nampak lekeh..kena pula jika rider kita dapat naik podium,nama kedai kita akan turut terpromosi..so apa kaitan kereta dgn basikal?…semuanya ttg status,pembeli yg ingin melebur duit membeli basikal2 yg berharga 3k keatas akan melihat sedikit sebanyak situasi ini..
    xkan nak bawak kereta kancil dgn basikal2 yg mencecah 10k untuk pergi jamboree..kemudian promote ttg kedai kita?..apa pandangan custumer baru yg tidak kenal kita?…mesti nampak mamat ni menjual barang tepi jalan,nak cari duit side income ler tu…hehe
    hanya sedikit pandangan sy tuan,jika salah harap maafkan..TQ

    • Mungkin betul pada situasi tuan.

      Tapi pada situasi saya tak begitu perlu. Pengalaman saya sebagai ejen emas Public Gold, saya tak perlu tunjuk kereta apa yang saya pakai. Yang mereka nak tahu hanyalah sejauh mana saya boleh guide dengan ilmu yang betul tentang emas. Mungkin saya satu-satunya “tokey-emas” yang pakai kereta cabuk… 😉

      Lagi pun saya tak mahu dikenali sebagai orang berada. Biar saya pergi mana-mana pun, nampak macam orang biasa-biasa sahaja. Hidup bebas daripada menjaga persepsi orang lain pun satu kekayaan juga.

  • assalamualaikum tuan zul….memang betul tu tuan…kalau ada duit mcm2 nak beli..padahal x beli pun xper..(cth tukar handset baru)…keta saya lg setahun setengah nak abes bayar(ikat selama 9 tahun)..tp di hati dah terdetik nak beli keta baru..yela..tgk semua org tukar pakai keta baru..hehe..btl la apa tuan ckp.. pakai la apa yg kita ada..blog tuan memg terbaik…terima kasih tuan…

  • As salam.. setuju dengan en zul..untuk apa kita nak membazir semata2 untuk impress orang lain, dan mungkin orang tu kita x suka pun..biar nampak x bergaya tapi poket kita kaya dari nampak macam kaya tapi apa pun tak ada..t.kasih kepada en zul, sebab blog en zul saya nak mula terikut dengan cara dan gaya hidup en zul. Bak ayat motivasi dalam buku Zero Hutang ,kaya itu bukan apa yang orang kata, kaya itu apa yang kita rasa..wallahualam..

  • slm encik zul.sy suka buat loan sbb nak disiplinkn diri.cnth loan asb.bila dh berhutang.sy komited byr tiap2 bln.dpt dividen setiap thun..ape pndpt en zul.ok x?

  • assalammualaikum tuan Zul,

    Saya mmg terkesan dgn ayat tuan zul..mmg deep.terima kasih autograf buku yang saya beli dari tuan..

  • Betul tu tuan..
    Kalau layan orang sampai bila – bila tak habis.Bagi saya pula boleh pakai kereta apa pun dengan syarat BAYARAN BULANAN ditanggung oleh PENDAPATAN PASIF income kita.Maknanya duit yang tak berpeluh nak dapatkannya contoh royalti buku, sewa rumah, dividen.Atau usaha minima pada awal kerja sahaja.

    Itu pun kalau dah terlalu banyak wang.

  • Tuan, saya pernah dengar pasal zuhud iaitu tiada dunia dalam hati. Bagi saya kalau tuan mampu dan idamkan kereta mewah tersebut tak salah tuan. Mampu dan juga boleh bawa sekeluarga dengan selesa, cuma niat nak menunjuk ego tu je yang kena buang.
    Kisah benar rakan sekerja saya dulu, dia sempat jual saham ESOS syarikat dan merasa duit ESOS dia tu. Lepas tu kira2 2 bulan dia dijemput Allah. Kalau difikirkan dia berkira sangat nak ESOS dia tu makin naik, memang tak merasalah.
    Bagi saya zuhud yang sebenar ialah dalam hati. Walaupun orang kaya pakai kereta mewah tapi dalam hati dia rasa biasa sahaja (tiada ego) itulah zuhud. Tapi kalau orang miskin yang terdetik dalam hatinya rasa tak cukup nak berkereta mewah untuk menunjuk, itupun tak zuhud sebab dunia dalam hati dia.
    Kalau tuan guna kereta yang lebih selesa pun untuk keluarga tuan juga kan? Orang yang tersayang juga? Bukan setakat selesa, malah lebih selamat daripada kereta biasa2 ni.

  • Assalamualaikum tuan,

    Pada pendapat saya dan penjelasan yang kereta tuan telah mencecah 20 tahun. Saya merasakan adalah amat perlu sekali tuan menukar kereta tersebut dengan kereta baru yang lebih mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sebilangan kemalangan maut adalah disebabkan struktur kenderaan yang tidak kukuh, tidak mempunyai airbag, kecuaian pemandu lain, jalan licin. Membeli kereta baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan pada saya bukanlah satu kemegahan atau kemewahan, tapi lebih kepada keperluan menjaga keselamatan seisi keluarga tuan sendiri. Walaupun kita memandu dengan baik, kecuaian pemandu lain turut akan mengakibatkan kemalangan maut. Betul ajal maut di tangan Allah SWT, tapi setelah berusaha barulah kita boleh bertawakal. Seperti dalam satu hadis Nabi SAW, setelah menambat unta barulah boleh bertawakal.

    Tak perlu membeli kereta yang terlalu mahal dengan ciri-ciri keselamatan terkini. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, PROTON telah menjual kereta dengan harga yang berpatutan dan murah, namun ciri-ciri keselamatan yang diberikan menyamai kereta-kereta import yang jauh lebih mahal. Tuan boleh membeli Proton Preve yang menggunakan teknologi Hot Press Forming yang menjadikan strukturnya amat kukuh dan kuat atau Proton Exora Bold. Mungkin ramai tidak berminat dengan kereta Proton tapi berdasarkan akhbar-akhbar tempatan, didapati kebanyakan kemalangan melibatkan Proton Preve dan Proton Exora, pemandu dan penumpang masih lagi selamat. Body kereta masih lagi kukuh dan dapat memastikan penumpang selamat. Kita cuma berikhtiar dan seterusnya bertawakkallah pada Allah SWT. Sepertimana kita membeli rumah yang selamat untuk keluarga, begitu juga kita membeli kereta yang selamat untuk family.

  • Perkongsian melalui entry En. Zul & komen2 dlm blog ini sgt bagus dan membuka minda kita. Teruskan En. Zul dan rakan2 yg lain..

  • Org selalu ckp pd sy “doktor gigi..tp pakai axia je??” Sy x pernah terasa dgn komen2 sebegitu. Sy hanya pikir balik “biarla axia je pun..jimat minyak (umah dan tpt keja jauh)..loan byr bln2 murah..maintenance pun dlm kemampuan lg. Bodohla sy kalau abiskan duit pd liabiliti. Baik sy abiskan duit pd aset”

  • Assalammualaikum Encik Zulkifli ,

    Ada kerja yang memerlukan kita memiliki kereta mewah utk kita tarik keyakinan dan kepercayaan pelanggan utk beli apa yg kita jual .

    ada kerja yang tidak perlu langsung itu semua krn yg penting customer percayakan kita sebagai penjual dan bukannya menilai apa yang kita gunakan seharian . sebagai contoh : Dealer PG tak semestinya perlu berkereta mewah sedangkan org jual insurans perlu kereta mewah sikit berbanding kereta yg digunakan skrg ( andai kereta skrg yg digunakan adalah Proton Kelisa ) .

    Seumur hidup saya tak pernah merasa naik kereta ROLL ROYCE tapi dengan PG , impian itu tercapai krn boss PG mahu kita merasa naik dan menyimpan impan utk berjaya dalam apa yg kita usahakan tanpa fikir apa kereta yang kita guna.

    hidup biasa2 adalah selesa berbanding melebihi kemampuan hidup demi nak membuatkan org lain berkata2 yg elok2 ttg kita walhal kita menanggung/ikat perut utk itu segalanya .

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >