MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Harga Emas Public Gold Tak Serendah Emas di Bank?

October 10, 2025

Kenapa harga emas PG tak serendah harga emas di jual di bank? 

Itu soalan yang selalu saya terima. 

Kalau harga emas di bank lebih murah dan spread pun lebih rendah (nipis), kenapa pakar-pakar emas tak beriya-iya sarankan beli emas di bank? 

More...

Jawapan ringkas saya;

  1. Kalau beli emas sekadar nak tengok nombor, saya rasa emas bank lebih baik. Tapi kalau nak emas fizikal, PG jauh lebih baik. 
  2. Emas PG tak pernah lebih murah dari emas-emas yang dijual di bank-bank. Ini pengalaman saya sejak 2010 lagi dalam dunia emas pelaburan. 
  3. Fokus PG; emas fizikal. Kita boleh beli dan dapatkan emas fizikal dengan harga lebih murah dan cara lebih mudah. 
  4. Emas bank, walaupun boleh keluarkan fizikal, tapi fokus mereka cuma sekadar nombor. Bukan emas fizikal.
  5. ⁠⁠Kalau nak dapatkan emas fizikal (di bank), kos akhir akan jadi mahal, dan proses serta syaratnya susah. 
  6. Dan bila keluarkan emas fizikal, bank tak beli balik emas tu (atau syaratnya sangat cerewat). Kalau nak pakai duit, kena jual di tempat lain yang spread value (selisih harga) tentunya sangat tinggi - rugi. 
  7. Akhir sekali kena tahu, PG adalah kilang emas. Bisnes PG hanyalah emas. Sebaliknya bank bukan pengeluar emas. Core bisnes bank bukanlah emas, tapi 'jual' hutang.
  8. Siapa nak labur dalam emas fizikal, memang PG company terbaik. Tapi kalau nak labur dalam emas hanya sekadar nak tengok harga naik turun macam ⁠saham, PG bukanlah platform terbaik. 

Mudah-mudahan coretan ringkas dan bersifat umum ni bermanfaat. 

Zulkifli
Cyberjaya
10 Oktober 2025
17 Rabiul Akhir 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}