Rasa nak luruh jantung bila kesilapan teknikal Google ni tersebar. Ringgit RM6.24 untuk USD1, jatuh 30% dalam satu malam!
Kalaulah ianya benar-benar berlaku, ia malapetaka besar buat seluruh rakyat Malaysia. Kekayaan kita hilang 30% dalam satu malam!
More...
Hilang 30% dalam satu malam
Siapa yang ada hutang luar negara, peniaga-peniaga yang import barang luar negara, dia kena bayar 30% lebih mahal hanya dalam satu malam!
Pastinya huru-hara akan berlaku dalam negara.
Banyak syarikat mungkin akan bungkus. Rakyat akan hilang pekerjaan. Masalah sosial akan meningkat secara mendadak...
Syukurlah ialah cuma kesilapan teknikal Google (berdasarkan pengumuman BNM).
Apa-apa pun, kita kena bersedia.
Lepas saya tengok ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak lagi yakin letakkan duit simpanan jangka panjang dalam ASB atau Tabung Haji.
(Bahkan sebenarnya ketika krisis kewangan 1997, ringgit pernah jatuh sampai 50% setahun!)
Lindungi kekayaan dengan emas
Bila berlaku kejatuhan ringgit, kekayaan kita terjejas teruk walaupun bukan salah kita.
Itulah sebab kenapa Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangnya 10% - 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.
Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.
Kalau ringgit jatuh kepada RM6.24 (turun 30% dari RM4.70 untuk setiap USD1.00), harga emas akan naik kepada RM4.30 segram (naik 30%). Pergerakan berkadar songsang.
Kekayaan yang kita simpan dalam bentuk emas akan selamat.
Tapi berita buruknya, kalau bencana ni benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!
Kalau waktu terjadi tu baru nak tukarkan duit kepada emas, itu dah terlambat... Kita kena sentiasa bersedia dari sekarang...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
8 Februari 2024
28 Rejab 1445H
Berita berkaitan:
- BNM nafi ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar - Malaysiakini (Januari 2024)
- Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 25 tahun - Vocket (Oktober 2023)
- Ringgit jatuh, rakyat terasa bahang - Kosmo (Mei 2022)
- Ringgit makin turun berbanding riyal (Saudi), mutawwif ini kongsikan pengalamannya - FB Ustaz Syahrul (2024)
- Ringgit dah cecah RM4.80! Ini kesan sebenar kepada kewangan kita - FB 2024