Bagi orang lain ini reward, tapi bagi saya, trip #PGLSCapeTown2025 ni bukan sekadar reward, tapi ujian...
Ujian hati ketika di puncak kejayaan...
12 tahun dulu, saya sampai di Cape Town bersama berbelas dealer Public Gold.
Tanpa bawa isteri, tanpa team di bawah bimbingan saya.
Saya datang tanpa apa-apa kejayaan. Hanya sebagai dealer PG yang baru nak “up”!
Yang baru masuk tahun ke-3 bersama Public Gold.
More...
Pergi ke luar negara pun macam rusa masuk kampung. Sebab itulah kali pertama saya ke luar negara (selain Singapore dan seberang Sg. Golok, Thailand).
Rasa diri bukan siapa-sapa...
Bawa group paling besar
Tapi kali ni, saya datang dengan 162 murid saya, berbanding keseluruhan sekitar 280 perserta. Sekitar 60% team saya.
Saya pergi mana-mana pun, tak putus-putus berebut ambil peluang nak berfoto dengan saya.
Pendek kata, kalau photographer shoot photo, kiri kanan depan belakang mesti nampak muka team saya - walaupun group sudah dipecahkan kepada 6 bas.
Sampai ada yang cemburu, katanya, “ini trip Public Gold ataupun trip G100?!” - bila tengok foto dan video yang keluar.
Betul... Ini memang trip Public Gold. Inilah waktunya pelbagai team berpeluang jumpa bersama, macam reunion sebuah keluarga yang besar.
Sepanjang trip ni, saya latih hati saya supaya happy tengok kejayaan orang lain, sama macam saya happy tengok kejayaan team saya sendiri.
Diuji rasa "aku paling baik"
Kadang bila kita dah sampai satu tahap paling tinggi, bila team kita paling ramai, paling paling perform — hati ni boleh diuji.
Di sebalik rasa gembira, saya juga rasa takut.
Takut kalau-kalau ada rasa “aku paling hebat”, “aku paling perform”.
Takut kalau dalam hati tu terdetik rasa sombong sebagaimana iblis.
Iblis dimurkai Allah bukan sebab kurangnya ibadah, tapi sebab sombong. Rasa “aku lebih baik dari dia...
Rasa diri lebih baik itulah yang merosakkan Iblis.
Walhal kita bukan sesiapa pun...
Dulu kita lahir tanpa apa-apa... Setelah waktu berlalu, Tuhan ‘pinjamkan’ kejayaan demi kejayaan...
Yang kalau kita tak bersyukur dan sombong, kejayaan tu boleh jadi istidraj - ujian yang akan membuatkan kita dihumban dari tempat yang lebih tinggi!
Ujian di sebalik kekurangan dan kelebihan
Jadi bila saya tengok kejayaan team lain, saya latih hati saya untuk happy tengok kejayaan orang lain juga, sebagaimana saya happy dengan kejayaan saya sendiri.
Bila tengok orang lain naik pentas, saya tepuk tangan sungguh-sungguh, sebagaimana saya tepuk tangan untuk kejayaan team saya juga.
Hakikat yang kena kena sedar, kita semua tengah diuji — ada yang diuji dengan kekurangan, ada yang diuji dengan kelebihan.
Kalau Allah uji dengan kesusahan, maka ujian kita ialah bagaimana kita dapat terus bersabar dan tak sekali-kali berputus asa dengan kasih sayang Tuhan.
Kalau Allah uji dengan kejayaan pulak, maka ujian kita ialah bagaimana untuk kekal rendah hati dan sentiasa bersyukur.
Allah tak pandang berapa besar kejayaan kita, tapi berapa rendah hati kita dan rasa kehambaan kita di hadapan-Nya...
Bukan sesiapa tanpa orang lain
Hakikatnya, tanpa bantuan orang lain, kita bukan sesiapa.
Tanpa ilmu dan sokongan guru saya En Syukor Hashim serta guru-guru yang lain, saya bukan sesiapa.
Tanpa kemurahan hati Founder Public Gold - Dato Seri Louis Ng, saya tak dapat apa yang saya dapat hari ni.
Tanpa bantuan team committee yang dipimpin bersama Tuan Syarif Jamil, kami tak capai apa yang kami capai hari ni.
Bahkan ini tak lain tak bukan, semuanya rahmat dan kasih sayang Tuhan yang dipinjamkan ke atas saya dan kami semua...
“...Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu beriman, dan janganlah Engkau tanamkan dalam hati kami perasaan hasad terhadap orang beriman (yang lain). Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.”
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
10 Oktober 2025
17 Rabiul Akhir 1447H
P.s. Foto sebahagian daripada team #PGG100Network dan #5GAssociates group A di Aquila Safari Game Reserve. Mereka adalah sebahagian daripada kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga. Alhamdulillah...