Bilalah zamannya semua orang jadi baik. Kan aman damai hidup ni?
Jangan letak harapan hidup akan sempurna. Semua orang baik, hidup tak ada masalah, aman dan damai...
Sedarlah... Kita hidup dekat dunia. Bukan di Syurga...
More...
Orang baik pasti diuji
Dunia tu memang tempat ujian. Ujian maksudnya Tuhan datangkan bertimpa-timpa, bertali arus sampailah kita mati. Bahkan lagi Tuhan sayang, lagi besarlah ujian yang Dia datangkan kepada kita.
Macam emas tulen. Sentiasa akan diuji... Logam tak berharga orang tak akan uji... Begitulah ibaratnya hidup kita...
Tuhan akan sentiasa uji kita dengan orang sekeliling kita.
Kalau semua orang sekeliling kita semuanya baik dan bagus belaka, apa lagi peluang untuk kita masuk Syurga?
Kalau pemerintah baik, adil dan bertanggungjawab, jaga betul-betul kebajikan rakyat, kan senang hidup kita sebagai rakyat?
Jangan harapkan hidup seindah tu... Jangan harapkan hidup tanpa sebarang masalah...
Jangan letak harapan pada orang lain
Siapa pun memerintah, kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun hidup kita.
Jangan sesekali harapkan tongkat kerajaan.
Siapa pun memerintah, keutamaan mereka ialah survival politik mereka.
Bukan sahaja mereka. Kita pun sebenarnya sama... Masing-masing utamakan poket sendiri berbanding fokus buat apa yang betul - jadi baik dan sebarkan kebaikan.
Kecuali mereka yang benar-benar beriman kepada Tuhan dan hari Akhirat.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang beriman tu. InsyaAllah...
Risiko dituduh mencuri hak sendiri
Dua hari lepas buat report polis. Basikal anak saya kena curi. Sebulan hilang.
Dia cari-cari, jumpa di blok sebelah. Orang dah ambil dan orang dah pasang kunci. Buat basikal tu macam hak milik dia...
Saya nak potong kunci tu dan ambil basikal anak saya, security guard tak bagi. Kena tunjukkan bukti yang itu memang basikal milik saya dan kena buat report polis.
Kalau saya potong kunci tu tanpa report polis, silap hari bulan saya pulak dituduh mencuri dan masuk ke 'dalam'! Pulak dah...
Saya seorang yang ikut undang-undang. Pergi ke balai polis Cyberjaya. Buat report dan lampirkan sekali resit bukti belian basikal tu.
Selesai masalah... Alhamdulillah...
Jadi baik sahaja tak cukup...
Hidup ni jadi baik sahaja tak cukup. Tapi kena bijak.
Orang baik mudah jadi mangsa. Mudah kena pijak...
Manakala orang bijak pandai jadi pemangsa...
Nak dunia ni jadi lebih baik, kita kena ramaikan orang baik-baik lagi bijaksana. InsyaAllah.
“Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata apakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).” (Surah Al-Furqan 25 : 20)
Zulkifli
Cyberjaya
3 Mac 2024
22 Syaaban 1445H
Artikel berkaitan:
- Masalah Orang Baik-baik, Jangan Terlalu Baik Sampai Dikhianati
- Jangan Harapkan Tongkat Kerajaan
- Lihat Masalah Rumah Tangga Orang, Doakanlah Yang Baik-baik
- Kasih Sayang Tuhan Dalam Kesusahan. Berbahagialah...
- Berdamai Dengan Takdir, Belajarlah Suka Apa Yang Kita Dapat
- Sayangilah, Mereka Yang Menyayangi Akan Disayangi...
- Jangan Sesekali Give-up Untuk Berbuat Baik