Nak berjaya tanpa orang dengki?
Mustahil... Itulah pengalaman hidup saya...
Saya dah tengok banyak kes, orang berjaya yang baik hati, sentiasa buat baik, tak khianat sesiapa, tapi orang dengki juga!...
More...
Dulu saya fikir, kalau kita orang baik dan berjaya, tak khianat sesiapa, buat banyak kebaikan, maka tak ada sesiapa dengki dengan kita...
Rupanya silap... Bila berjaya, baik macam mana pun tetap ada orang dengki...
Jangan kata kita orang biasa, anak-anak Nabi Yaakub a.s. pun dengki kepada adiknya Nabi Yusuf a.s... Apatah lagi kita hidup di kalangan orang biasa...
Kenapa bila berjaya tetap ada orang dengki?
Punca rasa dengki
PERTAMA, orang dengki bila kita lebih dari dia.
Kalau kita tak ada apa-apa, tak ada lah orang dengki.
Bila berjaya, dah confirm kita lebih berbanding kebanyakan orang. Walaupun kita tak khianat sesiapa, kita lebih dari orang lain...
Rasa iri hati tu tetap ada...
KEDUA, bila kita lebih dari orang lain, maksudnya orang lain yang selama ni nampak ‘lebih’ automatik dia nampak kurang...
Bila kita berjaya, orang yang kurang berjaya dari kita akan nampak kurang berbanding kita...
Kalau satu ofis ada orang yang lebih rajin, tentunya orang lain nampak kurang rajin...
So walaupun yang lebih rajin tak buat kejahatan apa-apa, secara tak langsung dia membuatkan orang lain nampak loser (kalah)...
Tentunya ada timbul rasa iri hati...
Jadi walaupun kita baik macam mana pun, kejayaan kita membuatkan orang lain nampak loser (kalah)...
Kita tak boleh hilangkan rasa iri hati... Yang boleh buat cuma kurangkan rasa iri hati tu...
Tip kurangkan rasa dengki
Antaranya, PERTAMA, bila berjaya, berilah kredit kepada semua yang menyokong kita...
Ucapkan terima kasih atau penghargaan walau sekecil mana pun sokongan yang mereka pernah berikan kepada kita...
Sekurang-kurangnya, dia rasa dia ada ‘share’ atas kejayaan kita. Apatah lagi angkat dia sebagai hero atas kejayaan kita...
KEDUA, sorokkan yang mana boleh sorok atas kelebihan yang kita ada...
Supaya orang tak nampak kita lebih dari dia...
Walaupun kita dah kaya dan berjaya, cuba sebolehnya hidup macam orang lain... Walapun orang tahu kita berjaya, tapi orang tak nampak kita lebih dari dia...
Walaupun kita mampu, tapi biasakan hidup di bawah kemampuan...
Bapanya (Nabi Yaakub a.s.) berkata:
"Wahai anakku (Yusuf a.s)! Janganlah engkau ceritakan mimpimu (yang kamu akan diangkat menjadi rasul) kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."
Jadi rahmat buat orang lain
KETIGA (terakhir), jadikan kejayaan kita sebagai rahmat bagi orang lain...
Bila kaya dan berjaya, pastikan orang sekeliling kita dapat manfaat atas kejayaan kita.
Allah dan Rasul suruh kita banyak bersedekah dan berikan kebaikan, khususnya kepada ahli keluarga kita sendiri...
Bila banyak orang dapat manfaat, kuranglah rasa dengki dan iri hati tu... Sebab mereka rasa mereka adalah ‘shareholder’ atas kejayaan kita...
Walaupun dah buat semua perkara tu tapi tetap juga akan ada orang dengki, belajarlah untuk terima; memang Tuhan uji kita dengan orang sekeliling kita.
Di sebalik kejayaan dan kesenangan tu, Tuhan datangkan sekali ujian kesusahan untuk mendidik kita rasa syukur dan sabar...
Mudah-mudahan berkat kesabaran tu, Tuhan hapuskan dosa-dosa kita dan memasukkan kita ke dalam Syurga tanpa hisab...
Bertabahlah...
"...Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang disempurnakan pahala mereka tanpa hisab."
#TabahHadapiMusibah
#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#IslahDiri
Zulkifli
Cyberjaya
31 Januari 2025
1 Syaaban 1446H
Artikel berkaitan:
- Nak berjaya tanpa orang dengki? Mustahil... - FB Dr Mohd Shukur (2025)