MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nilai Duit Merosot, Nombor Masih Sama Tapi Kita Makin Miskin?

March 2, 2024

Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Turun tu memang dah confirm, naik belum tentu. Rasa macam tak adil...

Kita kerja kuat-kuat, menabung duit banyak-banyak, tapi rupa-rupanya nilai kekayaan kita sentiasa turun naik.

Kalau naik, kita happy. Tapi selalunya nilainya makin turun dari tahun ke tahun. 

More...

Kita tertipu dengan nombor

Nilai duit RM50 dua puluh tahun dulu jauh bezanya dengan sekarang.

Dulu, kalau bawa RM50, boleh shopping penuh satu trolley. Tapi sekarang cuma dapat barang satu beg plastik.

Ke mana hilangnya barang-barang satu trolley tu?

Jawabnya dia dirompak oleh inflasi dan dikikis oleh kejatuhan nilai ringgit dalam jangka panjang.

Walaupun nombor masih sama, tapi nilainya sudah hilang. Rupa-rupanya kita tertipu dengan nombor!

Bila saya faham pasal perkara ni, duit simpanan jangka panjang saya tukarkan semuanya kepada emas. Supaya nilainya bertahan dalam jangka panjang.

Buktinya, zaman Nabi s.a.w dulu, 1 dinar (syiling emas 4.25 gram, ketulenan 999.9) boleh beli seekor kambing. Sekarang pun 1 dinar (nilai sekitar RM1,400) pun masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, kuasa beli emas masih bertahan. Tak terjejas langsung! 

Tak sesuai simpan duit jangka panjang

Tapi nilai duit kertas, jangan bincang pasal nilainya bertahan selama 1,400 tahun. Tempoh 10 tahun pun kejatuhan nilainya sudah jauh bezanya...

Nombor masih sama, tapi kita makin miskin...

Nak simpan duit dalam jangka panjang, simpanlah emas. Duit yang nak pakai dalam jangka masa terdekat, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji tak ada masalah... 

Sejarah harga emas menunjukkan harga emas naik secara puratanya sekitar 10% setahun selama 20 tahun!

Ia jauh lebih baik daripada membiarkan duit dalam ASB ataupun Tabung Haji yang cuma sekitar 5% sahaja setahun.

Walaupun simpan emas tidaklah membuatkan kita kaya raya. Tapi sekurang-kurangnya kita tak jatuh miskin gara-gara dirompak oleh inflasi dan kejatuhan ringgit dalam jangka panjang... 

InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
2 Mac 2024
21 Syaaban 1445H

Harga emas naik sebanyak 513.86% sejak 20 tahun lalu. Dan naik 20.41% sejak setahun lalu. Sumber : https://goldprice.org/

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>