Akibat kena 'halau' makcik cafe, kami 'tapau' (sewa) semua bilik kosong di M-Floor, dan sewa separuh bahagian Level 7 di Menara Public Gold! Alhamdulillah...
Dulu kami #PGG100Network cuma sewa 3 bilik sahaja di M-Floor.
More...
Tapi asbab sakit telinga saya dengar ada dealer-dealer aktif yang kena 'halau' daripada lepak di cafe, saya buat keputusan 'tapau' semua bilik-bilik yang berbaki di M-Floor #MenaraPublicGold (MPG) demi keselesaan team untuk bekerja.
Total kami sewa 7 bilik di M-Floor.
Seloroh jadi realiti
Lepas dah sewa 7 bilik, masih lagi rasa tak cukup...
Saya cakap dekat Mr Kenneth Cheang Chee Wah, dengan growth sekarang, 6 bilik tu pun tak cukup.
Kami nak tapau 1 floor di Menara AA, sebelah Menara Public Gold. Saya berseloroh dengan beliau... Tapi saya serius sebenarnya...
Entah macam mana, berita tu sampai ke pengetahuan Dato Wira Louis Ng.
Dato kalau dengar dealer yang serius nak grow, apa lagi... Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan...
Beliau dan team cek, tinggal 1 floor lagi yang masih ada ruang kalau kami nak sewa di MPG. Maka PG offer kami (G100) untuk sewa separuh Level 7 yang dah ready to use.
Hati saya dan team rasa berbunga-bunga...
Mengantuk disorongkan bantal
Kami pun pergi survey... Lepas survey, kami nak tapau Level 7 untuk aktiviti team.
Team makin besar, keperluan untuk adakan banyak kelas makin mendesar. Tapi ruang makin tak cukup...
Bila dapat offer untuk sewa Level 7, apa lagi... Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal...
Lepas meeting dengan barisan G100 Leaders Council, kami confirm untuk sewa separuh Level 7 MPG, betul-betul sebelah TRX!
Alhamdulillah...
Sekarang kami sedang fasa akhir persiapan untuk #G100Academy.
Ini peluang kami percepatkan lagi mencapai #MisiUbahHidup1000Keluarga. InsyaAllah...
Kejayaan makin dekat... InsyaAllah...
Hikmah di sebalik dugaan
Ini hikmah di sebalik insiden "dihalau makcik cafe" beberapa bulan yang lalu...
Apa yang kami benci tu tersembunyi kebaikan untuk kami...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu itu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah lah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui (akan hakikat di sebaliknya)"
Zulkifli
Cyberjaya
31 Januari 2025
1 Syaaban 1446H
Kalaulah kita tahu apa yang Tuhan sediakan untuk kita di sebalik setiap musibah yang berlaku, nescaya kita tak akan menangis pada hari itu. Tapi kita tak mengetahui akan hakikatnya sedangkan Tuhanlah yang Maha Mengetahui. #TabahHadapiMusibah - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Julai 2024
Artikel berkaitan:
- Kasih Sayang Tuhan Dalam Kesusahan. Berbahagialah...
- Kesusahan Bukan Melemahkan, Tapi Menjadikan Kita Lebih Kuat
- Selepas Kesusahan Ada Kejayaan
- Bersabarlah, Tuhan Pasti Gantikan Apa Yang Lebih Baik
- Berdamai Dengan Takdir, Belajarlah Suka Apa Yang Kita Dapat
- Tuhan Sentiasa Uji Kita Dengan Orang Sekeliling Kita